Sekembali ku dari cuti sakit seminggu yang lalu, aku bagai tak cukup oxygen menyiapkan tugas-tugas yang masih tercicir yang menghimpit pundak ku.. Alhamdulillah.. pagi ini aku sudah siap menghantar kerja-kerja yang ku lutani tiga hari yang lalu.. Cuma masih ada lagi sedikit perkara yang terpaksa ku kemaskinikan petang ini sebelum aku meninggalkan Bandar Seri Begawan.
Insya Allah selepas waktu bekerja kami akan menyusur sungai Berunai menuju ke Sarawak dan seterusnya menyeberang kenegeri di bawah bayu. Harap-harap bang Mat tak akan menukar fikiran disaat anak-anak sudah teruja sangat nak bermain dengan batu karang dan anak-anak ikan yang berwarna warni di Pulau Manukan.
Dan aku... rasanya aku ingin terus saja terebang kekaki Gunung Kinabalu apalagi bila melihat kembang belakang rumahku sedang berwarna-warni...
Akhir kalam, salam keceriaan semua. Moga anda jua dapat bergumbira dihujung minggu yang panjang ini.
Ooops terlupa pulak..
Aku tinggalkan di sini hasil jari amai ku sewaktu cuti Maal Hijrah yang lalu. Nanti kakmOn sambung ceritanya yah. Daaaaaaaaah... KakmOn pergi dulu.
kakmOn