Thursday, January 15, 2009

Cheezy Vege Cake

Ini adalah salah satu hidangan semasa famili kakmOn buat parti dekorasi singkat hujung minggu lepas. Dalam masa kecederaan, tak tahu apa nak hidangkan. Jadi kakmOn pun gali lah peti es dua pintu dan kotak Doraemon kakmOn tu, dapatlah hidangan yang langsung tak ada plan induk. KakmOn cuma labok aja benda-benda yang ada dalam stok. Harap pada sesiapa yang sudi tu, silakanlah ye.. Salam sayang dari kakmOn. Rindu pada semua.



1 kg ubi kentang (rebus dan dihiris 1cm bulat)
150gm mentega
1/2 cawan tepung serbaguna
500ml susu segar
500gm keju mozarella
1 sudu teh herba Itali
1 cawan udang
1 sudu makan stok ayam/ikan bilis
1 cawan cendawan butang Australia segar
2 biji lobak merah diparut panjang
1 pohon daun saderi dimayang
6 biji tomato merah dihiris bulat
4 biji cili merah dimayang
Garam secukup rasa

1. Ambil Mangkok casserole dan sapukan mentega dipermukaannya dan susun ubi kentang rapat-rapat diatasnya.Ketepikan.
2. Panaskan mentega didalam kuali non-stick. Masukkan tepung dan masak 30 saat.
3. Masukkan susu segar dan gaul rata hingga licin.
4. Tambahkan garam dan stok ayam/ikan bilis. Gaul lagi hingga mesra.
5. Masukkan keju mozzarella dan gaul hingga rata.
6. Tuangkan krim kedalam mangkok ubi kentang tadi.
7. Taburkan lobak merah, udang, cendawan, tomato, cili merah, herba itali dan daun sederi.
8. Bakar hingga kuning keemasan.
9. Hidangkan sementara panas.

5 comments:

Penyulawa (Kak Anim) said...

kak mon, lenkali panggil la kita dtg makan sama... emmm... sodapnya nampak...

Nina Suria said...

Salam mama ghock, kabare??? lamanya kita tak sembang, kan? *laga pipi ala to arab*

Insya Allah nanti kita invite u all hujung minggu ni arrr :p

Anonymous said...

yummyyyyyyyyyyy!!!!!!!! **meleleh air liur..**

Anonymous said...

Salam rindu kakmOn, xleh masuk lak shoutbox tu..lama jugak tggu khabar berita kakmOn, aleh2 x sedar dah update dpur kakmOn ni..bagaimana skrg, kakmOn sihat? Harap bertambah2 sihat dan barakah kehidupan kakmOn n fmly sekembali dari Tanah Suci..amiiinnn..Ni datang nk gali balik PIF Game hari tu, nk paste kat blog nnt..hari ke hari,hampir terlupa la kakmOn, sori ya..tp janji tetap janji kannnn..nnt sehari dua lg Ummi letak,insyaAllah..muaahhhh!

Nina Suria said...

salam rindu kembali *peluk umi sampei ijaw* :D

lamanya kita tak beramah mesra kan??? kakmon mcm tak cukup tangan aja sekembali dari 'sana' :'(