Monday, June 22, 2009

Bersantai di Kampung Pudak


Kami dengan warga JPKE datang bersantai ke kampung Bang Mat pada saat Bandar Berunai menyambut ulang tahun ABDB, 31hb mei 2009
.

Orang kampung menyambut kami dengan meriah dan mesra alam




Sebelum mulakan acara santai, imam masjid Pudak membaca doa selamat.


Permulaan yang menyeronokkan. Menaiki bukit Pudak yang menyimpan 1,001 khazanah alami yang memukau.


Tersangkut. Jalan yang sempit tidak dapat menampung lebih 100 tetamu yang iski menerokai hutan dara Kampung Pudak.


Mata-air yang pernah menjadi sumber utama minuman di Kampung Pudak.


Pendakian semakin curam dan mencabar.


Leyinah dah Humairah menghilangkan lelah di bawah 'batu belah batu betangkup'


Bandar Seri Begawan kelihatan berbalam-balam dari puncak bukit Pudak.


Sungai Pudak luas terbentang melambai kami dari bawah.


Leyinah dan Humairah mencipta sejarah, warga yang termuda berjaya mendaki bukit Pudak hingga kegarisan penamat. Walau awal-awal sudah diberi amaran oleh pihak penganjur untuk TIDAK MEMBAWA ANAK-ANAK BERSAMA. Mereka kelihatan begitu riang bila sudah sampai kebawah.


Menikmati air kelapa muda setelah penat mendaki bukit yang tak tersangkakan.


Pertunjukkan dari orang kampung membuat kuih Berunai, penyaram dan ardam.


Geng memukun pun turut di undang untuk memeriahkan lawatan JPKE ini


Berkayak menghilangkan panas dibadan setelah aktiviti pendakian bukit.


Mr & Mrs Klavu, Lutfan ditengah.


Perlumbaan yang menggemparkan anak-anak ikan di sungai Pudak.




Kakak dan Syidah cuba menyaingi mereka-mereka yang pro








Sempat melawat sebuah resort yang masih dalam projek penyiapan, di muara Kampung Pudak.


Resort kecil ini menyediakan lebih tigapuluh buah bilik.


Sebuah villa di muara kampung pudak yang menjadi kunjungan setiap hujung minggu.










Tengok, lima budak hitam ini tengah hilang sebelah skru, memancing tanpa kail.

3 comments:

nacha said...

wow! best nyer acara bersantai. teringkat masa kunjungan geng UB ke Bonai dulu kakMon ada tunjuk area kpg Bang Mat.

Nina Suria said...

salam nacha, cerita ni dah basi pun, kakmOn pulun ngan gayah ent. aja hingga tak sempat nak stori-mori. Skang baru dapat angkat muka :)

btw kampung b.mat dan semakin dihati warga berunai, cuti sekolah ni pun ramai rombongan yg dtg berkunjung. Ingat tak resort yg kita pegi ari tuh, hah ini pemandangan dari arah sungai, kalau dari daratan tampak lain kan???

Jid said...

Wahhh.. kakmon.. menarik bangattt... hehehe.. kakklavu berjaya dpt nombor berapa berkayak tu? hehehe