Wednesday, March 09, 2011

Cip cip cip



Salam semua. Sudah lama tidak berkicau di sini. Malam ini cuba menyusup kemari sebentar dari kesibukan kerja rumah yang tidak pernah usai. Rupanya kita sudah berada di minggu kedua di bulan Mac. Bermakna sudah dua bulan kami 'hidup' tanpa pembantu. Kakak kata, kami sebetulnya tidak memerlukan pembantu lagi. WHAT? Biar betul. Aku sudah rasa macam zombi.

Pulang dari opis, terus peggang mop dan penyapu. Buat kerja rumah sampai ke hujung malam. Bangkit, sebelum ayam mengokok pagi. Taim aku cuti tak apalah jugak. Sempat lagi bermain dengan kaler pensel. Ni... Huwaaaaa... Abdul Wahub...

Oh yah! pada adik-adik yang mengikuti kelas Deko Kek Cawan dua minggu lalu, abiskita semua memang sudah mempunyai skill, cuma perlu digilap sedikit saja lagi. Jangan lupa praktis, pasti hasilnya akan lebih halus dan berseni.



Dan di kesempatan ini, pada wanita-wanita di luar sana, aku ucapkan Selamat Hari Wanita sedunia. Dan pada wanita  yang punya dua title; bekerja sepenuh masa + suri rumah tangga, anda memang SUPA-WOMAN.

Pada yang mengikuti kelas deko seterusnya, jangan lupa temu janji kita, minggu depan yah. Jumpa bersama Enche' Postman Pat...




Hingga bertemu lagi di lain waktu. Salam sayang semua.



p/s ini untuk anda semua, silakan



Salju Hitam Manis

5 biji putih telur segar
1 cawan gula kastor
1 cawan gula aising
1 sudu teh serbuk tartar
1 biji jus lemon
5 sudu makan koko Vochelle
1/2 cawan badam cencang

1. Panaskan ketuhar 200celcius.
2. Pukul telur hingga naik sedikit(gunakan mesin elektrik, kelajuan medium-high)
3. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit hingga habis.
5. Masukkan serbuk tartar.
6. Masukkan jus lemon.
7. Matikan mesin. Masukkan koko dan kacang badan, kaup dan balik-balikkan hingga rata.
8. Tuang sesudu makan adunan ke atas dulang pembakar(alaskan dengan kertas lilin). Buat sebaris-sebaris hingga penuh dulang(jarakkan 1 inci)
9. Turunkan api 180celcius, bakar 15minit. Turunkan lagi api 130celcius, bakar 45minit.
10. Sejukkan dan belah dua. Intikan bersama jem buah-buahan ataupun coklat Nuttella.

4 comments:

Ummi said...

salam rindu kakmOn cayang...apa khabar? Lamanya x menjenguk...x berkesudahan sibuk seharian...meleleh jek tengok salju hitam manis nih...jenis lembik2 gitu ya kakmOn..ala2 coklat eh...mesti anak2 ummi suka, peminat coklat semua tuh.. Harap kakmOn ceria dan sihat2 selalu...jgn lupakan Ummi..muaaahhh!

Nina Suria said...

cek ummi sayang, kita pon rindu cek.. masa tak ingin bersahabat, hariku sudah bukan warna pelangi lagi, dah menjadi 'kelabu'.

btw salju hitam manis itu, di luar crunchy dan di dalam chewy, pasti putera puterimu SUKA. :D

CT NoArIzAh ArIs said...

Apa khabar org di sana... waaahh resepi baru ya..ada masa nk try jgak.:)

Nina Suria said...

Alhamdulillah di sini sehat cuma PENAT, kerja menambun, thanx for dropin by CT :)