Oooops MANIS? Ohoho.. apa yang manis yah? Angka duabelas itu yang manis. Kan???? Dan hari ini juga adalah angka bertuah buat saudara sepusat sepusingku yang menyambut hari lahirnya yang KE... ehem.. ehem.. tak payah lah disebut. Yang pastinya.. lilin penuh tercacak di atas permukaan kek hari lahirnya. *signel*. Selamat hari lahir adikku, moga engkau dan familimu dalam rahmah ILLAHI.. Hanya sekalung doa itu yang termampu ku hulurkan(setereo type, tak apa, janji IKHLAS)
Dan HARAPANku moga 2013 akan lebih baik dan cemerlang lagi. Moga DIA merestui dan merahmati perjalananku.. Amin Ya Rabb.
Oh yah! Pada yang gemar pada dekorasi DESA, sekarang ini sedang berlangsung PESTA BUAH-BUAHAN DAN SATU KAMPUNG SATU PRODUK di lapangan parkir ALAT-ALAT KEBESAR di pusat Bandar Seri Begawan. Bermacam-macam kraftangan hasil orang kampung sedang dijual di sana, dan kami dari wakil MPK Bunut Perpindah jua turut serta menjual dan mempamerkan beberapa dekorasi rumah ala DESA dan kraft tangan yang manis sekali.. Pada yang berminat silalah berkunjung ke booth 41.
Maaf sesangat aku keburu waktu.. Insya Allah jika waktu mahu bersahabat aku akan mencatat sesuatu lagi di sin, sampai ketemu lagi. Salam sayang semua. Mwaaaaah..
No comments:
Post a Comment