Friday, August 28, 2009

Salam Ramadan



Salam pagi jumaat semua. Kabare? Rindunya nak berkongsi rasa di sini. Dah lama KakmOn tak berblog, kan? Waktu terlalu mengikat KakmOn kebelakangan ini. Terlalu banyak urusan famili yang kena 'betulkan'. Manalagi permasalahan supir Bang Mat yang memeningkan kepala. KakmOn yang dah kena virus low HgB(haemoglobin) ni... makin bertambah2 parah dibuatnya. Hingga berpusar-busar bintang kejora atas kepala... Adusss

Pagi ini sungguh indah dari luar jendela dapur kakmOn. Jasmin lebat berbunga, harum semerbak sampai masuk kedapur. Tetiba kakmOn jadi bertenaga kembali. Dan mula menulis entri pertama di Ramadan Al-Mubarak ini. Harap-harap tenaga yang luar biasa ini dapat menghasilkan sesuatu yang manis di makmal kecil kakmOn ini.

Salam sayang buat semua tetamu tegar kakmOn.

1 comment:

Jid said...

Ameennnnn... moga kakmon sentiasa dikurniakan kekuatan oleh-Nya...