Wednesday, July 20, 2011

Ampun Beribu Ampun

Tak pernah pun bermimpi untuk bertemu dan beramah mesra dengan Baginda Raja Permaisuri. Pertemuan itu membuat aku kehilangan seluruh perbendaharaan kata. Sejuk tangan dan kaki. Tak pernah seumur hidupku.. tangan berpeluh-peluh begitu... Sehingga rasa gemuruh itu membuat teks yang baru ku hafal pagi itu ghaib tak terkesan. 


Padahal tadinya aku ingin becerita tentang hobiku dan magisnya gula aising. Baru Baginda memberi salam, ayat yang awal-awal ku bina itu hilang bertebaran di balik aura magisnya Baginda Raja.

Yang pasti.. Itulah sebuah memori yang terindah dalam hidupku dan pasti akan ku lipat kemas dalam sanubari. Subhanallah...















Terimakasih PERTIWI memberi kesempatan yang tidak pernah terlintas di kepala untuk menyertai pameran yang cukup gilang-gemilang itu. Dan rasa syukurku pada-NYA berganda-ganda yang telah membukakan aku ruang serta mempermudahkan urusan bertemu Baginda Raja Permaisuri. Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahuakbar...



Terimakasihku jua buat suami, anak-anak, saudara sepusat sepusing(Klavu, Reyma, Minah) bonda saudara(Tangah, Mimit2, Buing, Bungsu), anak-anak buah(Ayu dan Mina) dan sahabat(Norain  terlebih-lebih lagi) yang telah membantu merealisasikan kehadiran Sinah Bisc di pameran tersebut. Dan juga tidak lupa buat kak Ann yang sanggup berkorban cuti sehari untuk memeriahkan booth Sinah Bisc di situ. Akhir kalam, aku sayang kalian :)

Sunday, July 10, 2011

Detik Waktu



Lewat jendela kamar ini, ku lihat sekuntum bunga seroja sedang mekar indah. Cukup untuk mendamaikan keresahanku.



Di belakang enche roommate sedang mengetam rumput lengkap dengan kacamata, sarung tangan, ear plug dan safety boot. Itulah cogan kata Tuan Minyak Tanah yang dibawanya balik kerumah. "Berhati-hati di jalan raya."



Semenjak cik Cobra itu menelan seekor kodok di depan mataku dua minggu lalu, aku sudah tidak berasa aman untuk duduk di patio belakang itu lagi sendirian. NGERI.



Dan balik aja enche roommate barulah berani lagi duduk bersantai di kebun belakang. Rupanya puteri bawang yang kami tanam itu sudah membuahkan hasil.



Dan kebetulan tengahari itu enche roommate membawa pulang sekilo ikan salmon. Lalu puteri bawang itu ku korbankan untuk juadah tengahari kami.



French Salad

Sos:
1/4 cawan jus lemon
1/2 cawan minyak zaitun
2 sudu gula
1 sudu teh garam
1 batang daun bawang cencang
1 ulas bawang putih cencang
1 biji cili merah cencang
Masukkan semua bahan simpan dalam balang kaca, perap dalam peti sejuk 30 minit. Tahan disimpan lama untuk satu minggu sahaja.



Salad:
1 pohon salad hijau
3 kelopak kobis ungu
1 biji bawang Bombay dibelah lapan
1 biji lobak merah
1 biji cili merah cencang.
50 gram goat cheese
Semua bahan disatukan dan tuang ke atasnya sos di atas. Hidangkan terus ke meja.



Salmon Khan
1 sudu lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu makan garam laut
1 biji lemon
3 ulas bawang putih cencang
1/2 cawan minyak zaitun
Perap sejam dan goreng dengan menggunakan non-stick pan mengikut suka. Jika nak well done, biar lama di atas api. Angkat dan ketepikan. Dengan menggunakan pan yang sama, tuangkan lebihan sos perapan tadi dan tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos lada hitam Sarawak dan masak hingga sedikit pekat. Tuangkan ke atas salmon tadi. Hiaskan dengan daun bawang, lemon, lobak merah, bawang Bombay dan cili merah.



Sebenarnya entri di atas sudah berapa hari di dalam saved draft, tak sempat mengirimkannya. Baru malam ini terasa lapang sedikit setelah pulun berapa waktu menyiapkan projek mega Negara. Bila sudah semua selesai baru terasa lega dan lena tidur.

Di bawah ini ku tinggal cerita majlis tahlil buat bonda yang telah tujuh tahun pergi menemui penciptanya. Al-Fatihah buat bonda.








Dan yang duduk di sofa itu adalah pengganti bonda kami a.k.a ibu saudara yang di cintai :)

Salam 12 Sya'ban semua.

Thursday, July 07, 2011

Biskut?



Aku sudah seperti biskut. Sekejap di makmal. Sekejap di rumah sakit. Sekejap di kantor. Aku seperti dalam tiga alam yang melemaskan. PENING. Apalagi mengenangkan kerjaanku yang tertunggak banyak. Aduhai cik Bedah.. Kenapalah kau gatal sangat terima 'lemaran' itu...



Setelah berulang alik menerima rawatan di rumah sakit itu, waktu semakin menhempapku. Sekarang sudah 5Sya'ban. Sebentar lagi Ramadhan akan tiba. Dah siap qadha puasa, belum?(untuk diri sendiri juga).. Ya Tuhan, hamba-MU ini selalu saja melalaikan-MU.. Astaghafirullah Al-Azim. Moga DIA mengampunkan dosa-dosa kita semua..



Dalam masa yang sedikit itu pun sempat jua cik Gayah ni buat mende-mende alah tu.. Tapi dah tak boleh kata tidak dah.. Nasib kita hari ni tiada siapa yang tahu. Jadi kita ikut saja gerak hati. Moga satu waktu nanti ada jua orang menyampaikan hajat kita.. seperti mana kita merealisasikan impian mereka...





Moga selepas ini kesihatan kita kembali pulih. Doakan aku menemui Ramdhan nanti.. Salam petang khamis yang indah buat anda di luar sana...