Monday, November 22, 2010

Aidiladha



Aidiladha sudah beberapa hari berlalu. Namun aku masih tenggelam dalam 'alam merepekku'. Terlalu banyak cerita yang ingin ku kongsikan di sini. Tapi waktu tidak mahu menyebelahiku. Akhirnya inilah saja yang mampu ku tititpkan, di sini.



Dan sepanjang hari Tasyrik, aktiviti ku cuma mengadun gula aising disamping berkunjung kerumah bapa di kampung dan bonda saudara yang membuat majlis korban.



Dan selama tiga hari itu juga aku cuma membawa buah tangan, kek yang mudah itu saja.



Dan di makmal kecilku, aku sedang tekun menhamparkan idea yang datang cukup gemilang.



Dan yang paling mengujakan, sepersalin cara melayu itu dapat ku siapkan dalam waktu yang paling singkat. Alhamdulillah.



Dan kek kahwin tiga tingkat itu benar-benar membuat kejutan yang tidak terjangkakakan.



Akhir kalam, cuti sekolah anda pergi kemana yah?

1 comment:

YangMulia said...

Kmonnnnnnn... sungguh menakjubkan kek hijau dan baju melayu hijau tu... itu color oil yg hari tu ya kak? nanti jid beli serba 10 setiap satu warna ya... cantik pula tgk hasil adunan warna2 tu (dengan kecanggihan magic hand kmon lah)...hehehe...