Wednesday, July 22, 2009

Ya Norsiah... Dengarlah...

Setelah beroperasi 18jam menyiapkan kek kahwin tiga tingkat itu, aku pun memanjat katil beradu, qadha waktu tidurku yang hilang.

Aku terjaga tepat pukul empat petang. Tetiba lengan kiri ku terasa sakit dan berat amat. Langsung tidak dapat ku angkat. Aku gagahi jua bangun. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku beristighfar berpuluh-puluh kali... Tak apalah. Mungkin ada rahmatNYA. Bukankah sakit yang dianugerahkan itu adalah penyuci dosa-dosa kecil??

Akhirnya semalaman... aku mengendong tangan ku yang sakit itu dengan menggunakan scarf untuk memudahkan aku bergerak.

Hari isnin, sakitnya sedikit berkurang setelah aku menyapukan Minyak Batu. Dapatlah juga aku mengangkat lengan yang sakit itu, sedikit demi sedikit dan bergerak sedikit pantas dari kelmarinnya. Dan nasib baik jugak hari itu adalah cuti awam se-Berunai, bersempena memperingati Hari Israk Mikraj Nabi Muhamad s.a.w.

Hari selasa kembali bertugas seperti biasa dengan membawa tangan yang sakit. Tetiba aku teringat Tabib Cina... Tak salahkan kita berusaha?

Dengan pertolongan bos aku yang berbangsa cina itu, aku dapat juga alamat Tabib Cina yang ku maksudkan itu.

Setengah jam menunggu, akhirnya tiba giliran ku. Tabib itu mengeluarkan sebatang jarum, kapas dan empat biji botol kaca bersaiz kecil. Rupa botol itu seperti bekas botol 'Pati Ayam Brand' saja nampaknya.

Kemudian Tabib itu mengurut bahagian lengan ku yang sakit, dia mencari titik-titik 'kecederaan' ku itu dengan memicit-micit di daerah itu. Aku terjerit kecil bila picitan itu terkena bahagian yang sakit amat.

Lalu Tabib itu pun membuat empat kali tusukkan di tempat yang telah di duganya tadi dengan jarum. Darah keluar mengalir, lalu disapunya dengan secarik kapas dan kemudiannya kapas itu dimasukkan kedalam salah satu dari empat botol tadi.

Diulanginya proses itu hingga keempat-empat botol kaca tadi berisi dengan setiap satu carikan kapas yang berisi kesan darah.

Kemudian dia ambil sebiji botol kaca tadi, lalu diambil pemetik api dan botol itu dinylakan. Dengan gerakkan yang pantas, dia terus menutup titik yang di tusuknya tadi dengan botol yang apinya sedang menyala itu.

Setelah 30minit menerima rawatan Bekam itu, lenganku pun dibungkus. Aku pulang dengan membawa dua pantang larang yang membuatkan aku jadi bisu...




Kunjungan kedua

Dia menyapu lenganku dengan minyak gosok yang menyengat baunya. Kemudian dia mula memicit lenganku yang sakit dengan gerakkan pakcik India yang sedang menguli tepung cepati.

Setelah beberapa saat memicit, dia tukar pulak gerakkannya. Kali ini dengan gerakkan yang laju dan keras. Dia menampar lenganku bagai pakcik India sedang menampar roti canai yang baru siap diangkat dari kuali. Sakitnya? Rasanya aku nak kick boxing aja perut Tabib itu.

Setelah semua 'angin kus-kus' keluar, dia mulakan rawatan 'Darakula'(Bekam) itu lagi.



Siap dia menyedut darah, dia tampal lengan yang sakit itu dengan herba yang sangat memualkan baunya. Rasa panas berapi tadi hilang serta merta akibat herba yang tersangat sejuk itu. Kemudian dia balut lagi dengan bandage hingga kemas.



Dan... aku pulang dengan tangan yang kaku serta hati yang sebal. Aku kena lantak lagi papan tanda "GAYAH ENTERPISE TUTUP". Ala Kassimmmmmmmm...

Tetiba teringat dialog Pakcik Aziz Satar dalam Filem Alibaba Bujang Lapok pada isterinya Norsiah.



"...ya adinda, kekanda bukannya pemalas. Tulang kanda ni aja yang dah reput..."

Thursday, July 16, 2009

Semangat 15 Julai


Selamat puja usia Tua...




Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Tua dan Lutfan.. lalalalala...

Posted by Picasa

Wednesday, July 15, 2009

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik


Sembah salam Puja Usia ke- 63 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan.


Nota Yagan:
Aku benar-benar bangga dan bertuah hidup di bumi Darussalam, dibawah naungan Baginda yang sangat cinta-kasih pada rakyat jelatanya.

Atas rasa cinta-kasih itu, Baginda telah membatalkan semua majlis keraian sambutan Hari Keputeraan 63 demi mengelakkan fenomena yang sedang menakutkan seluruh dunia; fenomena H1N1.

Dan bersempena Puja Usia Baginda ke 63 ini juga, Baginda dengan sukacitanya mengistiharkan melanjutkan perkhidmatan pegawai dan kakitanga kerajaan hingga 60tahun mandatori.

Moga Baginda kekal karar diatas singgahsana dan sentiasa dalam lindungan dan rahtmaNYA. Ameeen..

Saturday, July 11, 2009

Siti Muslihat



Salam 18Rejab semua. Saat ini kakmOn tanat(pulun) beroperasi di makmal Gayah Enterprise. Alhamdulillah, rezeki datang tak putus-putus. Jika ada kelapangan dan kesempatan, kakmOn akan berkongsi rasa di sini lagi yah.

Dan terimakasih pada teman-teman yang tak jemu menziarahi kakmOn di dapur yang semakin TIDAK berasap ini. Insya Allah jika ada waktu kakmOn balas kunjungan ziarah teman-teman semua.



Wednesday, July 01, 2009

Garlic bread with mushroom soup

1 batang french stick di potong serong
Mentega secukupnya
Lemon N garlic granules (ada di pasaran)
Oregano flakes (ada di pasaran)

Panaskan ketuhar 200celcius.
Sapukan mentega pada roti dan susun atas dulang pembakar.
Taburkan lemon N garlic granules dan oregano.
Bakar roti 5 minit.



3 cawan susu segar penuh berkrim
4 cawan air
3 sudu makan tepung serbaguna
1 cawan button mushroom dalam kaleng di cencang halus
1 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih di cencang halus
2 cube stok ayam knorr
1 cawan keju parut CHEDDAR KRAFT
1 sudu teh lada putih

Panaskan periuk di atas api.
Adukkan tepung serbaguna kedalam 1 cawan susu segar hingga licin.
Masukkan mentega dan bawang putih, tumis hingga terbit bau wangi.
Masukkan mushroom, masak sebentar.
Masukkan air dan stok ayam, biarkan hingga mendidih.
Masukan 2 cawan susu segar, masak lagi 1 minit.
Masukan susu segar yang dicampur dengan tepung serbaguna tadi, kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali masukkan keju dan lada putih, masak lagi sebentar dan matikan.
Hidangkan sementara masih panas bersama roti garlic diatas.