Thursday, April 19, 2012

Sinah Bisc ~ Khazanah Kenangan

Salam pagi khamis yang barakah. Apa khabar anda di luar sana. Rindunya hendak berbicara di sini, tapi waktu masih jua tidak mahu bersahabat denganku. Kerja rumah menggunung. Projek bersusun rapat. Tempahan memenuhi setiap hujung minggu. Dan aku sudah kehilangan seluruh tenagaku.. Adussss..

 Minggu lalu Sinah Bisc telah menyertai Bliss Wedding Showcase 2012 bertempat di Hotel Empire dengan tema Glamor dan Elegan. Dan di sana berkesempatan bertemu pembaca blog Sinah Bisc dan Nina Suria. Terima kasih sudi menziarahiku. Sayang semua.




Dan di penutup Pameran tersebut, aku telah diberi peluang untuk membuat sebiji kek kejutan buat ulang tahun isteri pelakon popular 2011-2012 Aaron Aziz. Aku begitu teruja untuk menghasilkan sesuatu yang unik yang menepati tema majlis penutup malam itu; BLACK, GLAMOUR & ELEGANT. Terima kasih Songket Wedding atas penghormatan itu.

Akhir kalam, terima kasih seluas langit yang biru pada semua yang sempat memeriahkan booth SINAH BISC di pameran tersebut. Dan setinggi terima kasih buat suami, adinda-adinda; Ryn, Reyma Esbee Tee dan anak-anak yang bertungkus lumus di balik tabir untuk merealisasikan impianku. Sayang kamu semua..


Sinah Bisc ~ Khazanah Kenangan


4 comments:

sista said...

salam nina...dah tukar wajah baru ye...hehe...ini link blog baru eni osman..blog lama kena godam...nina boleh delete blog lama tu ...huhu...tq...xoxo...

FlowerLady Lorraine said...

What a beautiful cake, so elegant.

FlowerLady

notie said...

Wah.... Puteri2 nan ayu...so sweet tapi yang tak tahan tu.... kek buat isteri aaron.... wuhaaaaaa jeles tahap gaban ni buatkan kek buat isteri aaron. hehehehe tapi keknya cantik looooo

Nina Suria said...

eni
salam pagi selasa eni. Sudah lama kita tak berhai-hai bai-bai yah! Benar-benar pulun ngan projek mega yang tidak putus2.

dan kita ucapkan selamat 'berumah' baharu. Moga cacing-cacing segala bagai tidak lagi menyerang bungalow indah itu yah!

rindu awak xoxo

Dear Flower Lady
Thank you for your encouraging comment. We did the cake at the very last minute with full of stresses.. and surprisingly to see the output.

Have a wonderful tuesday. Love.
xoxo

notie
terima kasih sayang.. kita pun tak tahu di penghujung cerita kek isteri Aaron. Kek yang dirancang pada mulanya adalah bertema taman bunga dengan kaedah sugar painting.. tetiba ide diyamon datang di saat-saat akhir, dengan menggabungkan tema makan malam BLACK, ELEGANT & GLAMOUR.. Jadi dengan waktu kecederaan dalam masa 3 jam, kita cuba sedaya upaya membuat sesuatu yang terbaik... just follow the instinct ;)

Alhamdulillah sesuatu yang magis terhampar di depan mata akhirnya.

Sayang awak
xoxo