Wednesday, July 07, 2010

Kembar Siam

Dua minggu ini penyakit 'amai tanganku' menjadi-jadi. Jadi di bawah ini aku kongsikan projek dua minggu ku yang lalu, buat tatapan 'tetamu tegarku'(ada kah ni? perasan lebih lah kakmOn ni :p) di sini..


Crocheted embelishment


Quilted shopping bag

Beg-beg yang ku buat ini punya keistemewaannya yang tersendiri. Boleh dipakai dalam dua gaya yang berbeza mengikut mood si pemakainya.

Jom kita tengok projek yang telah siap di bawah ini:

(I)


Gaya desa yang sungguh menawan


Gaya ceria dengan kek cawan yang manis.

(II)


Ku abadikan bersama-sama wajah-wajah comel famili cik Idah di Utara.


Ini si Nana, kata Leyn "serupa ngan nama kakak" Ooooops...


Comelnya si Nini ini, kan?. Nakalnya macam Leyn jugak. Kata Leyn, anak meow yang baru itu nak letak nama Nini ini, tapi Nini tu kedengarannya tua... macam nini-nini(gelaran nenek di Brunei) aja, tak sesuai :D


Small detail yang ku tambah memberi impak besar pada beg itu. Perhatikan pada gabungan riben halus dan besar serta renda itu. Manis banget bukan?


Di dalam beg itu pula ku pilih corak tartan berwarna merah darah hati, dari kain denim. Nampak menarik kan?


Lihat, inilah hasilnya jika diterbalikan beg itu.


Pun jua dengan detailing yang menguja. Aku tambahkan seekor beruang comel yang dijahit dengan kaedah silang pangkah. Agar kelihatan manis dan nampak presentable untuk dijadikan hadiah.


Dan akhirnya aku 'copkan' dengan signature Nina Suria. Nak jugak enterframe. Hehehehe (@;@)

Akhir kalam, salam pagi Rabu yang indah...


p/s Kenapa kakmOn beri tajuk kembar siam? Sebab... beg-beg itu punya dua wajah dalam satu badan. Ngeh ngeh ngeh...

6 comments:

FlowerLady said...

Those are very nice. The one with the kitten peeking out of the pocket is really cute.

FlowerLady

shima said...

salam kak mOn
memang shima ni pembaca tegar akak..he he...semua cute2... kucing dan bear... emm geramnya...lace2 tu pun sweet :)

azlina said...

salam kak mon...

bilakah rasanya kembar siap kita pula dpt bertemu...
btw beg yg kotak2 tu sgt menarik hatiku

Cik Idah said...

kakmon, Cik idah rasa macam nak print dan frame kan entry ini dalam bingkai gambar yg besar dan gantung kat dinding sarang burung....

Menjunjung ribuan kasih untukmu kanda...


Leyn, ada lagi satu nama yang comel: KENIT...

Pengunjung Tegar blog ni,
Cik Idah... :-D

Jid said...

kakmonnnnnnnnnnnnnnnn...

wajah Nini dan Nana tu memang sebijik sebijun serupa dengan wajah Nini dan Nana yg sebenar. sob..sob..sob... nalurimu super duper strong... :-))

Nina Suria said...

Dear Flower Lady
I don't even think I have to tell you how much I enjoyed this project ♥

and that bag turned out to be so gorgeous :)

Have a wonderful summer dear
xoxo

Shima
a'ah kusying ngan bear tu memang kiut sangat, kakmOn pun mcm dah jatuh centa ngan budak2 tu..

Kena buat satu projek lagi la nampaknya untuk diri sendiri..

Azlina
ada jodoh pasti kita berjumpa. Akk pun tengah resah sekarang ni, adik kita si Qist yg dah 2minggu sampai Brunei tu pun belum sempat kakmOn jenguk kat apartment hotel tu, adoiiiiiiiiiii feningggggg

Cik Idah
Alahai mcm terima anugerah award World of ARTs la pulak rasanya kalo cik idah gantung entri ni :p

kenit tu pasti kusyingnya mcm cik mat pemarang tumpul, kan? *kelip2 bulu mata ostrich*

Jid
Agaknya kakmOn dah berjaya praktikan Ilmu Deria Kelapan tuh.. I lap U.. Tengkiew for everything sayang