Wednesday, September 19, 2007

Juadah Sungkai




Posted by Picasa

Pasta Bersumbat Ayam Keju

250g pasta(tube)

Mesin halus:
500g isi ayam cencang
7 ulas bawang putih
1/2 cawan keju parmesan
1 sudu teh lada hitam
1 cawan air

1 pohon daun saderi/parsley di cencang halus
3 biji lada hidup di cencang halus

Sos tomato
10 biji tomato segar (cencang)
3 sudu besar sos tomato(dalam kaleng)
1 sudu besar puri tomato
1 sudu besar lada mesin
1 sudu besar sos cili
10 biji bawang putih dicencang
1 biji bawang besar di cencang
1/2 liter air
1 sudu teh oregano
1 sudu besar gula perang
1 biji jus lemon
garam secukup rasa
1 cawan minyak zaiton

1. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaiton hingga naik bau.
2. Masukkan lada mesin, puri tomato, sos tomato dan tomato segar. Masak 5minit.
3. Masukkan gula perang, jus lemon, oregano dan garam secukup rasa.
4. Tambahkan air. Renihkan lagi 5minit. Ketepikan

Topping
150g mentega
1 sudu besar tepung serbaguna
2 cawan susu segar
1 cawan parmessan
1 cawan mozarella
3 biji tomato di potong dadu
Daun saderi/bawang secukupnya

1. Cairkan mentega kedalam non-stick fry pan dengan api perlahan.
2. Masukkan tepung. Kacau hingga tepung mesra bersama mentega.
3. Tuangkan susu. Kacau, jangan berhenti.
4. Masukkan keju dan kacau lagi sebentar. Dan matikan api.
5. Pastikan sos keju itu tidak terlalu pekat.
(Membuat sos ini ketika dalam proses membakar pasta)

1. Masukkan bahan mesin di dalam sebiji mangkok.
2. Masukkan daun saderi dan lada hidup, gaul sebati.
3. Masukkan pes ayam kedalam kantung paip.
4. Picitkan kedalam pasta tube(lihat gambar)
5. Susun berlapis-lapis dengan sos tomato.
6. Bakar 180celsius 20minit.
7. Keluarkan dan tuangkan topping keatasnya.
8. Bakar lagi hingga kekuningan(8 minit)

2 comments:

Lia & Sham said...

Salam untuk Kakm0n & salam syawal. Sy nak tanya resepi pasta bersumbat ayam keju tu pastanya direbus dulu ka? tak sabar nak buat, hari2 tengok gambar & resepinye, kecur air liur!! Thank you.

Nina Suria said...

walaikumsalam Lia & Sham. pasta tu tak payah direbus. Lepas u stuffed minced chix tu terus susun dlm casserole dish dan tuang sos tomatoo kemudian topping dan bakar lah seperti arahan kakmOn.. selamat menikmati pasta yg sedap da babas ;)