Wednesday, July 25, 2012

Sungkai bersama nasi Briyani Ayam Percik setalam

Salam pagi rabu semua. Kita sudah lima hari berpuasa. Dan dalam lima hari itu masih pening memikirkan apa juadah untuk berbuka bersama keluarga. Kebiasaan keluarga kita, selepas beduk berbunyi kita akan mengambil kurma, air sirup dan kuih yang ringan-ringan sahaja. Kemudian terus solat maghrib berjemaah bersama. Selepas usai solat baharulah kita makan dengan juadah yang berat, dan semestinya nasi hehehe..

Ramadhan kali ini, Si Kecilku Leynah, sudah awal-awal seksokseksok nak makan nasi Briyani setalam. Cukup dengan wajah sepuluh sen, meminta. Jadi untuk memberi semangat pada Si kecilku itu untuk rajin berpuasa, maka aku Sang Ibu terpaksalah memasak mengikut selera Si Kecil itu.

Dan di bawah ini aku kongsikan juadah berbuka hari pertama Ramadhan di tahun 2012 ini. Silakan..

Nasi Briyani

1kg beras Basmati, di rendam sejam dan toskan
Air ayam sama banyak dengan kuantiti beras.
Bahan Kisar:
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5" halia muda
Bahan Tumis:
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
7 kuntum bunga cengkeh
2 kuntum bunga lawang
1oogm/1 paket rempah Briyani Ahmed Bombay atau yang sewaktu dengannya
2 biji buah pala ditumbuk halus
11/2 cawan minyak sapi(GHEE)
1 tin susu cair
Bahan Tabur:
1 cawan kismis
1 cawan badam panggang
1 pohon daun saderi
Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan rempah hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan rempah briyani dan buah pala. Masak lagi 2minit.
Masukkan beras basmati dan gaul hingga rata. Masak lagi sebentar.
Masukkan air ayam dan tudungkan periuk kemas-kemas. Biarkan hingga airnya kering tapi jagan hangus.
Masukkan susu cair dan taburkan kismis tutupkan kembali tudung periuk kemas-kemas. Perlahankan api, sekecil-kecilnya. Kalau boleh alas api dengan tudung belanga yanng sudah 'pencen'. Baru diletakkan periuk nasi diatasnya. Supaya nasi kita tidak hangus.
Bila masak susunkan dengan bahan tabur mengikut selera.

Ayam Percik Mudah

1 ekor ayam dibersihkan dan potong empat
*Asam jawa
*Lada kisar
*Garam
(*secukupnya)

1 lembar daun kunyit dimayang halus

Perap minima 1jam atau semalaman dalam peti sejuk
Bawang merah 5 biji
Bawang besar 1 biji kecil
Bawang putih 5 ulas
Lengkuas secukupnya
7" halia muda
1" kunyit
3 batang serai
Gula anau/melaka secukupnya
2 cawan chili kering yang telah direbus
½ cawanCili Thailand hijau/merah
(Di kisar dengan 11/2 cawan air santan)

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan lada kisar, dan air asam jawa. Masak lagi sebentar.
Masukkan ayam dan air santan, daun kunyit,  tutup kuali biarkan ayam setengah masak. Angkat.
Masukkan ke dalam dulang pembakar. Ambil kuah ayam tadi dan jirus keatas ayam.
Panggang ayam 200celcius hingga masak(Semasa membakar, siramkan kuah tadi keatas ayam sedikit-sedikit. Bila sudah kering baru di siram lagi. Buatlah hingga kuah habis)


Dan akhir kalam, selamat berbuka semua. Pastikan juadah kita tidak membazir. Buatlah mengikut ala kadar. Jangan terlalu ikut nafsu, nanti pahala kita hilang kemana. Hingga ketemu lagi di lain kesempatan. 

Maaf zahir dan bathin semua




5 comments:

Ummi said...

Assalamualaikum kakmOn cayang..rinduuunyaaaaa lama x berceloteh dgn kakmOn...sihat ke? Selamat Berpuasa buat kakmOn dan keluarga...Nanti masak lebih nasi beriyani tu eh...buat Ummi terliur betul laaaa...pitaaammm... ^_^

Mamasya said...

Slmt menyambut Ramadan buat k.Mon sekeluarga.Waduh mengancam nengok nasi beriani dg ayam percik....dah siap dlm dulang....kirim ke Cairo boleh...hi..hi...
tahniah k.Mon muncul di TVB...wah makin glemer k.Mon...dah boleh panggil chef ni....syabas...moga k.Mon terus maju. nanti akan layari blog RTB...nak tengok k.Mon...windduuu..

notie said...

Waduh sedapnya...huh mengancam sungguh nasi berani setalam tu.

Kalau kat kampung saya femes dengan nasi Ambeng tapi selalunya buat kalau kenduri tapi hanya nasi puteh dan penuh lauknya seperti ayam masak kicap, sambal goreng, serunding, ikan kering,mee goreng. Kita orang suka keroyok ramai2 makan dalam dulang seronok.

Mudahan si buah hati cilik kak mon tu bertahan puasa selama sebulan.

Pss.. tenguk balik gambar kat bawah amboiii jelitasnya kakmon bila dah bermekap, pipi merah terletak... celebrity anggun gitu...kekeke fuyooooo cunnya ni kalau abang mat tenguk agak2 leh kenal ke? hahahahaha

Nina Suria said...

Ummi
Wa'alaikumussalam ummi sayang, ha'ah dah lama kita tak seksokseksok kat sini.. rindu serindunya.. Kita sehat walafiat cuma penat yang teramat hingga hilang seluruh perbendaharaan kataku.. tu la sebab kita diam seribu bahasa.. harap-harap waktu mahu bersahabat.. moga DIA merahmatimu sekeluarga.. Aminnnn..

sayang awak xoxo

Mamasya
terimakasih atas doa yang manis itu zila sayang. Setelah kita memilih hidup dengan tepung dan mentega, jadi perasaan malu kena kikis, seperti kata enche roommate; awak yang pilih kerjaya tu so kenapa hendak menolak peluang yang telah disogokkan.. kalau nak berjaya kena berjalan terus kedepan.. jadi kakmOn pun terpaksalah akur.. dan terima lamaran RTB tu.. walau malu yang teramat huhuhuhu..

notie
woooo nasi ambang memang sedap, kita pun turut terkecur tau.. apalagi makan berebut2 penuh jaru dalam dulang tu.. huhuhuhuhu.. bilalah nak rasa nasi tu lagi..

psssstttt kita terasa macam cina opera watak yang garang tu.. bukan bang mat terpegun, tumbang ada laaaaah.. haisy *pasang ultraman mask*

Unknown said...

wahh..menariknya..bunyi perut tgk gambar nasi ni..nyum2..