Wednesday, March 16, 2005

Petanda apa?????

Batah sudah mata kiri kanan ku begarak-garak. Lebeh sudah dua minggu ku kira. Entah apakah petanda yang diberikan. Mudahan yang baik-baik belaka. Nya orang tetua, kalau kanan kan menerima arjiki(sampai ani alum jua ku dapat durian runtuh), manakala sabalah kiri orang jauh merindu... Haha banar kah tu... Aku ani inda jua pemacaya yang karut marut. Tapi kadang-kadang ada jua terrrpecaya sedikit. .

Kan halnya, malam minggu yang baru lapas, aku bermimpi; HM bersama permaisuri bercemar duli naik kerumah. Permaisuri terpesona melihat bunga ku yang lebat mekar depan halaman. Baginda begitu asyik menikmati kecantikan bunga ku. Hingga tidak berganjak dari tempatnya. HM naik kerumah, aku dengan berani terus membuka mulut 'Tuanku aku mau okid..' . Baginda dengan cepat menjawab 'bah ada tu karang ku mengantati' (tanpa menggunakan bahasa dalam istana). Biar betul Nina....

Bila ku ingat-ingati mimpi ku atu, banar-banar mencuit hati ku. Aduhai kenapa tah pulang aku memohon permintaan yang dapat ku keluarkan sendiri dari poket ku. Mengapa ku inda minta sesuatu yang berharga, seperti sebuah istana atau sekecil hadiah sebuah kadai bakery??? haha tamaha nya aku.. Mudahan jua apa yang ku impikan tercapai... Tuah ayam nampak dikaki, tuah Dang Amai nampak dimana???? dijari kali??? boleeeeh..

Manakala petanda mata ku bergerak-gerak sebelah kiri atu sudah pun ku temui... Kawan sekolah ku di Pusat Tingkatan Enam 18tahun dulu menjejaki ku kelmarin. Inda ku menyangka where on earth she got my hp no. Cerita punya cerita, rupanya dari best friendnya yang rajin melawat blog ku(tetamu sepi ku). Malai! lain kali tinggalkan lah jejak mu, supaya kita dapat berkenal mesra. Haha baik kau sudah... jahat si Min atu, mendera banar. Tau orang damam bawanya bejaur... Anyway terima kaseh banyak-banyak melawat Kaban Sakti kami. Min panjang sudah langkah mu ke Utara ke Selatan sudah kau jajahi.. Lapas dapat garan tanah dar HM ani, dapatkan lagi satu garan dari KB(kadzi besar) hehehe jangan marah ah.. baibun.. no hurt feeling dear. Sentiasa mendoakan mu bertemu jodoh yang sesuai.. Aminnnnn.

P/s - Tumpang bangga melihat kawan sekolah sudah berjaya dalam kerjaya. Dah jadi orang besar rupanya. Tahniah Mina..

Monday, March 14, 2005

Katak atas tempurong

Semasa majlis perkahwinan anak saudara sebelah hubby, banyak acara-acara telah di anjurkan oleh ketua rumah. Dari permainan untuk si adek kecil hinggalah permainan untuk orang tetua. Inda kira siapa saja dapat berhibur. Ipar ku yang juntrah usulnya atu pun mengoder pemukun yang terbilang dari kampong pandan. Maka riuh rendah lah bunyi orang ketawa meliat nenek-nenek kitani bejoget dan berseloka. Gendang 'Mukun Menyubuh' menjadi santapan mata dan telinga malam bepacar atu. Tukang masak kami yang dibelakang rumah pun ampit jua mendangar keriuhan orang didapan rumah. Ilang jua mata yang kalat. Dibasuh dengan pantun seloka si pemukun dan warga tua kampong air yang sporting ani.

Yang canteknya, budaya mucang-mucang sekampong maseh lagi mereka amalkan sehingga hari ani. Memang masa ani payah tani meliat fenomena bermucang-mucang seperti dikampong air ani. Ditambah lagi dengan adanya kemudahan katering yang memberi perkhidmatan murah disana-sini. Maka budaya memucang-mucang berusah-rusah telah semakin susut dipandang mata. Orang punya majlis pun inda payah lagi basah karing merusahkan makan minum, sediakan usin saja. Kadang-kadang ada yang pakej katering ani termasuk dengan menyediakan perkhidmatan sebuah kereta mercedez benz menghantar pengantin lelaki kerumah pengantin perempuan pada hari persandingan. Bayangkan saja, dulunya perkhidmatan katering berharga B$12-B$8 per head(exclude camp) sekarang B5.50 per head(include camp, transportation; merc benz lagiiii..). Adoi mana jua inda masyarakat kitani ani makin melupakan semangat bermucang-mucang. Daripada ngalih-ngalih sebulan tanat menyediakan persiapan majlis nikah-kahwin, baik tah gunkan perkhidmatan pakej katering yang murah ani. Ganya, yang drawbacknya indada lagi seri majlis kawin-kawinan ani. Kalau dulu 30hari atu sudah kecoh rumah dengan tukol dan gendang. Ani 7hari lagi kan kawin pun masih lagi rumah sunyi sepi. Sudah esok bersanding baru tah nampak keluarga baimpun. Iatah makahnya cousin by cousin pun inda kilalakan indung bapa bila betambung bau dijalan.

Ku dangar dari sebelah telinga kanan ku, kebelakangan ani makin banyak sudah masyarakat kitani membuat majlis kahwin di dewan-dewan. Dan yang lebih mampu atu lagi ada yang sampai ke hotel-hotel. Sungguh mewah bunyinya. Inda ku tau apa yang glamournya membuat majlis diluar rumah ani. Kalau aku diberi pilihan, tatap jua ku memilih membuat majlis dirumah(macam aku tah pulang yang kahwin.. helloooo empat sudah anak ku kali ah.. bolih..).

Dari telinga sebalah kiri ku lain pulang ceritanya. Kalau membuat majlis di ICC atau dihotel mesti tetamu yang diundang 200% yang datang(Nya Tuan Majlis). Cuba buat dirumah, panuh pun inda kem kali. Iatah makahnya jua, ada saudara hubby menjemput majlisnya di ICC baru-baru ani, inda ku mau datang. Takut ku kana ucapkan. Karang nya Tuan Majlis 'Dikampung kami melaggau inda ia timbul, dua tiga orang anak ku kawin.. mengagga pun ia inda..'. Sebenarnya bukan pulang inda mengagga.. kebetulan masa majlisnya tu.. pelakian inda pandai ada.. oustation saja. Kadang-kadang betamu-tamu sama sanak sadara yang sandi-sandi. Iatah makahnya tu kali..

Ya Allah kenapa tah ku bejabir lagi ani. Ampunkanlah segala dosa-dosa ku... menceceh. Padahal cerita yang kan ku hi-lite dalam entry 'mukun menyubuh'(yang hampir pupus) dan semangat 'bermucang-mucang' orang kampong hubby ku ani.Yang memang sangat ku puji dari mula masuk mendaftar jadi komuniti orang BruLa (Brunei-Lawas)16tahun dulu sampai kehari ani. Astagha menyimpang tah pulang ku ke ujung sapuh. Sapa-sapa yang terasa atu minta maaf ku minta ampun. Bukan ku mengalimut biskita, antah gatal tangan ani menulis cerita yang sinitip. Banar kali jua nya salah seorang dari penulis kegamaran ku atu, tekanan membuat kita ter'over' kreatif. Betul ke, kreatif kah aku????. Eleh bebulu saja telinga orang mendangar Nina..Ninaaaaaa. adang tah kau..

Nota - Maaf Kak Helen(Penerbit rancangan RTB) ku pinjam ur title program sebagai title entry ku hari ani. Memang ur program ani menjadi kegamaran ku bila keudara tiap pagi dan patang. Membuka minda orang Brunei... syabaz Kak Helen. Semoga lebih kreatif lagi dimasa akan datang.

Saturday, March 12, 2005

Bias

Seminggu yang lalu sibuk dengan perkahwinan anak buah my hubby yang tinggal di Sungai Brunei. Walaupun sebenarnya mereka bukan anak jati Brunei, hanya bertaraf 'PR' sahaja. Namun adat istiadat perkahwinan melayu orang Brunei yang terkenal dengan adat budaya yang tebal jua yang mereka turuti. Bak kata pepatah; 'dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung'.

Tapi memang patut pun mereka mengikut adat budaya Brunei. Mereka telah menghuni dan menguasai di sepanjang sungai kampung tu dah berkurun lamanya(melebihi 25tahun). Dan anak jati kampung tu pula telah banyak berpindah kedarat. Untuk menikmati hidup yang lebih selesa . Maka hanya tinggal dua tiga anak jati kampung tu saja yang tinggal. Dapat dihitung dengan jari. Kadang-kadang timbul rasa kesal dihati. Melihat rumah anak jati yang rebah kebumi satu demi satu. Bukan kerana tangan yang merobohkan tapi kerana rumah itu tidak terbela. Sayang seribu kali sayang. Kalau ku beharta pasti tanah mereka ingin ku miliki. Bukan niat ku kan 'mengurapakan' anak jati ataupun 'PR' (I'm sorry hubby). Tapi hanyalah sekadar berkongsi cerita dan rasa ku.

Berbalik pula cerita kahwin ni. Dari adat bejarum-jarum(merisik), bertunang dan hinggalah betimbang(bersanding) dipelaminan. Cuma satu istiadat saja inda mereka buat; mulih tiga hari. Mungkin kerana masa yang menyingkatkan adat perkahwinan tersebut. Kebanyakan tetamu mereka adalah saudara yang datang dari jauh; Limbang, Lawas, KK. Pokoknya semua dari Sabah dan Serawak. Maka istiadat mulih tiga hari tu diselajurkan masa malam ambil-ambilan.

Pada malam ambil-ambilan, pihak pengantin lelaki berhabis beribu-ribu ringgit, membawa dua buah dulang yang sarat dengan barang kemas. Pada mulanya aku sendiri pun terkejut apabila ibu si-pengantin lelaki memasangkan seutas rantai kalat emas, berbuahkan loket yang sebesar lapik cawan penuh dengan batu permata merah hijau kuning. Bergemarlapan dibawah cahaya lampu pelamin. Mana lagi beberapa utas gelang emas dan beberapa bentuk cincin yang memenuhi jari. Adoi bertuahnya badan, sang ibu mertua meberi cendera hatinya dengan diringi peluk cium. Tapi dalam hati ku timbul jua rasa bias. Maklumlah lelaki ni masa nak kahwin berhabis duit. Tapi bila dah bersama nanti seutas benang pun payah kita disarungkan.. hahaha.. Mudahan juga tak akan berlaku. Semoga hidup mereka kekal keanak cucu. Amin..

Nota ~ Pada mulanya aku ingin bercerita fasal Gendang Si Dondang. Tapi bila dah aku menceceh.. lain pula yang ku tuliskan.... Mungkin esok lusa akan dapat ku kongsikan bersama. Orang Brunei kaya dengan adat budaya yang cantek dan manis.

Friday, March 11, 2005

Jejak ku terhenti

Dah lapan hari aku tak update blog ni. Bukan kekeringan modal untuk menulis. Hambatan waktu yang tak dapat ku tangkis membuatkan lukisan hidup ku berubah warna. Sebenarnya banyak jejak-jejak yang ingin ku tinggalkan disini. Tapi apa kan daya masa tidak meberi aku peluang untuk meninggalkan jejak tersebut. Kalau bisa akan ku sembunyikan sang suria menjelma diwaktu pagi. Biar si pungguk menatap puas sang purnama, meleraikan rindu dendamnya. Dan aku akan dapat melakar lukisan hidup ku dengan warna pelangi yang gemilang.

Thursday, March 03, 2005

Thanks Ryn

Pagi tadi baru ku bepeluang kan menyubuk orang disebalah ku ani. Adoi.. terharu jua rasa ku, meliat orang disebalah membuat ucapan-ucapan tahniah untuk kami bertiga yang memang tarikh lahir kami jatuh pada tarikh yang sama 27 february. Memang jarang diketemukan.

Terima kaseh adinda Ryn yang telah melakar kad hari jadi kanda yang cantek bergemarlapan dengan belon hijau pink n purple dan bintang kejora yang berbagai bentuk dan warna.. Terasa diri maseh dialam rumaja... ahaks.. diraikan dengan kek dan belon-belon yang berwarna-warni. Di iringi dengan alunan lagu happy besday to me.. Adoi.. sungguh manis kenangan yang dah bekurun lamanya dan tak mungkin akan dapat ku baliki alam kanak-kanak ku..

Dan ucapan khas mu begitu manis kedengarannya hingga menusuk kalbu kanda mu. Ada chocolate more disebalik ice-cream????

Bah karang malam our 16th wedding anniversary sediakan kek 16tingkat kami ah...Haha after all I'm d most wonderful sis n d world you've got.. How sweet of you phrasing those word..

Masa Kaban Ku

Baru 7hari memasuki dunia niaga, langkah ku yang dulu panjang kini jadi pendek. Terpaku di Kaban Sakti. Jadual harian ku pun dah bercelaru. Belum dapat lagi ku synchronize. Kesian tengok baby Leynah tak puas bermanja. Pagi-pagi kita dah buru-buru pergi kerja. Tengah hari hanya sempat memeluk-ciumnya, lepas tu keluar balik hantar abang nya Lutfan sekolah. Balik kerja petang, matahari dah terbenam. Dah masuk maghrib pun. Siap memasak, solat. Bekejar lagi ke Kaban Sakti. Balik dari Kaban baby Leynah dah masuk tidur. Aduhai masa, kalau bisa akan ku hentikan kau berdetik... Heran macam mana usahawan kita yang dah berjaya membena empire mereka. Cemburu dengan masa mereka..