Wednesday, July 22, 2009

Ya Norsiah... Dengarlah...

Setelah beroperasi 18jam menyiapkan kek kahwin tiga tingkat itu, aku pun memanjat katil beradu, qadha waktu tidurku yang hilang.

Aku terjaga tepat pukul empat petang. Tetiba lengan kiri ku terasa sakit dan berat amat. Langsung tidak dapat ku angkat. Aku gagahi jua bangun. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku beristighfar berpuluh-puluh kali... Tak apalah. Mungkin ada rahmatNYA. Bukankah sakit yang dianugerahkan itu adalah penyuci dosa-dosa kecil??

Akhirnya semalaman... aku mengendong tangan ku yang sakit itu dengan menggunakan scarf untuk memudahkan aku bergerak.

Hari isnin, sakitnya sedikit berkurang setelah aku menyapukan Minyak Batu. Dapatlah juga aku mengangkat lengan yang sakit itu, sedikit demi sedikit dan bergerak sedikit pantas dari kelmarinnya. Dan nasib baik jugak hari itu adalah cuti awam se-Berunai, bersempena memperingati Hari Israk Mikraj Nabi Muhamad s.a.w.

Hari selasa kembali bertugas seperti biasa dengan membawa tangan yang sakit. Tetiba aku teringat Tabib Cina... Tak salahkan kita berusaha?

Dengan pertolongan bos aku yang berbangsa cina itu, aku dapat juga alamat Tabib Cina yang ku maksudkan itu.

Setengah jam menunggu, akhirnya tiba giliran ku. Tabib itu mengeluarkan sebatang jarum, kapas dan empat biji botol kaca bersaiz kecil. Rupa botol itu seperti bekas botol 'Pati Ayam Brand' saja nampaknya.

Kemudian Tabib itu mengurut bahagian lengan ku yang sakit, dia mencari titik-titik 'kecederaan' ku itu dengan memicit-micit di daerah itu. Aku terjerit kecil bila picitan itu terkena bahagian yang sakit amat.

Lalu Tabib itu pun membuat empat kali tusukkan di tempat yang telah di duganya tadi dengan jarum. Darah keluar mengalir, lalu disapunya dengan secarik kapas dan kemudiannya kapas itu dimasukkan kedalam salah satu dari empat botol tadi.

Diulanginya proses itu hingga keempat-empat botol kaca tadi berisi dengan setiap satu carikan kapas yang berisi kesan darah.

Kemudian dia ambil sebiji botol kaca tadi, lalu diambil pemetik api dan botol itu dinylakan. Dengan gerakkan yang pantas, dia terus menutup titik yang di tusuknya tadi dengan botol yang apinya sedang menyala itu.

Setelah 30minit menerima rawatan Bekam itu, lenganku pun dibungkus. Aku pulang dengan membawa dua pantang larang yang membuatkan aku jadi bisu...




Kunjungan kedua

Dia menyapu lenganku dengan minyak gosok yang menyengat baunya. Kemudian dia mula memicit lenganku yang sakit dengan gerakkan pakcik India yang sedang menguli tepung cepati.

Setelah beberapa saat memicit, dia tukar pulak gerakkannya. Kali ini dengan gerakkan yang laju dan keras. Dia menampar lenganku bagai pakcik India sedang menampar roti canai yang baru siap diangkat dari kuali. Sakitnya? Rasanya aku nak kick boxing aja perut Tabib itu.

Setelah semua 'angin kus-kus' keluar, dia mulakan rawatan 'Darakula'(Bekam) itu lagi.



Siap dia menyedut darah, dia tampal lengan yang sakit itu dengan herba yang sangat memualkan baunya. Rasa panas berapi tadi hilang serta merta akibat herba yang tersangat sejuk itu. Kemudian dia balut lagi dengan bandage hingga kemas.



Dan... aku pulang dengan tangan yang kaku serta hati yang sebal. Aku kena lantak lagi papan tanda "GAYAH ENTERPISE TUTUP". Ala Kassimmmmmmmm...

Tetiba teringat dialog Pakcik Aziz Satar dalam Filem Alibaba Bujang Lapok pada isterinya Norsiah.



"...ya adinda, kekanda bukannya pemalas. Tulang kanda ni aja yang dah reput..."

12 comments:

Leyla Shuri said...

salam ninasuria,

eeeiii, takutlah dek norsiah.

cepatlah semboh ye.

umi_e said...

semoga cepat pulih :)

* janganlah kerja berlebihan ya kakmon ;)

Nina Suria said...

JahRera
betul lah tu, umo da makin lanjut ni, soma skru dah longgar :D

btw kereta nostalgik tu dah sembuh, belom?

salam syaaban

Nina Suria said...

umi-e
terimakasih atas doa yg manis itu. I.Allah kakmOn tak bukak gelanggan kek tingkat2 lagi, dan skg ni tgh dalam mode ulat buku :)

salam peluk cium dari jauh

Noor Suraya said...

kakmon,
semoga cepat sembuh, ameen. sakit tangan amat memeritkan, itulah yang sering kaksu rasa. rasa nak gantung tangan kat bahu dan tak nak buat kerja apa-apa, kan?

Anonymous said...

kakmon, pasni pasang chef kecik je utk masak. akak rehat aje dah jadi mrs david bekam ni ~ Kak Ajah

Nina Suria said...

biruNiLA
memang dah gantungpun tangan yg sakit nih, tapi yg bestnyer kakmOn boley manja2 ngan anak2, leyn paling rajin suapkan makan dan pakaikan stokin :D

kak Ajah
chef kecik tu ari2 buat telo tembakol aja :(

Jid said...

Rasa macam tak nak pos aja barang ni. Nanti kakmon uli tepung lagi.. dia bukan nak rehat... **garu dagu sambil tenung sebakul flattener fondant**

Moga cepat sembuh ya kak.. (",)

Nina Suria said...

Jid jan le camtu.. tak baik tuduh.. tuduh tau..

btw kakmOn mana ade uli tepung, Mr kenwood yg tolun ulikan *semunyikan tangan yg dah melekit ngan fondant*

ummi said...

Salam kakmOn..alahaii siannya...camne sampai jadi camtu..ish, ish..bawak berehat eh..moga KakmOn cepat sembuh...muaahhh!! Alhamdulillah ada orang tlg suapkan kakmOn makan..hehe..sesekali manja.. :D

rina said...

salam ka Mon

di mana kita berbekam atu... boleh email ku address nya? thanx.

rina
ayumi.rina@gmail.com

Nina Suria said...

rina, kakmOn sd emel tapi kana rejek saja.

Rumahnya di spg70 kg Beribi, inda jauh surambi hijau restoran, ada betanda LIM rah spg nya yg curam atu. U juz cek saja sebelah kiri kalao dari trafic lite jln Babu Raja