Wednesday, March 05, 2014

Selamat tinggal Februari


Selamat malam semua. Dari luar jendela Sang Rembulan tersenyum manis di kelilingi Jula-Juli Bintang Tujuh. Indah dengan darjahnya yang tersendiri. Tetiba kita jadi teramat rindu. Rindu pada kakak. Rindu pada Ayu. Rindu pada semua orang untuk berbicara dan berhuha seperti dahulu kala.

Sudah lama kita tidak berbicara, kan?

Sejak pembantu kita pulang bercuti 30hb Disember yang lalu, jadual kita berputar laju 360 darjah dengan drastik sekali. Nasib abang masih ada di rumah menunggu 'panggilan orang minyak' setelah tamat pengajian di ITB sana, TAHNIAH abang! Dan dia lah yang memangku kerja dapor dan laundri. Sedang kita 'tanat' dengan pelbagai tempahan yang memeningkan kepala. Apalagi dalam saat-saat warga cina sedang menyambut Tahun Baharu mereka. Maka bertambahlah kesibukan kita BERGANDA-GANDA.


Anda lihat sendiri foto di bawah itu, sebahagian diantara biskut-biskut bersalut coklat yang telah kita hasilkan untuk Tahun Baharu Kuda ini.




Kemudian bonda saudara pula meraikan ulang tahun ke-57 di kediamannya. Juga cukup meriah dengan TUJUH biji kek menyambutnya. Yang di bawah itu sudah lesap tiga biji, dan yang masih utuh kek Tas Tangan CHANEL yang sempat ku siapkan dalam waktu KECEDERAAN teruk. Oleh kerana dia terlalu sayang memotongnya, Tas Tangan itu disimpan di dalam peti ais kemudiannya. Adussss..


Dalam kesibukan rutin yang memenatkan itu, kita cuba menyusup keluar bersama saudara sepusat sepusing meraikan kejayaan Ayu melanjutkan pelajaran ke Tanah Besar CHINA. Di Paddington House kami mengisi perut yang tengah kelaparan. Dengan hidangan pancake yang diolah begitu rupa, enam pasang tangan berebut-rebut mengambil makanan yang SUNGGUH mengecurkan. Ada satu rasa yang sukar untuk diungkapan di situ.

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Lalu 'idea gila' kami datang lagi, terus buru-buru ke Time Square menonton wayang. JACK RYAN. Belum habis perut bekerja, jantung pula berdebar-debar dengan aksi Jack Ryan yang membuat perut senak ku jadi kecut. Adieeeeeeh..


Dan di penghujung Februari kru Rampai Pagi RTB bertandang ke studio kita yang baharu 95% siap itu untuk sessi pengambaran bertemakan Cenderamata Ratu Sehari. Alhamdulillah dalam waktu yang ketat itu kita berjaya jua mengongsikan beberapa idea untuk menghasilkan cenderamata yang cantik dan menambat hati.

  
Penutup Februari, dalam kita tekun menguli aising fondan tiba-tiba kedengaran ketukan yang mengejutkan di jandela kaca dapor dan satu wajah lelaki yang tidak dikenali tersangkut di situ. Mahu putus jantungku dibuatnya. Rupanya dia adalah delivery man dari Neptune Florist menghantar sejambangan mawar merah hati tanpa nama si-pengirim. SUNGGUH misteri. Hati berdebar.. Betul kah???????


....dan Februari pun berlalu.