Seminggu yang lalu sibuk dengan perkahwinan anak buah my hubby yang tinggal di Sungai Brunei. Walaupun sebenarnya mereka bukan anak jati Brunei, hanya bertaraf 'PR' sahaja. Namun adat istiadat perkahwinan melayu orang Brunei yang terkenal dengan adat budaya yang tebal jua yang mereka turuti. Bak kata pepatah; 'dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung'.
Tapi memang patut pun mereka mengikut adat budaya Brunei. Mereka telah menghuni dan menguasai di sepanjang sungai kampung tu dah berkurun lamanya(melebihi 25tahun). Dan anak jati kampung tu pula telah banyak berpindah kedarat. Untuk menikmati hidup yang lebih selesa . Maka hanya tinggal dua tiga anak jati kampung tu saja yang tinggal. Dapat dihitung dengan jari. Kadang-kadang timbul rasa kesal dihati. Melihat rumah anak jati yang rebah kebumi satu demi satu. Bukan kerana tangan yang merobohkan tapi kerana rumah itu tidak terbela. Sayang seribu kali sayang. Kalau ku beharta pasti tanah mereka ingin ku miliki. Bukan niat ku kan 'mengurapakan' anak jati ataupun 'PR' (I'm sorry hubby). Tapi hanyalah sekadar berkongsi cerita dan rasa ku.
Berbalik pula cerita kahwin ni. Dari adat bejarum-jarum(merisik), bertunang dan hinggalah betimbang(bersanding) dipelaminan. Cuma satu istiadat saja inda mereka buat; mulih tiga hari. Mungkin kerana masa yang menyingkatkan adat perkahwinan tersebut. Kebanyakan tetamu mereka adalah saudara yang datang dari jauh; Limbang, Lawas, KK. Pokoknya semua dari Sabah dan Serawak. Maka istiadat mulih tiga hari tu diselajurkan masa malam ambil-ambilan.
Pada malam ambil-ambilan, pihak pengantin lelaki berhabis beribu-ribu ringgit, membawa dua buah dulang yang sarat dengan barang kemas. Pada mulanya aku sendiri pun terkejut apabila ibu si-pengantin lelaki memasangkan seutas rantai kalat emas, berbuahkan loket yang sebesar lapik cawan penuh dengan batu permata merah hijau kuning. Bergemarlapan dibawah cahaya lampu pelamin. Mana lagi beberapa utas gelang emas dan beberapa bentuk cincin yang memenuhi jari. Adoi bertuahnya badan, sang ibu mertua meberi cendera hatinya dengan diringi peluk cium. Tapi dalam hati ku timbul jua rasa bias. Maklumlah lelaki ni masa nak kahwin berhabis duit. Tapi bila dah bersama nanti seutas benang pun payah kita disarungkan.. hahaha.. Mudahan juga tak akan berlaku. Semoga hidup mereka kekal keanak cucu. Amin..
Nota ~ Pada mulanya aku ingin bercerita fasal Gendang Si Dondang. Tapi bila dah aku menceceh.. lain pula yang ku tuliskan.... Mungkin esok lusa akan dapat ku kongsikan bersama. Orang Brunei kaya dengan adat budaya yang cantek dan manis.

No comments:
Post a Comment