Thursday, December 28, 2017

Demam Miang Kham


Sejak beberapa bulan yang lalu orang sibuk memburu sirih Kaduk. Padahal mahluk Allah itu sudah lama duduk diam-diam di belakang rumah. Tiada siapa yang sudi mengambilnya menjadi keluarga angkat. Tiba-tiba hari ini bagai bom atom, meledak, keseluruh alam. Sirih Kaduk jadi bual-bicara di mana-mana. Adihhhh..

Jadi di sini kita kongsikan sekali lagi hidangan sihat lagi menyegarkan ini setelah tiga tahun senyap, tidur di bawah rumah.

Bahan-bahan asas nya:
Sirih Kaduk
Bawang merah
Limau nipis
Halia muda
Cili Thai merah/hijau
Kacang digoreng tanpa minyak
Isi kelapa dipotong kecil dan digoreng tanpa minyak(sangrai)
Udang kering
Potong dadu semua bahan kecuali daun sirih. Anda juga boleh menambahkan buah-buahan lain, seperti guava, jambu, mangga, tomato dan sebagainya.





















Bahan sos nya:
3biji bawang merah
3ulas bawang putih
2batang serai
2inci halia muda
10biji cili Thai merah/hijau
sedikit kacang digoreng tanpa minyak
segenggam udang kering
sesudu besar kelapa goreng(seperti di atas)
Kisar kering semuanya. Ketepikan.
1ketul gula melaka/apong(dihiris nipis)
Sedikit air
1/4 cawan sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu makan kicap cair
Masak di atas api sehingga cair. Masukan bahan kisar dan masak lagi sehingga pekat. Angkat dari atas api dan sejukan.

Nota: Sos ini bukan autentik Siam yah! Kita dah 'derhakakannya'. Ampun.

























Cara menghidangkan, ambil selembar daun sirih, letakan semua bahan yang dipotong dadu tadi dan tambahkan sos di atasnya. Bungkus dengan kemas dan sajikan untuk buat kudapan.

Tuesday, December 26, 2017

Angin monsoon


Musim hujan ini banyak aktiviti di luar rumah terpaksa ditunda. Kebun belakang sudah semakin semak dan haru biru. Sudah lebih dua purnama aku duduk diam-diam di ruang kamar. BERISTIREHAT. Kata Dr.Htwee jangan buat kerja rumah. Kata orang itu; "Jaga badan, nak kena pakai lama". Titik!



Jadi setiap kali hati resah kita akan mengintip dari jandela dapur dan kadang-kadang curi-curi keluar mengambil udara segar. Konon. Tapi mata menjadi sakit bila melihat kebun yang tak terbela. Bunga mawar sudah banyak yang mati. Bunga Telang pun jua semakin rontok. Kering. Rumput pula yang tumbuh subur. Adusss..



Jadi hari ini cuba menarik semangat sakti. Mencantas bunga-bunga yang telah mati. Menyapu daun-daun kering yang tebal bagai permaidani. Harap-harap esok matahari keluar. Laundri kita sudah penuh dua bakol tak bercuci sejak semalam.


Hanya bunga kuning ini saja yang tinggal hidup subur. Tak apalah. Moga kudrat kita akan kembali sedia kala. Rindu pula pada pasar bunga. Agak-agak.. Ada lagi kah cik Marigold dan cik Zinia di sana?


Tiba-tiba mata terpaku kepada buah mulberi yang tiga ketul. Alhamdulillah.. Ada juga rezki buat burung-burung. SUKA.




Mi Taipunam



Hari ini kita ingin mengongsikan satu hidangan mi sop yang mudah dan sihat; Mi Taipunam. Kedengannya agak pelik bukan? Sebenarnya inspirasi dari mi sop Vietnam atau lebih dikenali dengan nama Pho. Ok mari kita ke dapur dan masak sama-sama ye 😊

1. Mi beras atau mi udon secukupnya(direbus dan ketepikan)
2. 12 ekor udang bersaiz besar diperap dengan jus limau nipis, garam, sos tiram dan cili kisar. Goreng dan toskan.

(A)
2liter stok ayam atau daging
4keping isi dada ayam
2inci halia dimayang
1sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
Masukan sambal cili serai(pilihan)
Masak bahan di atas 10minit.


(B)
Seaweed secukupnya
Daud saderi secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Cili Thai hijau/merah secukupnya
Limau nipis didadu





















Sambal cili serai:
4batang serai wangi
5biji cili merah
5biji cili Thai merah
3biji bawang merah
7ulas bawang putih
1sudu teh petis/belacan bakar(kita gunakan petis)
1sudu besar udang kering yang ditumbuk
Sos ikan Thai secukupnya
4biji jus limau nipis
3lembar daun limau purut
Kisar/tumbuk halus semua bahan diatas(kisar kering)
Tumis semua bahan dikisar dengan minyak lepas mengoreng udang tadi. Toskan rempah.

Isikan mangkok dengan mi udon dan tuangkan air sop(A) kedalamnya. Taburkan dengan bahan-bahan (B). Kemudian tambahkan sedikit sambal cili serai dan udang, hidangkan sementara panas.

Mudahkan?



Saturday, December 02, 2017

Tiba-tiba rindu


Disember datang lagi. Beberapa waktu ini aku bagai mati. Hilang tujuh deria rasa. Hari ini aku bangkit, mencari kembali semangat yang ghaib itu. Moga hari kelahiran Baginda Rasullullah ini dapat menyuntik semangat sakti untukku berlari lagi seperti semalam yang indah.

p/s - Apa khabar kamu? Ada yang masih rindu?

Salam Maulidurrasul 2017/1439H


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi 

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu 

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat 

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa 

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat ‎

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat ‎

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh ‎

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan ‎

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَل