Wednesday, October 27, 2010

Kek Ulang Tahun Leynah



Red Velvet

5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright
1 cawan buttermilk
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.



Filling:
500gram blueberry filling

Krim:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).

Topping:
30biji coklat feraro



Semudah A B C kan? Sekarang pergilah ke dapur, buatlah dengan rasa cinta. Insya Allah kek anda pasti akan lebih sedap dari apa yang aku letakkan di sini.

Sementara anda pergi ke dapur, aku ngopi dulu yah! Daaaaaaaah...



Friday, October 22, 2010

Leyn humble birthday party



21hb Oktober genaplah si-Jentayu ku ini tujuh tahun. Kalau boleh aku tak ingin dia dewasa. Sebabnya? Suka dengan keletahnya yang selalu menghiburkanku. Dialah teman ku bermain tatkala saat-saat bosanku bertandang. Dia juga teman ku bergaduh saat dia degil tak mau turut kata. Dia juga penglipurlara tatkala aku tengah berdukacita. Aduhai anakku, Kaulah racun dan kau jualah penawar. Selamat ulang tahun sayang. Moga jadi anak solehah dan menyenangkan hati ibu dan abah.



Dan semalam aku cuma sempat meraikan ulang tahunnya dengan membuatkan dia sebiji kek velvet berintikan bluberry dan bersalutkan krim keju perisa stroberi. Di atasnya aku susunkan selonggok coklat Feraro kegemarannya. Simple seadanya. Kesian anakku.



Akhir kalam, salam petang jumaat yang barakah. Nanti aku kongsikan resipinya yah!

Wednesday, October 20, 2010

Riuh Pagi Rabu



Sekarang kita sudah berada di bulan Zulkaedah. Sekejap laji rombongan Jemaah Haji Brunei akan berangkat ke Tanah Suci Makkah. Pembantu bang Mat yang ditunggu tidak juga nampak batang hidung. Akibatnya, aku terpaksa jua turun padang membersihkan kebun belakang ini.



Sebelum matahari naik, aku sudah siap mengerjakan tempat kami bersantai yang tidak santai lagi ini. Segala nyamuk, siput, kerangga, balingkasa, katak, nenek cicak, ul... tak payah sebut lah.  Semua mahluk Allah yang merayap itu sudah pun menghuni tempat ini. Adeeeeeeh...



Aku letak garam, belerang, ubat serangga segala bagai jadi pengguris. Harap-harap selepas ni.. tetamu yang tak diundang itu tak datang lagi.TOLONG LAH. Penat.



Akhir kalam, salam riuh pagi rabu.

Tuesday, October 19, 2010

Tolong yah...

Sedang mengumpul koleksi Kek Kahwin Sinah Bisc Brunei. Jika ada yang MASBUK dalam projek ini... Dialu-alukan pada abiskita mengongsikan saat-saat yang manis itu.

Di atas kesudian abiskita itu jua tidak lupa diucapkan jutaan terimakasih.

email me:
ninasuria@gmail.com
or
sinahbisc@yahoo.com









Salam berkreasi dari Rimba Cottage

Sunday, October 17, 2010

Bos! Tunggu. Kasut mu...

Beberapa hari sudah aku demam, tahan-tahan larat. Otakku tepu. Tekakku perit. Hidungku tersumbat. Bang Mat sudah tiga hari ke pelantar minyak sana. Dan tiga hari juga aku madam bagai gasing mengantar dan mengambil anak-anak sekolah, pagi dan petang.  Pak supir yang ditunggu belum jua kunjung tiba. BENCI.

Hari sabtu ada majlis farewell buat bos aku yang akan berpencen hujung tahun ini. Persediaan? Kutipan? NIL. Hingga saat-saat akhir baru terbuka mulut untuk bersuara.   Nasib baik ada teman-teman yang bekerja pantas, memikirkan apa yang patut.

Dan petang khamis itu aku terpaksa manyukat kadai dengan kepala weng semacam. Dua buah pasaraya sudah habis ku selongkar, namun mahluk  yang dicari itu tidak juga ditemui. Hanya tinggal satu harapanku. Hua Ho Manggis Mall.

Sampai saja di bahagian kitchenware, dah ternampak bayang mahluk anak beranak itu. Tapi HALAGANYA? Bikin aku kapih tahap keluar anak poket seluar. Adeeeeeh… 

Dalam keadaan yang masih TIDAK SEHAT itu, ku gagahi jua membuat sebiji kek yang masih tidak tahu apa jadinya.  Aku membuat dengan gerakkan hati dan inspirasi yang diturunkan-NYA jua. 



Akhirnya inilah yang mampu ku bawa untuk majlis yang terhumble di dunia. Sebiji kek replika buku. Messagenya jelas. Bos aku itu adalah pelopor PC-EDIT di kantur ku. Sistem perisian yang pada awal pengenalannya terlalu AMAT memeningkan kepala. Tapi bila sudah digali, perisian itulah yang menyelamatkan 'nyawa' orang-orang yang tengah 'nazak'. Alhamdulillah.

Satu yang mencuit hati ingin ku kongsikan di sini. Bilamana foto-foto kek itu ku pos di FB, seorang teman menggur,

"kakmOn.. everything abt him is nice.. cuma mana pergi dia punya kaki?


Hahahaha.. Aku baru perasan yang bos aku tidak sempat ku pasangkan stocking dan kasutnya. Adeeeeeh..





Akhir kalam, salam petang minggu.

Thursday, October 14, 2010

Mengali Khazanah Jari Dang Amai

Salam pagi khamis. Aku kurang sehat sikit sejak kemarin lagi.. Menelan dua biji panadol dan ubat batuk Madu Gamat mengharapkan agar tekak lega sedikit. Di luar panorama sungguh menakjubkan.

Walau diserang panas-dingin tapi hati berkobar-kobar ingin membuat sesuatu yang lama terpendam. Jadi, aku  layan sahaja mood mengejar mimpiku itu. 

Khazanah-khazanaj ini adalah sumber inspirasi. Doakan aku mendapat idea melimpah ruah.




























Sampai ketemu lagi. Sayang semua.

Tuesday, October 12, 2010

Perkahwinan 101010

Salam petang selasa. Apa khabar semua. Pasti ada yang masih penat setelah berhempas pulas membuat persiapan majlis nikah-kahwin. Maklum, tarikh yang dikatakan unik itu benar-benar ditunggu-tunggu untuk membuat majlis yang hanya sekali(walau ada empat quota bagi para suami :p) dalam seumur hidup.

Dan bulan oktober 2010 ini juga mempunya kelainan dan keistimewaannya yang tersendiri. Tahu kah anda, bulan oktober ini mempunya lima kali hari jumaat, lima kali hari sabtu dan lima kali hari ahad. Dan ini hanya terjadi pada setiap 823tahun pusingan. Teman di FB yang mengongsikan info ini. Bila aku semak kembali kalender Oktober 2010, memang betul seperti yang dituliskannya. Terimakasih teman.

Tinggalkan cerita itu dulu. Mari kita layan bila si Barbie bertemu jodoh dengan si Ken, lalu kami persandingkan dengan penuh adat istiadat melayu. Layan...







Pada mempelai 10.10.10 moga bahagia hingga ke anak cucu.


Sunday, October 10, 2010

101010

10.10.2010 adalah tarikh yang dinanti-nanti. Rasa bagai bermain binary number lah pulak. Pada mereka yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh keramat ini diucapkan selamat pengantin baru, moga bahagia hingga ke hujung nyawa.

Aku masih menenun renda Peranchis di bawah ini. Harap-harap kek kahwin lima tingkat ini siap seperti yang diharapkan.


Akhir kalam selamat berhujung minggu.

Tuesday, October 05, 2010

Merah Jambu Manis Menawan

Aku membuat Kek Lapis Keju Stroberi Oreo ini tanpa resipi. Lalu seperti yang kamu dapat jangkakan, aku cuma main campak-campak aja benda yang ada dalam peti Doraemonku. Sebuku krim keju, telur, Selbourne White Chocolate, Double Cream, Strawberry Pie Filling, biskut coklat Oreo dan kacang Pistachio. Dan masukkan dalam peti ais. Esoknya aku sudah dapat menghidangkan tetamuku dengan hidangan yang manis menawan ini.



Oh yah!, Aku pernah berjanji akan mengongsikan ruang merah jambuku bersama anda di sini. Nah! Di bawah ini ku titipkan foto-fotonya.



Seperti yang pernah ku nyatakan di entri yang terdahulu, aku memang cukup terpesona dengan barangan-barangan lama keluarga. Apalagi jika barangan itu punya sejarah dan cerita yang mengesankan.

Set kursi kayu berukir bunga ini adalah kepunyaan arwah bonda buatan Thailand, 27 tahun yang lalu. Aku mengambilnya dari kampung dan ku letakkan di taman belakang. Setahun set ini ku biarkan di luar berpanas dan berhujan. Namun set itu masih teguh dan semakin cantik hari demi hari. Akhirnya aku menyuruh bang Mat memberusnya dan memvarnishnya dengan warna coklat pekat walnut. Dan kusyennya aku sarungkan dengan kain kapas cina. Sungguh tak terjangka, dia tampil manis dan menawan.



Dengan hanya menanmbahkan dua biji kusyen kecil berwarna fuschia, dihiasi dengan kelopak mawar dari riben itu telah berjaya menambah ceriakan ruang familiku ini, sekali gus mencuri hati sesiapa saja yang memandang.


Sungguh tak disangka kain kapas cina itu rupanya sesuai dengan kursi kayu lama ku yang di patio itu juga.

Begitu jua kotak kayu berbentuk buku dan Planter kayu, koleksi baru ku itu.. Nampak begitu harmoni dan manis dipadukan. 

Dan lihat bunga-bunga dan itik itu jua turut memberikan suasana yang sungguh menakjubkan.

Mungkin aku kena tinggalkan anda di sini dulu. Ada satu projek yang ingin ku siapkan sebelum tiba tarikh mansuhnya. Sampai ketemu lagi. Daaaaa