Seperti tahun-tahun yang sudah, setiap pagi raya kami akan berkumpul dirumah bapa dikampong. Subuh lagi aku sudah sibok didapor memasak nasi beryani dan daging masala. Menyediakan nutty brownies, enam jenis kek gulong dan beberapa jenis lagi biskut coklat.
Dalam aku kelam kabut menyediakan salad, kedengaran suara Leynah sudah merengek tak mahu pakai baju yang disediakan. Dia mengamuk sakan. Nak pilih bajunya sendiri. Akhirnya untuk menyelamatkan keadaan yang bingit itu, aku biarkan saja dia memakai baju kesukaannya. Si abang pun begitu juga tak nak pakai baju sama dengan si adik. Dan aku yang memang tidak menempah walau sepasang pon, hanya menyarungkan jubah hitam bekas arwah emak. Maka baju kami pakai pagi raya itu jadi haru biru. Tidak sedondon seperti raya yang sudah.
Selepas solat sunat hari raya kami pun terus bertolak kekampong yang hanya memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah kami. Sampai dikampong, bersalam dengan bapa dan adik-adik. Ryn, Ryma dan emak saudara yang lain belum sampai lagi. Aku terus saja kedapor meyediakan makanan. Kakak ku yang tua sudah sedia dengan ayam karinya. Dalam 15minit kemdian kedengaran suara kanak-kanak riuh rendah didepan. Ryn datang dengan membawa ikan asam pedas dan mixed vege. Emak saudara membawa daging rendang, acar limau, kerabu mangga dengan bunga kantan, pickles dan ade beberapa jenis lauk lagi yang aku sudah tidak dapat mengingatinya. Maka pagi itu diatas meja penuh beraneka lauk pauk dan kuih mueh yang menyelerakan.
Selesai majlis bertahlil aku dengan adik-adik yang lain pergi kepusara emak walau empat hari sebelom raya kami sudah menziarahinya. Masih terngiang-ngianng suara datok aku dulu; "bukan orang hidup saja kan diaga beraya, orang sudah nada ani pon mau jua minta jarahi..."(orang sudah tiada pun masih mengharapkan kita menziarahi mereka dipagi raya). Macam tu lah lebih kurang maksudnya. Maka aku yang memang sensitif ni pon terasa dengan omelannya.
No comments:
Post a Comment