Selamat malam semua. Bagaimana hujung minggu anda? Hujung mingguku adalah yang paling produktif kali ini. Aku berjaya menghasilkan 3 resepi baharu yang sedap untuk Sinah Bisc dan sebiji kantung beg dari kain kapas yang sungguh manis untuk ulang tahunsaudaraku yang sudah expired. Alhamdulillah pada DIA yang memberiku tenaga dan ilham.
Cuba perhatikan pada kantung beg di bawah ini.. Anda nampak apa?
Kerlipan cahaya bergemarlapan, kan? Ada banyak cerita di sebalik cahaya lip-lap itu. Biarlah rahsia..
Cerita yang tragis.. tapi di hujungnya amat MEMBAHAGIAKAN.
Oh yah! Hujung tahun ni pasti ada yang ingin bercuti atau sedang dalam perjalanan. Kita di sini pun akan pergi lagi bercuti ke pergunungan. Ingat tak daerah Kundasang? Negeri di bawah bayu itu.
Insya Allah esok pagi, kami sekeluarga akan memulakan perjalanan dari Bandar Seri Begawan-Limbang-Temburong-Lawas-KK-Kundasang. Harap-harap cuaca mahu bersahabat dengan kami. Dan doakan kami selamat di dalam perjalanan ke sana dan selamat sampai ke rumah. Hati terasa sayat bila mendengar berita buruk tadi petang yang mengorbankan enam orang Brunei yang mendapat kemalangan di Ranau-Tampuruli. Percutian yang mengembirakan menjadi sebuah tragedi yang memilukan. Salam takziah pada semua keluarga yang terlibat.
Moga DIA merestui perjalanan kami. Ya Hayyu Ya Qayyum birahmatika ya astaghith..
4 comments:
Selamat bercuti buat k.Mon sekeluarga.moga slmt pergi dan balik...berhati2 memandu. seronoknya ke Kundasang...teringat ke sana dulu.
teruknya kemalangan tu....Takziah buat keluarga mangsa...
Salam takziah buat keluarga mangsa dan alfatihah buat mangsa yang terkorban.
Hati-hati sis sekarang musim hujan, semuga selamat semuanya dan sentiasa di lindungi Allah SWT sekeluarga dalam apa jua keadaan.
Semuga resepi Sinah Bisc terbaru bertambah hari demi hari.
salam rindu buat kanda lama sudah tidak bersua,walaupun selalu ke blog ini tp tak pernah simpan msg krn sibuk cukuplah sekadar cuci mata :)
Salam libur semua, terima kasih atas doa kalian, memang sungguh ngeri tragedi itu, melintas lalu di tapak kejadian itu tengahari tadi, hati sungguh tersayat pilu.. Al-Fatihah pada semua mangsa :(
Post a Comment