Thursday, September 08, 2016

Ziarah Ladang Sawi Allen Chung

Menyusur jalan di kebun sayor Allen Chung Kang Ming di pagi hari dengan aroma alami yang amat menyeggarkan. Bau harum rumput yang masih basah. Hamparan ladang sayor sawi, HIJAU, bagai sebuah kanvas yang indah. Menakjubkan.
Dari sebuah 'Green House' ke sebuah 'Green House' kami redah. Hingga bertemu barisan pokok limau kasturi yang teggak tersusun rapi, sedang lebat berbunga dan berbuah. Harumnya begitu memukau. Benarkah itu yang dikatakan, bau busuk mulut orang yang berpuasa, seharum bau kasturi di akhirat nanti. Menghayalkan. SUNGGUH. Subhanallah Walhamdulillah Walaillahaillallah Wallahuakbar. Maha pengasih Allah yang maha agong.
Terima kasih seluas langit biru pada sahabat Maktab SOAS 1984-1986 Ming, menerima kami di pagi hari, walau beliau begitu sibuk dengan pelbagai urusan saat itu(beliau sedang menguruskan dokumen pekerjanya di Pejabat Imigresen, B.S.B. sana), namun beliau tetap berusaha bekejar ke ladangnya, di Kampong Kiudang, dengan senang hati.
Allen Chung seorang peladang yang punya visi dan wawasan yang begitu menakjubkan. Selepas beliau menamatkan O-Level di Maktab SOAS, beliau telah berkhidmat dengan kerajaan. Dalam pada itu beliau tetap turun ke tanah membantu ayah beliau menanam sayor di halaman rumah, sebesar tiga ekar. Jam 4:00 pagi beliau sudah bekejar ke Bandar Seri Begawan, di Tamu Kianggeh, menjual hasil tanaman beliau. Sedangkan saat itu kita masih enak tidur di atas katil.
Hari berganti bulan. Bulan berganti tahun. Beliau terus memikirkan bagaimana memajukan tanah 18 ekar ayahnya, yang terbiar sepi itu. Bayangkan! Dalam usia muda begitu, beliau tidak duduk diam seperti remaja lain. Beliau terus berusaha memajukan diri dan berbakti pada tanah dan sekali gus membantu ayahnya yang sudah semakin tua.
Dengan bulat hati beliau pergi ke Jabatan Pertanian memohon khidmat nasihat dan akhirya dia telah BERJAYA menukarkan hutan belukar 18 ekar itu menjadi sebuah ladang hijau yang amat menakjubkan. Dan beliau telah dicanang menjadi Peladang Terbaik Daerah Brunei-Muara & Tutong, di HARI PELADANG, PENTERNAK DAN PERIKANAN, anjuran KPSSU(MPRT). Kini beliau tidak lagi bermimpi di siang hari. SYABAZ sahabat <3 span="">
Dan di akhir cerita, beliau dengan murah hati menjamu kami dengan Nasi Briyani Ayam yang lazat, di sebuah restoran tidak jauh dari ladangnya. Alhamdulillah.. Moga DIA membalaskan kebaikanmu.
p/s Serta membawa pulang oleh-oleh dari ladang beliau, sebakol sawi manis dan sawi putih. Tiga hari, tiga malam, kita masak sawi gamaknya. Terima kasih banyak-banyak Ming, jangan jara :D
 






3 comments:

notie said...

wah bestnya melawat ladang sayuran yang segar amat.

HeNRieTTa JoSe said...

sronok tgk sawi dan sayuran menghijau...

Nina Suria said...

Alhamdulillah notie.. ringam kepala tengok HIJAU. Sejuk dan damai xoxo

HeNRieTTa Jose saya lagi lah seronok berganda-ganda. Beberapa tahun ini tengok mentega dan tepong aja hari-hari :D