Tuesday, November 30, 2010

Minggu yang mendung

Kepala berserabut. Otak tetiba tepu. Semua kerjaku menemui jalan buntu. Akhirnya kerja DIY yang baru ingin ku mulakan terhenti di situ.



Di luar burung murai sedang riang bernyanyi. Budu-budu sedang rakus menghisap nektar Jacaranda yang sedang lebat mekar di pergola. Ulat gonggong sedang berpesta selepas musim hujan.



Akhirnya aku mengalah terus mengeluarkan tepung dan mentega. Dan 20minit kemudian aroma lemak masin dari mentega dan harum susu  segar bergabung dengan keju parmesan serta herba segala bagai memenuhi ruang dapur.



Selepas usai solat Asar sedulang skon dan seteko teh lemon licin tak bersisa. Kami seisi rumah kenyang bersama ulat-ulat gonggong yan membalun daun-daun bunga hingga gondol.



Monday, November 22, 2010

Aidiladha



Aidiladha sudah beberapa hari berlalu. Namun aku masih tenggelam dalam 'alam merepekku'. Terlalu banyak cerita yang ingin ku kongsikan di sini. Tapi waktu tidak mahu menyebelahiku. Akhirnya inilah saja yang mampu ku tititpkan, di sini.



Dan sepanjang hari Tasyrik, aktiviti ku cuma mengadun gula aising disamping berkunjung kerumah bapa di kampung dan bonda saudara yang membuat majlis korban.



Dan selama tiga hari itu juga aku cuma membawa buah tangan, kek yang mudah itu saja.



Dan di makmal kecilku, aku sedang tekun menhamparkan idea yang datang cukup gemilang.



Dan yang paling mengujakan, sepersalin cara melayu itu dapat ku siapkan dalam waktu yang paling singkat. Alhamdulillah.



Dan kek kahwin tiga tingkat itu benar-benar membuat kejutan yang tidak terjangkakakan.



Akhir kalam, cuti sekolah anda pergi kemana yah?

Thursday, November 11, 2010

Nak. Tak nak. NAKKK











Salam pagi khamis yang barakah. Mood menjahit dah datang, tapi buku-buku setambun kiriman sepupu-sepapat membuat ku teruja berganda-ganda. Apa nak buat ek?

Tuesday, November 02, 2010

Buntu



Selamat malam semua. Sudah lama benda-benda ini ku simpan. Otak tetiba tepu. Bantal dan buku itu... Belek kiri. Belek kanan. SERUPA. Jadi kena buat riadah dulu lah agaknya ek..



Cuba perhatikan buku kat bawah tu. Macam semacam jer. Mula ingat nak pasang butang-butang kat spine. Tapi macam tak sekata pula dengan corak cover buku tu.. Adehhhhhh...



Mungkin aku kena rombak balik cover buku, buat sesuatu yang indah dan nyaman.. Tapi apa yah?



Ada sesiapa yan boleh bantu?