Di bawah ini aku kongsi video klip yang begitu menyentuh kalbu; Bulan Kerinduan, yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan Shahrizan Masri. Lagu dan lirik juga orang tempatan kita, Omar Hj Abd Rahman. Silakan..
Oh yah! Cerita nak sambut raya ni, pasti awda semakin sibuk, kan? Begitu juga aku di sini. Rasanya aku benar-benar lelah mengejar waktu yang tak mahu menunggu. Pembantu yang belum timbul-timbul. Kerja rumah yang menimbun. Belakang rumah yang semakin laggas(kering). Nasib baik dua tiga hari ini hujan turun hampir setiap hari. Bersiram juga taman belakang. Alhamdulillah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Minggu lepas, waktu aku sedang menunggu di Surgical Clinic, hospital RIPAS, mataku terpaku melihat hiasan di ruang tunggu itu. Sungguh kreatif. Cuba lihat di bawah ini..
(klik foto tersebut untuk paparan besar dan jelas)

Terasa raya benar-benar sudah di ambang pintu, meriah kan?
Terimakasih pada cik misi yang sangat sporting. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan bathin pada abiskita semua.
Lupakan cerita di atas, I nak stori U sesuatu.. Beberapa minggu lalu aku telah dilamar oleh dua rombongan serentak.
Rasaku? Terkedu.
Lalu lemaran itu aku terima kedua-duanya.
Nak tahu siapa rombongan pertama itu? Lihat di bawah ini..


Dan rombongan kedua? I stori U di lain waktu yah..
Kita layan dulu hidangan yang mungkin bisa memeriahkan meja awda di pagi Syawal nanti. Untuk mencari kelainan, cuba hidangkan kek cawan dalam sebiji cangkir comel. Pasti dia dapat mencuri hati tetamu awda.

psssttt.. idea itu teruji berhasil. Ingat tak waktu Pameran Urusan Rumahtangga bulan lalu. Kek dalam cangkir itu dapat memikat hati juri.. KakmOn dapat tangga kedua. Sungguh tak terduga bila melihat semua kek cawan yang dipertandingkan sangat-sangat hebat belaka.

Sampai di sini dulu yah, nanti ada waktu kita sambung cerita seterusnya. Salam Lailatul Qadar semua.
