Pasti blog ku ini sudah penuh sarang labah-labah. Waktu betul-betul tidak mahu bersahabat. Rupanya.. kita sudah di ambang gerbang Mei. Dan sebentar lagi Ramdhan akan tiba. Aduhhhhhhhhhh.. Qadha puasa sudah belum?
Oh yah! Semalam melintasi Lebuhraya Tungku-Link/Hassanal Bolkiah sepertinya aku sedang berada di Korea(PERASAN, menjejaki Korea pun belum, haish). Bunga merah jambu muda memenuhi pokok-pokok yang ditanam di tepi lebuhraya itu. CANTIK. Bagai cherry blossom di Korea atau Sakura di Jepun. Ooooops.. Cherry Blossom itu kan Sakura.. hahahahahahaha.. Betul lah tu..
Dan semalam juga adalah hari yang paling ribut buat ku. Jenazah Ninda saudara disempurnakan pada pagi itu. Aku tidak berkesempatan menziarahinya. Angkara salah komunikasi dengan saudara sepusat sepusingku, si Klavu. Dalam waktu panik itu, kunci cik Mini dan mata belalang pula GHAIB. Aduh.. Maka lengkaplah PENDERITAANku. Akhirnya aku diam aja di rumah, menyediakan minum pagi(nasi briyani ayam percik, kek baldu merah dan kek cawan lemon curd) buat bonda-bonda dan adinda-adinda yang selesai ziarah Ninda saudara yang cuma tinggal 1km dari rumah kita.
Selesai saja mereka pulang aku terus 'bercaplong' membuat kek hari jadi F1 yang benar-benar menguji mental. Alhamdulillah walaupun tidak berjaya sepenuhnya, tapi F1 itu dapat juga disiapkan dalam waktu KECEDERAAN TERUK. Ampun...
..dan hari ini adalah waktu 'SENDIRI' ku. Lamanya aku tidak punya waktu sebegini. Sek-sok-sek-sok di FB atau duduk santai-santai di taman belakang dengan irama alam yang mendamaikan.
Dalam aku menikmati haruman melor yang berkembang dan pelukan angin yang dingin, aku dongak ke atas. OH! Pokok mangga epal ku sedang berbuah. Di kepala teringat nasi kerabu cik Idah. Aduh mahu merembas air liurku dibuatnya..
Wassalam..
1 comment:
Best Casino & Slots Near Me - JTM Hub
If 강원도 출장안마 you're a seasoned 김해 출장마사지 player, you've come to the right place. We've got some 대전광역 출장안마 of the best gaming 충주 출장마사지 action around, bet365 including over 200 top-rated slots,
Post a Comment