Saturday, April 15, 2006

Tiong

Semalam balik kerja aku terus landing kat kamar tidur. Penat tak usah cakap. Leyinah seperti biasa akan berkicau riang bila nampak aku. Kebelakangan ini dia semakin mesra alam ngan semua orang. Sang Klavu pun dia sudah semakin erat. Sehingga dengan rela hatinya dia memanggil; 'Ummi'. Entah apa yang Sang Klavu buat kat tiong oops bukan tiong, Leyinah lah. Aku tersasul lagi.

Padahal tadinya aku sudah insaf tak nak panggil anak-anak aku dengan nama yang tak baik maknanya. Sejak aku menggelar dia tiong, semakin menjadi-jadi tiongnya. Apa kita cakap akan direkodnya. Lepas itu dia akan mengajuk semula kata-kata kita itu bulat-bulat.

Memang memberi nama pada anak-anak ini tersangat penting. Ianya merupakan satu doa kita. Bila nama yang bermaksud tidak baik itu kita sebut siang malam, bayangkan apa akan jadi. Sebab itulah ugama kita menggalakan memberi nama kepada anak-anak kita yang baik maknanya. Astagafirullah apa yang aku dok merapu ni. Padahal aku ingin becerita fasal makan malam yang mengejutkan semalam. Lain kali aku cerita bahagian makan itu yah.
Kalau nak tahu cerita anak ku yang semakin mesra ini jom ikut aku kesini..

3 comments:

yus said...

Salam perkenalan kak,

Ini baru pertama kali singgah ke blog akak ni. Cantiknya bunga2 dalam gambar tu. Akak mesti minat bunga ni, saya yg tak berapa minat pun dah terminat pulak tengok gambar2 tu semua.

Nina Suria said...

Yus selamat dtg.. kalo nak pinjam bungaboleh aje.. tp jan lupa kasi balik eik :D

yus said...

Kak Mon...takde cerita baru ker??