Monday, July 30, 2012

Cerita apa?


Salam 10Ramadhan semua. Tidak terasa kita sudah 10 hari berpuasa. Kerja yang menambun membuat kita terlupa pada alam keliling. Hari-hari terkambus dengan tepung dan mentega.. *jeling orang kat atas*

Dan bererti.. sudah 10hari berlalu tragedi ngeri yang berlaku di Ulu Rampayoh. Sungguh tak sensitif langsung nya kita..  ~_~

Sebuah heli yang membawa 14 orang pegawai kadet telah jatuh terhempas pada petang 20hb Julai lalu, menjelangnya kita hendak bersolat terawih dan memulakan ibadah puasa Ramadhan pada esoknya. 12 orang terkorban dan cuma 2 sahaja yang terselamat. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah. 

Dan salam takziah buat keluarga mangsa. Memang bukan mudah menerima hakikat ini, apalagi di saat kita ingin menyambut Aidilfitri. Tetapi inilah ketentuan dan ujian Tuhan, buat kita untuk lebih mengingati-Nya. Ya Hannan.. Ya Mannan.. birahmatikaya astagith..

Dan tadi pagi anak sulongku subuh-subuh lagi menyalamiku sebelum dia melangkah keluar untuk memulakan 'hidup bujang' di Kota Minyak sana, untuk tempoh lima bulan. Hati tiba-tiba dipaut pilu bila melihat dia mengangkut sebiji bakul yang penuh peralatan kerja dan makanan di dalamnya... Oh! itulah rupanya rasa sedih mak-bapak bila ditinggalkan anak yang ditatang dari kecil hingga dia berjaya menjadi 'orang'.. ^_^

Ok! kita lupakan cerita sayu itu. Petang ni hendak masak apa? Saudara sepusat-sepusingku seksokseksok cerita tentang ikan Selunsong a.k.a Seabass yang sedap di masak kukus itu di jendelea WhatsApp. Jadi kali ini kita ingin kongsikan tips memasak cara mudah ikan Selunsong Kukus yang tak payah dikukus itu. Kita guna jalan pintas aja yah! *kelip-kelip bulu mata keldai*

1 biji kuali cukup besar yang lengkap bertudung :p
1 kg ikan Selunsong
*3 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 batang serai
* - ditumbuk kasar

1/2 cawan minyak bijan
1inci halia muda di mayang
10 biji cili Thailand segar di potong 2
1 biji lemon dihiris nipis
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
1 cawan air
1/2 cawan air + 1 sudu makan tepung jagung
1 pohon daun bawang
1 pohon daun saderi

pilihan:
1 batang celery dipotong 1inci
2 biji tomato didadu
1 biji lobak merah diparut panjang

Tumis bahan tumbuk dengan minyak bijan. bila sudah naik bau masukkan semua bahan kecuali lobak merah dan daun sederi. Tutup periuk kemas-kemas. Masak hingga Selunsong masak, kira-kira 10-15 minit. Taburkan saderi, lobak merah dan bawang goreng di atasnya sebelum dihidangkan... Mudahkan? Rasanya? Sama seperti ikan yang kita kukus itu..* senyum lebar hingga ke telinga*

maaf kualiti gambar tidak memuaskan

Pssssssttttt.. Raya ni.. plan nak buat kek apa? biskut apa? CikKak-CikKak kena fikir betul-betul tau. Jangan nanti bila sudah esok nak raya baru nak cari resepi, takut nanti CikKak macam orang kita kat atas itu, terkambus dengan tepung dan mentega.. hikhikhikhikhik.. HARU!


Wednesday, July 25, 2012

Sungkai bersama nasi Briyani Ayam Percik setalam

Salam pagi rabu semua. Kita sudah lima hari berpuasa. Dan dalam lima hari itu masih pening memikirkan apa juadah untuk berbuka bersama keluarga. Kebiasaan keluarga kita, selepas beduk berbunyi kita akan mengambil kurma, air sirup dan kuih yang ringan-ringan sahaja. Kemudian terus solat maghrib berjemaah bersama. Selepas usai solat baharulah kita makan dengan juadah yang berat, dan semestinya nasi hehehe..

Ramadhan kali ini, Si Kecilku Leynah, sudah awal-awal seksokseksok nak makan nasi Briyani setalam. Cukup dengan wajah sepuluh sen, meminta. Jadi untuk memberi semangat pada Si kecilku itu untuk rajin berpuasa, maka aku Sang Ibu terpaksalah memasak mengikut selera Si Kecil itu.

Dan di bawah ini aku kongsikan juadah berbuka hari pertama Ramadhan di tahun 2012 ini. Silakan..

Nasi Briyani

1kg beras Basmati, di rendam sejam dan toskan
Air ayam sama banyak dengan kuantiti beras.
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5" halia muda
Bahan Tumis:
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
7 kuntum bunga cengkeh
2 kuntum bunga lawang
1oogm/1 paket rempah Briyani Ahmed Bombay atau yang sewaktu dengannya
2 biji buah pala ditumbuk halus
11/2 cawan minyak sapi(GHEE)
1 tin susu cair
Bahan Tabur:
1 cawan kismis
1 cawan badam panggang
1 pohon daun saderi
Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan rempah hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan rempah briyani dan buah pala. Masak lagi 2minit.
Masukkan beras basmati dan gaul hingga rata. Masak lagi sebentar.
Masukkan air ayam dan tudungkan periuk kemas-kemas. Biarkan hingga airnya kering tapi jagan hangus.
Masukkan susu cair dan taburkan kismis tutupkan kembali tudung periuk kemas-kemas. Perlahankan api, sekecil-kecilnya. Kalau boleh alas api dengan tudung belanga yanng sudah 'pencen'. Baru diletakkan periuk nasi diatasnya. Supaya nasi kita tidak hangus.
Bila masak susunkan dengan bahan tabur mengikut selera.

Ayam Percik Mudah

1 ekor ayam dibersihkan dan potong empat
*Asam jawa
*Lada kisar
*Garam
(*secukupnya)

1 lembar daun kunyit dimayang halus

Perap minima 1jam atau semalaman dalam peti sejuk
Bawang merah 5 biji
Bawang besar 1 biji kecil
Bawang putih 5 ulas
Lengkuas secukupnya
7" halia muda
1" kunyit
3 batang serai
Gula anau/melaka secukupnya
2 cawan chili kering yang telah direbus
½ cawanCili Thailand hijau/merah
(Di kisar dengan 11/2 cawan air santan)

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan lada kisar, dan air asam jawa. Masak lagi sebentar.
Masukkan ayam dan air santan, daun kunyit,  tutup kuali biarkan ayam setengah masak. Angkat.
Masukkan ke dalam dulang pembakar. Ambil kuah ayam tadi dan jirus keatas ayam.
Panggang ayam 200celcius hingga masak(Semasa membakar, siramkan kuah tadi keatas ayam sedikit-sedikit. Bila sudah kering baru di siram lagi. Buatlah hingga kuah habis)


Dan akhir kalam, selamat berbuka semua. Pastikan juadah kita tidak membazir. Buatlah mengikut ala kadar. Jangan terlalu ikut nafsu, nanti pahala kita hilang kemana. Hingga ketemu lagi di lain kesempatan. 

Maaf zahir dan bathin semua




Monday, July 23, 2012

Aneka Kek dan Biskut


Salam Ramadhan semua. Sudah lama aku tidak berbicara di ruang ini. Tetiba lidah kelu untuk berkata-kata. Kerja rumah yang tak pernah usai. Projek 'AMAI' yang bertimpa-timpa. Tempahan pelanggan yang merisaukan dan 'bala' yang dicari.. *tuuuuuuuuuuuuuut*

Ku kira, bila kita sudah sepenuh masa bekerja di rumah, maka jadual harian dan ruang waktuku yang padat itu akan menjadi longgar. Rupanya.. sama seperti sebelumnya.. Ala Kassim..

Oh yah! sebelum aku lupa, di sepanjang Ramadhan ini, Radio Televisyen Brunei menyiarkan Rancangan Aneka Kek dan Biskut Siri Ke2, setiap pagi pada pukul 10:00 di RTB 4 dan di sebelah petang pada pukul 4:30 di RTB1.

Bagi yang bukan kawasan JAJAHAN, jangan sedih sangat.. anda juga berpeluang menonton bersama dengan melayari sasawang RTB http://rtb.gov.bn dan anda hanya perlu klik pada butang RTB 4 TV streaming, setiap 10:00pagi.

Rancangan tersebut mengongsikan 58resipi pelbagai kek dan biskut yang sedap-sedap belaka untuk sambutan Aidilfitri yang tidak lama lagi menjelma ini. Dan bagi pengumpul resipi kek dan biskut, jangan ketinggalan menonton siri tersebut.. Pastikan kertas dan pen ada di sisi ;)

Dan di kesempatan ini aku mengucapkan ribuan terima kasih pada team Aneka Kek dan Biskut yang telah bertungkus lumus, bekerja di balik tabir..

Dan aku tinggalkan foto-foto yang sempat dirakamkan waktu pengambaran dua bulan yang lalu. Memang tenaga kerja Aneka Kek dan Biskut tersangatlah meriah..

Rindu semua;