Saat aku membuka pintu di belakang rumahku, aroma wangi menerpa masuk kehidungku. Sekaligus menyerapkan rasa nyaman dan kedamaian ke dalam kepalaku. Rupanya bunga Passion ku sedang berkembang santun di atas gerbang comelku..
Sudah lama aku tidak bermesra dengan teman-teman ku di belakang itu. Rasa rindu lah pulak nak duduk berlama-lama di sana. Tapi... aku kena pergi kerja huhuhuhuhu...
Lupakan dulu cerita itu. Aku nak kongsi cerita hujung mingguku. Selepas solat Duha aku terus membongkar kembali 'Projek Suite' bang Mat yang sudah lama tertangguh. Otak kanan ku tiba-tiba memberikan solusi yang cukup cemerlang untuk membotoxkan almari kahwin(hendak dibuang terasa sayang yang amat) ku yang sudah nampak lusuh itu.
Dengan menambah span dan kain kapas Inggeris yang bercetak mawar ceria itu di belakangnya, almari nostalgik ku itu sekejap saja bertukar rupa. Tapi tepi dindingnya masih nampak kusam dengan cat varnish asal burgundy nya itu. Lalu aku tukarkan catnya dengan warna putih polos. Pilihanku memang tepat. Almari itu nampak segar semula.
Kemudian English Wire Bench berwarna hitam itu pun ku catkan warna putih seperti almari itu juga. Alas tilamnya pula ku gunakan kain kapas yang sama dengan almari tadi. Memang sungguh mengujakan hasilnya.
Mataku masih menilai ruang kamarku dengan sisa kain kapas yang tinggal. Otak kananku membuat metamatik lagi. Lalu jariku cepat menggunting sebahagian lagi kain kapas itu untuk alas meja. Alhamdulillah nampaknya kain itu lebih dari cukup untuk dijadikan gebar peraduanku. Hati ku tersenyum hingga terpancar ke muka. BAHAGIA.
Lebihan kecil kain kapas selepas membuat belakang almari itu aku manfaatkan sepenuhnya. Di bawah ini sekeping potongan kecil itu ku sulami dengan 'ayat-ayat cinta' yang manis; I'd rather have roses on my table rather than 'round my neck ~ Emma.
Sesuai bukan? Tunggu, aku tunjukan hasilnya nanti bila sudah siap yah!
Lebihan kecil kain kapas selepas membuat belakang almari itu aku manfaatkan sepenuhnya. Di bawah ini sekeping potongan kecil itu ku sulami dengan 'ayat-ayat cinta' yang manis; I'd rather have roses on my table rather than 'round my neck ~ Emma.
Sesuai bukan? Tunggu, aku tunjukan hasilnya nanti bila sudah siap yah!
Si Jentayuku terpekik-pekik memanggil ku dari bawah. "Babu.. Babu.. Laju Ultimate Cake Off sudah main". Aku terkejut. Oh rupanya sudah hampir maghrib aku bekerja di dalam kamar ku ini. Aku sudah lupa dunia (@;@)
Si Jentayuku menangkap foto ini, memang nak lawan kakmOn :(
Selepas Isyak aku sambung lagi membuat empat biji sarung bantal. Bila sudah siap, masih ada lagi kain kapas yang bersisa. Sekali lagi otak kananku memberi ide yang cukup gemilang. Lalu potongan kecil itu ku fremkan ke dalam bingkai romantik di bawah ini.
Tahu tak, bingkai itu pun punya sentimental value. Sebenarnya.. bingkai itulah bekas dimana bang Mat meletakkan wang mahar semasa kami bernikah dua puluh satu tahun dulu. Nostalgik bukan?
Akhir kalam, pada yang kelabu dalam mencari solusi, ikutlah kata nalurimu, pasti dia tidak mengecewakanmu. Sayang semua...
4 comments:
salam kak mon...
cantiknya bingkai tu.....mmg romantik hasil tgn kak mon tak kurang hebatnya mengancam btl....
kak mon ku terfikir sejenak dengan tajuk n3 rosapasadena...kalau tidak silap nama hotel yg pernah kami menginap di puncak cameron higlands tidak lama dahulu..
rosapasedena tu memang tepat sekali *kelip2 bulu mata ostrich*
Nina ~ I love your passion flowers. The vine looks so healthy growing up over the arbor also. Your rose fabric is beautiful and I love the different ways you have used it, especially using the frame that has special meaning to you.
Have a lovely day ~ FlowerLady
my dear kmon... sungguh menenangkan pabila menatap hasil sentuhan magis tgn kmon... tak sabar rasanya nak tatap wajah almari tu... cepat2 upload ya...hehehe...
Terima kasih untuk kata2 akhir tu...:-) (Jid sudah kembali bahagia.)... *wink*
Post a Comment