Sang mentari belum bangun lagi. Dari jendela kamar 610 Mt Kinabalu Heritage kelihatan malu-malu puncak gunung Kinabalu di balik kabus yang tebal itu melambaiku. Walau kamar ini tidak dibekalkan penghawa dingin, sejuknya terasa hingga ke tulang sum-sum. Mungkin suhu jatuh ke paras16celcius. Bang Mat terus mengejutkan anak-anak solat subuh.
Suasana 6:00 pagi di perkampungan Kundasang ini sudah terang. Kami anak beranak sudah bersedia untuk turun ke seberang sana menjelajah lembah Kundasang yang indah itu.
Cuaca cukup baik sekali, perjalanan kami direstui, terus menyusur perkampungan Kundasang dengan aman dan selesa. Di dashboard terpapar suhu di luar jatuh ke17celcius. Bang Mat terus memandu perlahan menyusur jalan yang bertar dan lenggang itu.
Terasa telinga makin berdengung. Rupanya kami sudah hampir di kawasan kaki gunung Kinabalu. Puncak gunung benar-benar jelas kelihatan. Bagai seekor raksaksa sedang berdiri meggah menunduki kami di bawah.
Dekat kawasan itu juga kami menemui Mesilau Nature Resort. Terus maju lagi ke atas dan menemui restoran di situ. Subhanallah, panorama yang paling indah terbentang di depan mata. Bagaikan kami di atas awangan saja rasanya. Betullah apa yang dikatakan, negara di bawah bayu.
Turun untuk bersarapan sebentar. Sungguh mengejutkan kami, rupanya restoran itu benar-benar di dalam rangkulan alam yang menakjubkan, air terjun yang mencurah laju dari celah-celah batu gunung, flora dan fauna yang benar-benar ingin bersahabat.
Di perjalanan turun, kami terjumpa Perkampungan Kotej Kiram(homestay). Aku sudah mula menjerit gembira. Kotej yang ku idamkan sedang berada di depan mata, walau bukan warna merah jambu namun dia sudah cukup membuat aku tak sabar ingin mengetuknya.
Kotej yang comel cukup untuk kami enam beranak. Adik sudah melompat naik ke katil double decker. Aku dan Leyn naik ke attic. Di anjung, hatiku bagai hendak meletup melihat kekuasaan Tuhan yang tak terucap dengan kata-kata. Panorama yang cukup mengkagumkan.
Di sebelah kananku, awan gemawan berkepul-kepul bagai gula-gula kapas terapong-apong di angkasa. Sungguh mempesonakan.
Di sebelah kiriku pula pemandangan gunung Kinabalu yang mengkaggumkan.
Di hadapanku pula terhampar kebun sayur dan bunga-bunga liar yang cukup mendamaikan.
Rasanya aku ingin berlama-lama lagi di sini.
Salam kedamaian dari dari kotej Kiram, Kundasang.
Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Tuesday, December 28, 2010
Tuesday, December 21, 2010
My birdie
Pada pagi minggu itu, sedang aku sibuk memasak di dapur, abang tetiba membawa seekor burung yang terlanggar tingkap. Kesian burung itu.. mungkin sayap dan kakinya tercedera. Aku terus menyuruh abang mengubatinya. Leyn dan Lutfan cepat-cepat mengangkat tangan untuk mejaganya. Leyn berlari ke dalam mengambil segenggam beras dan sedikit air untuk diberikan pada burung yang malang itu. Lutfan memasukkan ke dalam sangkar burung 'Abu Nawas' itu.
Kelihatan badan burung itu terketar-ketar. Menahan sakit atau ketakutan? Mungkin juga burung itu sedang berfikir, "matilah aku oleh budak nakal dua orang ini".
Kalau burung itu tidak cedera, sudah pasti awal-awal lagi dia dah lari terebang, kan? Kesian..
Lalu sarang burung itu ku suruh sangkutkan saja di bawah pokok mangga. Biar burung itu rasa aman dengan kawan-kawannya di sana yang riuh berkicau.
Petangnya hujan turun lagi, setelah semalam ribut taufan yang menerbangkan berpuluh-puluh atap rumah di Kampung Ayer. Sungguh mengerikan. Aku terus mengarahkan Lutfan memindahkan sarang burung itu ke dalam, takut dia demam kesejukan.
Baru saja Lutfan rapat ke sangkarnya, burung itu terus terebang. Bulat mata Leyn melihat burung itu lari keluar.
Alhamdulillah, akhirnya burung itu sehat jua. Tak apalah Leyn mungkin dia akan datang lagi satu hari nanti. Aku memujuk.
Akhir kalam, aku tinggalkan anda dengan resipi kek lobak merah berwalnut. Lebih mudah membuatnya dari kek lobak yang sebelumnya. Rasanya pun boleh tahan juga.
6 biji telur gred B
250 gram mentega
3 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 cawan gula kastor
1/2 cawan buttermilk
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok)
1 sudu makan cuka makan
2 biji lobak merah diparut kasar
20 biji walnut dicencang
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan strawberry filling *pilihan
Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
4. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
5. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
6. Masukkan lobak merah, serbuk kayu manis dan kacang walnut. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
8. Hidangkan bersama strawberry filling.
Saturday, December 18, 2010
Warna
I found I could say things with color and shapes
that I couldn't say any other way
things I had no words for
Wednesday, December 08, 2010
Kelas lagi..
Ucapkan selamat datang 2011 dengan sebuah kalendar yang manis dan personal; sebuah album kecil yang menyimpan memori indahmu; sebuah jurnal yang menceritakan perjalanan hidupmu; sebuah buku untuk azam dan impian.
Kalendar yang menghebatkan meja kerja atau hiasan almari yang menggembirakan pandangan. Mengingatkan tarikh-tarikh istimewa dan juga sebagai Jurnal peribadi kenangan sepanjang tahun 2011. Atau boleh saja dihiasi dengan gambar-gambar atau kata-kata inspirasi pada setiap bulan. Misalnya keinginan untuk memiliki kereta baru pada hari lahirmu? atau rancangan majlis pertunangan dan cincin yang kamu inginkan?! Biar imaginasi mu berkreasi dan jadikan ia satu realiti.
Luangkan masa, ikuti kelas ini: pelajari asasnya dan luahkan kreativitimu :D
Kalendar 2011
Saiz 6x6 inci
Masa 2 jam
Harga $30.00 (kit+kelas)
Kit mengandungi:
2 keping cardboard 6x6
2 keping cardstock 12x12
2 keping kertas corak 2-sided 12x12
Transparency - Kalendar 2011 (bulan/halaman) 6x6
Reben
Ring\spiral binding
#tidak termasuk hiasan (embellishment)
Sila bawa:
Gunting kraf yang tajam
Gam kraf dan 2-sided tape
*Embellishment:~ stickers, rub-ons, flowers, alphas dll.
*Gambar
*kertas corak
Nota: * pilihan
~$15.00 bayaran bagi yang ingin mengikuti kelas sahaja, sila bawa bahan~bahan kit di atas
~50% diskaun untuk pelajar berumur 18 tahun dan ke bawah
~bagi yang berminat, sila email klavuqt@hotmail.com atau pm fb.
Tarikh/Masa:
Jumat 10 Disember 2010 = 3-5 petang; atau
Sabtu 11 Disember 2010 = 7-9 malam
Salam Maal hijrah semua
Subscribe to:
Posts (Atom)