Tuesday, December 28, 2010

Di bawah bayu

Sang mentari belum bangun lagi. Dari jendela kamar 610 Mt Kinabalu Heritage kelihatan malu-malu puncak gunung Kinabalu di balik kabus yang tebal itu melambaiku. Walau kamar ini tidak dibekalkan penghawa dingin, sejuknya terasa hingga ke tulang sum-sum. Mungkin suhu jatuh ke paras16celcius. Bang Mat terus mengejutkan anak-anak solat subuh.



Suasana 6:00 pagi di perkampungan Kundasang ini sudah terang. Kami anak beranak sudah bersedia untuk turun ke seberang sana menjelajah lembah Kundasang yang indah itu.



Cuaca cukup baik sekali, perjalanan kami direstui, terus menyusur perkampungan Kundasang dengan aman dan selesa. Di dashboard terpapar suhu di luar jatuh ke17celcius. Bang Mat terus memandu perlahan menyusur jalan yang bertar dan lenggang itu.



Terasa telinga makin berdengung. Rupanya kami sudah hampir di kawasan kaki gunung Kinabalu. Puncak gunung benar-benar jelas kelihatan. Bagai seekor raksaksa sedang berdiri meggah menunduki kami di bawah.



Dekat kawasan itu juga kami menemui Mesilau Nature Resort. Terus maju lagi ke atas dan menemui restoran di situ. Subhanallah, panorama yang paling indah terbentang di depan mata. Bagaikan kami di atas awangan saja rasanya. Betullah apa yang dikatakan, negara di bawah bayu.



Turun untuk bersarapan sebentar. Sungguh mengejutkan kami, rupanya restoran itu benar-benar di dalam rangkulan alam yang menakjubkan, air terjun yang mencurah laju dari celah-celah batu gunung, flora dan fauna yang benar-benar ingin bersahabat.





Di perjalanan turun, kami terjumpa Perkampungan Kotej Kiram(homestay). Aku sudah mula menjerit gembira. Kotej yang ku idamkan sedang berada di depan mata, walau bukan warna merah jambu namun dia sudah cukup membuat aku tak sabar ingin mengetuknya.





Kotej yang comel cukup untuk kami enam beranak. Adik sudah melompat naik ke katil double decker. Aku dan Leyn naik ke attic. Di anjung, hatiku bagai hendak meletup melihat kekuasaan Tuhan yang tak terucap dengan kata-kata. Panorama yang cukup mengkagumkan.



Di sebelah kananku, awan gemawan berkepul-kepul bagai gula-gula kapas terapong-apong di angkasa. Sungguh mempesonakan.



Di sebelah kiriku pula pemandangan gunung Kinabalu yang mengkaggumkan.



Di hadapanku pula terhampar kebun sayur dan bunga-bunga liar yang cukup mendamaikan.

















Rasanya aku ingin berlama-lama lagi di sini.



Salam kedamaian dari dari kotej Kiram, Kundasang.

3 comments:

cikgu su said...

Kak nina
Berapa sewanya di kotej ni?
Terasa mcm nk g je...

http://suelovelyhand.blogspot.com/

madoka miyajima said...

kakmon... bukan negara di bawah bayu, tapi negeri di bawah bayu.. ngeeeeeeeee... :-D

kakmonnnn.. memang sangat menenangkan. Kalau tinggal kat cottage tu seminggu agaknya boleh siap beberapa buah buku..hehehe

kakmon tak daki gunung ka?

jid wish one day jid nak sampai juga ke situ...:-)

Nina Suria said...

cikgu su
harganya RM280 n above taim cuti sekolah. Hari biasa dan hujung minggu sedikit kurang ;)

kalo nak pegi kena book awal2, tapi kalo taim lengang juz walk-in kut :D

madoka
hahaha a'ah tak patut kakmOn kata negara, 1Mesia la katakan ;p

jid mesti kena pegi, memang ilham menulis bagai air terjun di lembah Kundasang itu jugak :D