Wednesday, March 07, 2007

Memoir of Bu Apsah

Satu-satunya foto beliau yang dapat ku jejaki di bahagian Arkib Jabatan Penerangan, semasa beliau menerima salah satu dari lebih dua puloh hadiah yang telah dibolot beliau di acara Pameran Urusan Rumahtanga anjuran PERTIWI 1993.
Terimakasih untuk kakitangan Arkib yang turut bersusah payah membantu saya dalam usaha menjejaki bagas tangan beliau.

Buku Bagas Tangan Bu Apsah, adalah resepi-resepi hasil ciptaan Dayang Hajah Halimah @ Hafsah binti Haji Yusof yang lebih dikenali dengan nama (Bu) Apsah dikalangan keluarga. Resepi-resepi yang terkandung di dalam ini hanyalah sebahagian, hasil putik-putikan(kutip) sepanjang hayat (58 tahun) Bu Apsah @ Dayang Hajah Halimah.

Bermula dengan menyertai peraduan-peraduan masakan peringkat Kampung, nama Bu Apsah @ Dayang Hajah Halimah semakin tersohor apabila beliau sering membolot hadiah-hadiah pertama dalam pertandingan masakan peringkat Negara yang diadakan sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan pada setiap tahun.

Beliau semakin dikenali apabila muncul dalam program memasak kelolaan Radio Dan Televisyen Brunei (RTB). Dari Serikandi ke Mari Memasak dan akhirnya Rampai Pagi, nama beliau memang tidak asing lagi di kalangan peminat-peminat rancangan memasak di kaca televisyen. Bahkan beliau juga dikenali di Singapura kerana rancangan Mari Memasak turut disiarkan sebagai salah satu program pertukaran RTB dan TV Singapura (Mediacorp TV12).

Resipi-resipi yang termuat di dalam buku ini, bukan sahaja bagas tangan(hasil ciptaan) beliau sendiri, terdapat juga resepi-resepi yang telah diubahsuai mengikut citarasa semasa dan juga makanan tradisi yang resipinya diwarisi turun temurun.

2 comments:

Jid said...

Wahhhh....**muka kagum nih**

TAHNIAH buat kakmon atas kejayaan mengabadikan Bagas Tangan Bu Apsah ni..**sebak pula..**

Nina Suria said...

Jid! taim akk teropong foto-foto di arkib negara tu rasa nak nangis aje sebab indeks tu akk tak ley nampak langsung. So kita cuma teropong dari baju yg dipakai arwah, alhamdulillah akhirnya berjaya gak menjejaki foto arwah tu.. sekarang baru boley bernafas lega....