Sekembali ku dari cuti sakit seminggu yang lalu, aku bagai tak cukup oxygen menyiapkan tugas-tugas yang masih tercicir yang menghimpit pundak ku.. Alhamdulillah.. pagi ini aku sudah siap menghantar kerja-kerja yang ku lutani tiga hari yang lalu.. Cuma masih ada lagi sedikit perkara yang terpaksa ku kemaskinikan petang ini sebelum aku meninggalkan Bandar Seri Begawan.
Insya Allah selepas waktu bekerja kami akan menyusur sungai Berunai menuju ke Sarawak dan seterusnya menyeberang kenegeri di bawah bayu. Harap-harap bang Mat tak akan menukar fikiran disaat anak-anak sudah teruja sangat nak bermain dengan batu karang dan anak-anak ikan yang berwarna warni di Pulau Manukan.
Dan aku... rasanya aku ingin terus saja terebang kekaki Gunung Kinabalu apalagi bila melihat kembang belakang rumahku sedang berwarna-warni...
Akhir kalam, salam keceriaan semua. Moga anda jua dapat bergumbira dihujung minggu yang panjang ini.
Ooops terlupa pulak..
Aku tinggalkan di sini hasil jari amai ku sewaktu cuti Maal Hijrah yang lalu. Nanti kakmOn sambung ceritanya yah. Daaaaaaaaah... KakmOn pergi dulu.
kakmOn
4 comments:
happy holiday nina...
Selamat bercoti kmon...
semalam Jid baru research kerusi dan perabot warna putih untuk project buku jid seterusnya... tgk2 ada kat umah kakmon rupanya. tumpang cari ilham yer kak.. hehehe
salam,
selamat bercuti. teruja tengok gambar kebun di belakang rumah tu. beruntung ada laman belakang selapang itu. saya cuma ada balkoni kak...kalau turun ke bawah ada aspal...tempat parking. sedih!
nurdia, tengkiew sooo much n hepi nu yer :)
jid, jom terebang la kesini, kakmOn pon tgh cari ilham nak cloroxkan bakang umah nih :D
ctayuni, balkoni pun bole kita hijaukan sayang ngan bunga2 gantung yang menawan kalbu. Mungkin esuk ada rezki bole dpt halaman berkarpetkan rumput hijau, berdoalah banyak2 moga DIA memberi rezki :)
salam bahagia semua
Post a Comment