Wednesday, June 30, 2010

Rosapasedena in making


Saat aku membuka pintu di belakang rumahku, aroma wangi menerpa masuk kehidungku. Sekaligus menyerapkan rasa nyaman dan kedamaian ke dalam kepalaku. Rupanya bunga Passion ku sedang berkembang santun di atas gerbang comelku..


Sudah lama aku tidak bermesra dengan teman-teman ku di belakang itu. Rasa rindu lah pulak nak duduk berlama-lama di sana. Tapi... aku kena pergi kerja huhuhuhuhu...



Lupakan dulu cerita itu. Aku nak kongsi cerita hujung mingguku. Selepas solat Duha aku terus membongkar kembali  'Projek Suite' bang Mat yang sudah lama tertangguh. Otak kanan ku tiba-tiba memberikan solusi yang cukup cemerlang untuk membotoxkan almari kahwin(hendak dibuang terasa sayang yang amat) ku yang sudah nampak lusuh itu.

Dengan menambah span dan kain kapas Inggeris yang bercetak mawar ceria itu di belakangnya, almari nostalgik ku itu sekejap saja bertukar rupa. Tapi tepi dindingnya masih nampak kusam dengan cat varnish asal burgundy nya itu. Lalu aku tukarkan catnya dengan warna putih polos. Pilihanku memang tepat. Almari itu nampak segar semula.

Kemudian English Wire Bench berwarna hitam itu pun ku catkan warna putih seperti almari itu juga. Alas tilamnya pula ku gunakan kain kapas yang sama dengan almari tadi. Memang sungguh mengujakan hasilnya.



Mataku masih menilai ruang kamarku dengan sisa kain kapas yang tinggal. Otak kananku membuat metamatik lagi. Lalu jariku cepat menggunting sebahagian lagi kain kapas itu untuk alas meja. Alhamdulillah nampaknya kain itu lebih dari cukup untuk dijadikan gebar peraduanku. Hati ku tersenyum hingga terpancar ke muka. BAHAGIA.

Lebihan kecil kain kapas selepas membuat belakang almari itu aku manfaatkan sepenuhnya. Di bawah ini sekeping potongan kecil itu ku sulami dengan 'ayat-ayat cinta' yang manis; I'd rather have roses on my table rather than 'round my neck ~ Emma. 

Sesuai bukan? Tunggu, aku tunjukan hasilnya nanti bila sudah siap yah!



Si Jentayuku terpekik-pekik memanggil ku dari bawah. "Babu.. Babu.. Laju Ultimate Cake Off sudah main". Aku terkejut. Oh rupanya sudah hampir maghrib aku bekerja di dalam kamar ku ini. Aku sudah lupa dunia (@;@)


Si Jentayuku menangkap foto ini, memang nak lawan kakmOn :(

Selepas Isyak aku sambung lagi membuat empat biji sarung bantal. Bila sudah siap, masih ada lagi kain kapas yang bersisa. Sekali lagi otak kananku memberi ide yang cukup gemilang. Lalu potongan kecil itu ku fremkan ke dalam bingkai romantik di bawah ini. 



Tahu tak, bingkai itu pun punya sentimental value. Sebenarnya.. bingkai itulah bekas dimana bang Mat meletakkan wang mahar semasa kami bernikah dua puluh satu tahun dulu. Nostalgik bukan?

Akhir kalam, pada yang kelabu dalam mencari solusi, ikutlah kata nalurimu, pasti dia tidak mengecewakanmu. Sayang semua...


Friday, June 25, 2010

Masa untuk bermain...



Media:
HeathBond (kertas pelekat)
Kain kapas yang bercetak kek cawan
Gunting
Streka
Pensel

(A)



1- Trace bentuk kek cawan dari arah belakang kain kapas dengan menggunakan kertas pelekat HeatBond.




3- Letakkan kertas pelekat HeatBond keatas kek cawan itu dan sterika.




2- Gunting dengan cermat bentuk kek cawan itu.



(B)



Sediakan kain kapas yang hendak dilekatkan dengan kek cawan diatas tadi.



1- Buka kertas pelekat kek cawan.



2- Letakkan kek cawan ditempat yang diinginkan. Sterika hingga kek cawan melekat sepenuhnya.



Senang kerja kita bukan?



Nak buat apa-apa projek tampal-tampal ni pun... masih sama kaedahnya. Ingat tak projek Kebun Mimpi ku satu waktu dulu.. Aku guna kertas pelekat HeatBond juga untuk membuat figure yang comel-comel semua itu. Lihat di bawah ini hasilnya



Selamat mencuba.

Thursday, June 24, 2010

Koleksi Bonda



Sudah lama ingin menyusun kembali koleksi-kolesi kegemaran bonda satu waktu dulu. Lalu cuti sepekan ku itu telah ku isi dengan menggosok kembali khazanah yang tersumbat di dalam almari dapur  bonda di kampung.

Tengok, pinggan bulat ini dilakar dengan pemandangan istana dahulu kala.



Dan piring yang bujur ini pula, sebuah pondok yang begitu indah dengan panorama yang mendamaikan..



Dan bingkai roman ini sudah lama jua tersandar di belakang almari tanpa wajah di dalamnya. Seperti biasa, bila ide datang mencurah-curah aku seperti lupa alam di sekelilingku seketika. Di mata ku sudah tergambar apa yang ku mahu.



Lalu aku menggali lagi kaban(peti) yang penuh dengan kain kapas Inggeris itu. Akhirnya aku mendapatkan corak cangkir yang benar-benar membuatku teruja.



Dan akhirnya ini lah yang terjadi.. Indah bukan?



Dan setelah aku siap menata indah ruang makanku, tiba-tiba aku mendapat kiriman novel Melur Bunga Ivy dari saudara di Seberang. Kulitnya pun sudah siap mengujakan. Sesuai dengan mood aku saat itu.. Ajaib bukan???



Akhir kalam, novel Nazurah itu memang berbaloi untuk dimiliki. Bukan saja kulitnya cantik, pengisian ceritanya juga menarik dan berilmu. Kalau nak tahu ceritanya, dapatkanlah di Jemari Seni.

Sekian dulu hingga ketemu lagi. Salam jumaat semua.

Al-Fatihah buat bonda..

Thursday, June 17, 2010

Salmon Panggang dengan Krim Avacado

Salam pagi khamis yang indah. Aku berdiri di jandela kaca dapurku. Kelihatan sang suria ghairah mencumbui alam. Warna keemasannya melekat ke seluruh penjuru kebun belakangku. Aku terhayal seketika dengan keindahan alam ciptaan-NYA. Maha agung Tuhan yang menciptakan tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Nikmat yang bukan sedikit.

Oh yah pagi ini aku baru dapat bernafas sedikit.. Sementara ada ruang sedikit ini, aku kongsikan resipi salmon panggang yang sedap hingga tak terkata itu..

Sila semak resipinya dibawah ini



1kg salmon segar diperap sejam bersama bahan-bahan dibawah ini:
1 biji jus lemon
1/4 cawan umeboshi(cuka Jepun)
1/2 cawan minyak zaiton
1 sudu teh herba campuran Itali
2 sudu makan lada hitam(goreng tanpa minyak kemudian tumbuk kasar)
2 sudu makan garam laut
5 biji bawang merah(dititik)
1 biji bawang besar(dibelah empat)



Masukkan ikan kedalam baking dish dan tambahkan 4 biji tomato bulat Australia yang dibelah empat dan daun saderi yang dimayang. Kemudian bakar dengan api maksima 10minit. Tukar api grill 5minit lagi.

Hidangkan bersama krim Avacado.



Krim Avacado
4 biji avacado yang masak ranum
1 ulas bawang putih
1 sudu teh garam laut
1 sudu makan gula perang
2 lembar daun bawang
2 sudu makan umeboshi
1 sudu makan worcestershire sauce
1 sudu teh kicap kikomon
1/2 cawan minyak zaiton
1/2 cawan krim masam

Kisar hingga semua bahan sebati. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Bila masa untuk menghidang tambahkan 1 sudu makan lada hitam(goreng tanpa minyak sekejap).

Sampai di sini dulu ada agenda besar yang menantiku di depan.

Dan pepagi buta ini rasanya aku ingin menyanyikan lagu Allah Selamatkan Sultan. Salam sayang semua



Saturday, June 12, 2010

Renjis-renjis dipilis..















Salam hujung minggu semua. Apa khabar? Sudah lama tak berkongsi cerita di sini. Masa tidak mahu bersahabat dengan ku. Banyak projek yang masih menanti depan. Rumah pun dah macam Titanic pecah. Ala Kassim. 

Jadi malam ini aku cuma sempat kongsi kebahagian anak buah bang Mat yang baru saja selamat diijab kabulkan. Moga pengantin bahagia hingga ke hujung nyawa.

Sampai ketemu lagi pada entri yang akan datang. Nanti kakmOn tunaikan janji yang 'berkarat' tu eik. Sakarang ni kakmOn lagi pulun siapkan baju lip-lap cik Bedah. Nanti tenggelam dia nanti oleh cik Melah sebelah tu... muahahahahaha

Sayang semua