Thursday, July 29, 2010

Made to measure

Bulan Sya'ban bulan rahmat. Majlis doa tahlil bersusun rapat. Kini cuma kurang dari dua minggu lagi kita menyambut Ramadan. Ibu-ibu pasti sedang giat mencari resepi biskut dan kek Raya. Aku? Aku masih menyibukkan diri dengan projek yang tak mahu siap. Ditambah lagi kelas baking and decorating cake yang ingin cepat-cepat dilunaskan.

Petang khamis ini aku kongsi lagi satu projek yang simple yang sudah siap ku khatamkan. Lounge Chair ini bekas sebuah cafe di Bandar Seri Begawan dan terlonggok di garage bonda saudara. Hati mula teruja ingin memilikinya. Rupanya ia bukan barang terbuang. Sebenarnya bonda saudara kita sedang menunggu tukang kayu itu untuk membaik pulih. Dengan muka tak malu, akhirnya aku dapat jua sebiji.



Sampai saja kerumah, aku terus bertukang. Membuang kulitnya yang sudah bakuriping(kulitnya terkopak) dan mencatkan kakinya dengan warna putih polos. Lalu sisa kain kapas berbunga ros merah jambu dan bertanah putih polos yang cuma 1.5 meter itu aku manfaatkannya untuk projek lounge chair itu.

Setelah dua hari aku menekuninya, petang ini aku sudah boleh duduk diatas lounge chair yang berwajah baru itu. Lihat manis bukan?



Ok! Sampai di sini dulu cerita lounge chair itu. Nanti aku kongsi Notice Board ku yang baru pulak. Di bawah ini waktu aku mendownload foto-foto yang ada dalam D90ku, tetiba aku terjumpa si Dibo the Gift Dragon, demo khas atas permintaan pelajar dari kelas dekorasi minggu lepas. Tapi sayang, fotonya kurang elok. Jadi cuma ini yang dapat ku kongsikan pada kamu semua. Mungkin si Dibo ini akan menjadi satu tajuk untuk kelas dekorasi yang akan datang. Insya Allah.



Dan untuk sesi kelas seterusnya, jangan lupa temu janji kita yah! Sampai jumpa nanti.



Salam malam jumaat yang barakah semua.

4 comments:

jid said...

kakmonnnnn.. sangat manis dan cantik mata memandang... hasil magician yang penuh berinovasi..:-)

Nina Suria said...

Jid... apa yang manis? apa yg magic? *garu dagu*

Jid said...

tgn kmon yg magis... :-)

sarung kusi tu yg manis.. heheh

Ka Ann Nor Raihan said...

Sungguh manis.. kain tu.. beli di mana????