Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Friday, October 22, 2010
Leyn humble birthday party
21hb Oktober genaplah si-Jentayu ku ini tujuh tahun. Kalau boleh aku tak ingin dia dewasa. Sebabnya? Suka dengan keletahnya yang selalu menghiburkanku. Dialah teman ku bermain tatkala saat-saat bosanku bertandang. Dia juga teman ku bergaduh saat dia degil tak mau turut kata. Dia juga penglipurlara tatkala aku tengah berdukacita. Aduhai anakku, Kaulah racun dan kau jualah penawar. Selamat ulang tahun sayang. Moga jadi anak solehah dan menyenangkan hati ibu dan abah.
Dan semalam aku cuma sempat meraikan ulang tahunnya dengan membuatkan dia sebiji kek velvet berintikan bluberry dan bersalutkan krim keju perisa stroberi. Di atasnya aku susunkan selonggok coklat Feraro kegemarannya. Simple seadanya. Kesian anakku.
Akhir kalam, salam petang jumaat yang barakah. Nanti aku kongsikan resipinya yah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Selamat ulang tahun juga untuk puteri kesayangan kak mon, moga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan kehidupan di dunia mau pun akhirat kelak....aminnn....Allah selamatkan kamu!...
Selamat ulang tahun leyn. Semuga menjadi anak yang solehah dan selalu bergaduh ngan mummynya.... hehehehe gaduh2 sayang tu. Rakan peliburlara yg shomel.
Comelnya humayra dan wah dah tingginya humaydi. Last ambil gbr separas bahu la ni dah tinggi sanun. Copeknya menderu tingginya. hehehe
MatGebu
Terimakasih seluas langit biru atas doa kudus mu, kalo boley kakmOn nak pinang mat buat leyn, so nanti boleylah kakmOn duduk atas lounge chair cleopatra tu.. I lap U muahahaha
notie
auntie notie tima kacih, bila nak datang umah leyn lagi, kita boley main2 lg ngan kakak Mairah dan abang Humaidi *tolun jawabkan bg pihak leyn*
happy belated birthday leyn...
nurdia tkasih :)
happy bday my darling leynah. terasa seperti baru saja tengok leyn yang kecil comel berdiri di tepi coffee table dengan ketinggian tidak melebihi pasu bunga. Tapi sekarang sudah besar dan tinggi dari meja makan...hehehe...
auntyjid luv ya! mwahhh!!
miss all of them berry much!
Post a Comment