Tak pernah pun bermimpi untuk bertemu dan beramah mesra dengan Baginda Raja Permaisuri. Pertemuan itu membuat aku kehilangan seluruh perbendaharaan kata. Sejuk tangan dan kaki. Tak pernah seumur hidupku.. tangan berpeluh-peluh begitu... Sehingga rasa gemuruh itu membuat teks yang baru ku hafal pagi itu ghaib tak terkesan.
Padahal tadinya aku ingin becerita tentang hobiku dan magisnya gula aising. Baru Baginda memberi salam, ayat yang awal-awal ku bina itu hilang bertebaran di balik aura magisnya Baginda Raja.
Yang pasti.. Itulah sebuah memori yang terindah dalam hidupku dan pasti akan ku lipat kemas dalam sanubari. Subhanallah...
Terimakasih PERTIWI memberi kesempatan yang tidak pernah terlintas di kepala untuk menyertai pameran yang cukup gilang-gemilang itu. Dan rasa syukurku pada-NYA berganda-ganda yang telah membukakan aku ruang serta mempermudahkan urusan bertemu Baginda Raja Permaisuri. Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahuakbar...
Terimakasihku jua buat suami, anak-anak, saudara sepusat sepusing(Klavu, Reyma, Minah) bonda saudara(Tangah, Mimit2, Buing, Bungsu), anak-anak buah(Ayu dan Mina) dan sahabat(Norain terlebih-lebih lagi) yang telah membantu merealisasikan kehadiran Sinah Bisc di pameran tersebut. Dan juga tidak lupa buat kak Ann yang sanggup berkorban cuti sehari untuk memeriahkan booth Sinah Bisc di situ. Akhir kalam, aku sayang kalian :)
19 comments:
Tiada kata-kata untuk diucpkan kecuali Tahniah!!!!
terimakasih umi-e memang kakmOn pon tak terkata :D
tahniah...tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia siapa yg tahu...insyaallah bakat yg baik akan dihargai org...:)
Alhamdulillah dan terimakasih ya Eni Osman. Masih lagi terasa bagai dalam mimpi. Memang rasa bertuah sesangat :)
Salam rindu kakmOn cayanggg...tahniah la dapat perkenan Baginda Permaisuri melihat hasil seni deko kakmOn yg mmg gojesss tuh...weeey kenangan indah tu kakmON kan...mesti tdo x basuh tangan tuh...hehehe...cium sampai mimpi2.. :)
ummi dear, kesempatan sekali dalam seumur hidup. Mmg masih terasa halus dan wanginya jari jemari Baginda. Ampun beribu ampun Tuanku.
salam peluk cium dari jauh ummi xoxo
well done ka!
tengkiew meng dear :)
Wah tahniah kalaule ketika itu ada jurukamera ambik gambar dan masuk TB wow... SinahBisc bakery akan terkenal seantero dunia. Hehehe manale tau kan rezeki dan tuah kaki kak mon ops tangan le. Tangan emas tu sampaikan kek pun emas....hehehe Caya lah kak mon. Chaiyok chaiyok. Hiphip horey hiphip horey.
Wah kak..hebat sungguh bertemu permaisuri agung pastu hasil tangan akk memang menarik perhatian sy...TAHNIAH KAKKK !!!
TAHNIAH! setinggi gunung Fujiyama, kanda. Jid tumpang bangga dan terkedu dari kejauhan. Jid terkenangkan suatu hari nanti gambar KMon akan dapat diabadikan sepertimana gambar Bu Apsah bersama Baginda Raja Isteri suatu ketika dulu. Jid aminkan doa Leyn buat babunya tercinta ini... :-)
-Jid si AnaKushingParsi-
notie
emmm sapalah cik gayah nak kena amik masuk tb, nak masuk paper pon tak muat frem :S
tapi takper kan, kita ada chanel lain.. Nanti kita siap2 upload kat CNN *bisik kat tinge notie* :p
Ct NorArizah Aris
Alhamdulillah CT dear, DIA yang menentukan segalanya.
Tapi masih ade orang tak pcaya, jemari tempatan nie yg buat, dorang ingat kita nie 'pinjam' orang punya :((
Madoka
Jid semasa di dalam dewan yg gah itu, kita sudah terasa lain.. Sedih dan gembira.. teringat zaman kegemilang Bu Apsah.. turun naik pentas, angkut hadiah. Al-Fatihah buat bonda a.k.a Bu Apsah :(
as salam nina,
tahniah nina. Memang tabik sangat dgn bakat nina. Tak perlu bercakap dgn Permaisuri pun, saya memang puji buah tangan nina selama ini.
Semoga berjaya.
Tahniah Nina!
assalamualaikum...
taniah kak mon semuga sukses selalu..
salam ramadan kak semuga beroleh keberktan di bln yg mulia ini..
Salam Ramadan k.Mon dan slmt berpuasa. tahniah hasil deco k.Mon mendapat perhatian Baginda Raja Permaisuri...mmg hasil k.Mon cantik dan menawan hati yg melihat.
psst K.Mon sy baru buat kecubung berendam resepi k.Mon.tk kongsi resepi.
Jahrera
Salam Ramadhan kak Leyla. Alhamdulillah dan terimakasih atas ucapan yang amat manis itu. Kembang hidung kakmOn dibuatnya tau.. Lin kali jan puji tinggi sangat.
Sayang awak xoxo
Merahsamar Cottage
Terimakasih dearie Ina. Rezeki kakmOn kut :)
Azlina
Salam Ramadhan juga buat Az ngan keluarga di Seberang. Alhamdulillah dan terimakasih atas doa kudusmu itu. Harap ramadhan ini membawa sejuta keberkatakan ke dalam rumahtangga kita :)
rindu awak
xoxo
Mamasya
Salam mama dari gurun sahara.. Semalam kita ziarah mama, tapi komen tu duk rejek kakmOn. Suka dengar mama masuk tv orang arab tu.. Tahniah juga buat mama dan anak2 yang sporting habis :)
P/S kecubung berendam? oh yah dah lama tak buat hamba Allah yang satu itu. Memang sesuai buat juadah berbuka..
sayang awak juga, peluk cium buat puterimu yg semakin manis, mcm mak dier jugak
xoxo
assalammualaikum k mOn
tahniah, tiada kata secantik bahasa... memang cantik sinah bisc bakery... dan ketibaan baginda permaisuri memang mempunyai aura tersendiri....
Walaikumusalam Shima. Terimakasih dearie. Betul.. Baginda Raja Permaisuri punya aura dalam darjah yang tersendiri. Kita sangat kagum akan kewibawaan Baginda.
Salam Ramadhan buat Shima dan keluarga xoxo
Post a Comment