Tuesday, June 13, 2006

Ziarah kepusara Bonda



Kelmarin bahari ganap dua tahun babu meninggalkan kami. Baru kelmarin kami telasut lagi menyubuk pusara babu. Labih kurang pukol 4:15 patang aku dan bro G sampai dulu. Bajalan kaki labih kurang 500meter manuju katanah perkuburan dibalakang pakarangan istana lama Sultan atu inda tarasa. Sampai saja dipusara babu, tarus kami memulakan bacaan Yassin tanpa menunggu peradian yang lain sampai. Bukan apa... takut keakhiran. Ngam waktu orang balik karaja. Jalan lagi sasak kan keluar. . Mana lagi kan berjemaah dirumah Tangah. Iatah makahnya berabut atu.

Suara Adik, Umy sama anak bini-bini Ryma sampai dulu dipertangahan bacaan Yassin kami. Kadangaran sadikit riuh mamacahkan kasunyian tanah perkuburan yang andang sunyi atu. Terganggu ayat yang ku baca seketika. Ryma kapus-kapus naik kepusara babu. Maklum! ia ani penyakit ampus. Parjalanan dari parking kereta ke pusara babu atu bukannya ampir. Tapaksa lagi naik sedikit anak bukit. Inda pulang jua tinggi macam bukit Shahbandar. Tapi bapaluh jua olihnya.

Dalam dua tahun peninggalan babu, dua saudara dekat mengikutinya; nenek saudara(ibu saudara bonda) pergi setahun yang lalu dan nenek(ibu kandung bonda) yang baru 12hari menemuinya. Ketiga-tiga mereka disemadikan berhampiran satu sama lain. Dulunya ketiga-tiga mereka adalah yang paling rapat bersama-sama. Setelah bekeluarga masing-masing dijauhkan oleh keadaan dan masa. Kini mereka disatukan kembali disatu kawasan tanah yang sama. Kuasa Tuhan.

Alhamdulillah kami selesai bertahlil bersama-sama sebelum pukol 5:00 patang.

Nota: Hari ini terdetik dihati untuk merapu meraban ngan bahasa bonda ku; bahasa Brunei yang sudah lama tidak ku gunakan disini. Kepada YUS, terimakasih sudi lagi singgah ke rumah Nina yang dah berhabuk ini. Dan salam perkenalan dari Brunei. Kalau nak baca cerita updated story Nina berkunjung lah kerumah Nina Suria

1 comment:

yus said...

Tak pernah dgr atau baca dlm bahasa Brunai sebelum ni. Tak faham semua..hihi lain juga rupanya yer.