Salam pagi khamis yang indah. Aku berdiri di jandela kaca dapurku. Kelihatan sang suria ghairah mencumbui alam. Warna keemasannya melekat ke seluruh penjuru kebun belakangku. Aku terhayal seketika dengan keindahan alam ciptaan-NYA. Maha agung Tuhan yang menciptakan tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi. Nikmat yang bukan sedikit.
Oh yah pagi ini aku baru dapat bernafas sedikit.. Sementara ada ruang sedikit ini, aku kongsikan resipi salmon panggang yang sedap hingga tak terkata itu..
Sila semak resipinya dibawah ini
1kg salmon segar diperap sejam bersama bahan-bahan dibawah ini:
1 biji jus lemon
1/4 cawan umeboshi(cuka Jepun)
1/2 cawan minyak zaiton
1 sudu teh herba campuran Itali
2 sudu makan lada hitam(goreng tanpa minyak kemudian tumbuk kasar)
2 sudu makan garam laut
5 biji bawang merah(dititik)
1 biji bawang besar(dibelah empat)
Masukkan ikan kedalam baking dish dan tambahkan 4 biji tomato bulat Australia yang dibelah empat dan daun saderi yang dimayang. Kemudian bakar dengan api maksima 10minit. Tukar api grill 5minit lagi.
Hidangkan bersama krim Avacado.
Krim Avacado
4 biji avacado yang masak ranum
1 ulas bawang putih
1 sudu teh garam laut
1 sudu makan gula perang
2 lembar daun bawang
2 sudu makan umeboshi
1 sudu makan worcestershire sauce
1 sudu teh kicap kikomon
1/2 cawan minyak zaiton
1/2 cawan krim masam
Kisar hingga semua bahan sebati. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Bila masa untuk menghidang tambahkan 1 sudu makan lada hitam(goreng tanpa minyak sekejap).
Sampai di sini dulu ada agenda besar yang menantiku di depan.
Dan pepagi buta ini rasanya aku ingin menyanyikan lagu Allah Selamatkan Sultan. Salam sayang semua
No comments:
Post a Comment