Wednesday, July 01, 2009

Garlic bread with mushroom soup

1 batang french stick di potong serong
Mentega secukupnya
Lemon N garlic granules (ada di pasaran)
Oregano flakes (ada di pasaran)

Panaskan ketuhar 200celcius.
Sapukan mentega pada roti dan susun atas dulang pembakar.
Taburkan lemon N garlic granules dan oregano.
Bakar roti 5 minit.



3 cawan susu segar penuh berkrim
4 cawan air
3 sudu makan tepung serbaguna
1 cawan button mushroom dalam kaleng di cencang halus
1 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih di cencang halus
2 cube stok ayam knorr
1 cawan keju parut CHEDDAR KRAFT
1 sudu teh lada putih

Panaskan periuk di atas api.
Adukkan tepung serbaguna kedalam 1 cawan susu segar hingga licin.
Masukkan mentega dan bawang putih, tumis hingga terbit bau wangi.
Masukkan mushroom, masak sebentar.
Masukkan air dan stok ayam, biarkan hingga mendidih.
Masukan 2 cawan susu segar, masak lagi 1 minit.
Masukan susu segar yang dicampur dengan tepung serbaguna tadi, kacau supaya tidak berketul.
Akhir sekali masukkan keju dan lada putih, masak lagi sebentar dan matikan.
Hidangkan sementara masih panas bersama roti garlic diatas.

6 comments:

Jid said...

yummyyyy!!!!!

Wan Amalyn said...

kakmOn... kakmOn masak apapun sedap!! =)

Anonymous said...

Mushroom soup ni tak pernah ite baut sendirik... senang jer ek nak buat... nie asyik2 beli yg ready made jer..hehe

Nina Suria said...

jid
ko buat la, senang je mcm masak mee segera :)

Wan Amalyn
kakmOn ni dah semakin pemalas, tahap ular sawa tido lepas menelan gajah biru yang sedang mengandung 7kembar bayi cukup bulan..

sup tu kakak yg masak :D

blogresipi
skang dah tahu kan?? hah cepatlah buat, toksah buang duit, murah dan meriah :D

Mamasya said...

Salam k.Mon..

Apa kabar k.Mon? busy nguli ke hari ni?
mushroom soup ni berbaloi buat sbb ramai peminat di rumah.

Nina Suria said...

Mamasya
Pandainya mama teka, kakmOn pulu uli fondant sampai awal ogos ini, maaklum kenduri kawen makin rancak sebelum masuk Ramadan ;)

salam peluk cium untuk puteri kecil mu >:D<