Saturday, May 26, 2007

Nasi Briyani Dan Ayam Madu


Nasi Briyani

5 cawan beras basmati direndam 1jam
5 cawan stok ayam(air rebusan dari 1 ekor ayam)

Dikisar halus:
5” halia
7 biji bawang merah
9 ulas bawang putih
1 biji bawang bombay

1cawan minyak sapi untuk menumis
Rempah lima secukupnya
1 paket rempah briyani(Tanya kedai mamak)
1/2 cawan puri tomato yang bermutu
1 cawan dadeh(yoghurt)
5 biji buah prun
½ cawan buah kering campur
5 camca air mawar
5 lembar daun salam
5g saffron bersihkan dan rendam dlm mangkok
1 pokok daun parsley

1. Panaskan periok diatas api.
2. Masukkan minyak sapi.
3. Tumis rempah lima hingga naik bau.
4. Masukkan bahan kisar. Goreng hingga garing.
5. Masukkan rempah briyani, daun salam dan puri tomato.
6. Masak sampai pecah minyak.
7. Masukkan dadeh dan garam secukup rasa, masak lagi sebentar.
8. Masukkan stok ayam. Masak hingga mendidih.
9. Masukkan beras basmati.
10. Bila airnya sedikit kering masukan buah kering , saffron dan air mawar.
11. Tanaklah sampai masak.Taburkan daun parsley dan hidangkan bersam lauk



Posted by Picasa

4 comments:

touch-me-not said...

melelehhh air liur meliat.... nyummmm sia-sia pun hehehe

Nina Suria said...

bah singgah tah kerumah, ada lagi tu, serius ni :D

nana said...

Sedapnyer......leh ke tau ape tue rempah lima dan kat mana nak beli

Nina Suria said...

salam nana

rempah lima = pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan ketumbar ada dijual dikedai mamak.