Thursday, January 15, 2009

Cheezy Vege Cake

Ini adalah salah satu hidangan semasa famili kakmOn buat parti dekorasi singkat hujung minggu lepas. Dalam masa kecederaan, tak tahu apa nak hidangkan. Jadi kakmOn pun gali lah peti es dua pintu dan kotak Doraemon kakmOn tu, dapatlah hidangan yang langsung tak ada plan induk. KakmOn cuma labok aja benda-benda yang ada dalam stok. Harap pada sesiapa yang sudi tu, silakanlah ye.. Salam sayang dari kakmOn. Rindu pada semua.



1 kg ubi kentang (rebus dan dihiris 1cm bulat)
150gm mentega
1/2 cawan tepung serbaguna
500ml susu segar
500gm keju mozarella
1 sudu teh herba Itali
1 cawan udang
1 sudu makan stok ayam/ikan bilis
1 cawan cendawan butang Australia segar
2 biji lobak merah diparut panjang
1 pohon daun saderi dimayang
6 biji tomato merah dihiris bulat
4 biji cili merah dimayang
Garam secukup rasa

1. Ambil Mangkok casserole dan sapukan mentega dipermukaannya dan susun ubi kentang rapat-rapat diatasnya.Ketepikan.
2. Panaskan mentega didalam kuali non-stick. Masukkan tepung dan masak 30 saat.
3. Masukkan susu segar dan gaul rata hingga licin.
4. Tambahkan garam dan stok ayam/ikan bilis. Gaul lagi hingga mesra.
5. Masukkan keju mozzarella dan gaul hingga rata.
6. Tuangkan krim kedalam mangkok ubi kentang tadi.
7. Taburkan lobak merah, udang, cendawan, tomato, cili merah, herba itali dan daun sederi.
8. Bakar hingga kuning keemasan.
9. Hidangkan sementara panas.

Saturday, January 03, 2009

Kurma Madinah barakah



Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tamarNYA sebagai pelindung dan perisai dari racun dan sihir. Jika kita makan tujuh biji tamar-tamar itu sekaligus diwaktu pagi maka dengan izinNYA tiadalah kita terkena racun ataupun sihir pada hari itu.

Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Barangsiapa makan tujuh biji tamar dari yang terdapat diantara dua gunungnya(Madinah) ketika waktu pagi, racun tidak akan memudaratkannya hinggalah ke petang hari."


-Suasana dikaki Gunung Uhud-