Hobbies: Come and share with me.. your simple things of everyday life; gardening, entertaining, cooking and decorating..
Sunday, September 25, 2011
Alhamdulillah
Salam pagi ahad yang indah. Pagi ini baru dapat angkat muka. Sudah beberapa minggu ini tanat mengejar deadline yang tak mahu menunggu. Memang betul sekali, waktu ini jika dikejar, dia makin pantas berlari. Hingga kita lelah dan tersesat sendiri, tak dapat jalan pulang.
Oh Yah! Sambutan lebaran anda bagaimana? Kami di sini masih lagi hangat berkunjung ziarah ke rumah sanak-saudara dan teman-teman.
Semalam di ofis, sempat jua beraya di Jabatan Perangkaan. Suasana cukup meriah. Hidangan pun penuh meja, ada bermacam-macam jenis mi yang disajikan. Tak ketinggalan Nasi Ayam Penyet dan berbagai-bagai lagi juadah yang mengecurkan. Tak larat nak memakan semua.
Pada malamnya pula beraya lagi pada sahabat yang tinggal di Kg.Telanai. Pun jua sama, meriah dengan anak-anak riang ribena yang bermain unggun api di halaman rumah. Di dalam, hidangan berbagai-bagai sudah sedia menunggu. Dengan ketupat, lemang dan rendang. Pulut hitam, puding oreo dan kek cawan lengkap menyerikan meja hidangan. Memang sedap hingga Leyn menjilat sudu. Terima kasih kak Ann jangan jara menjamu kita-kita ini. Dan ampun sesangat, anak-anak kakmOn ni memang tak senonoh sungguh. Haisy...
Ok, kita tinggalkan sketsa berhari raya di hari sabtu itu. Di bawah ini kakmOn kongsikan juadah hari jumaat lepas, sewaktu rombongan I.S berkunjung di rumah. Nanti kakmOn stori-mori tentang rombong itu yah.
Roti Bakar Daging Romano Berkeju
10 keping roti sandwich
1 cawan daging cencang
1 ulas bawang putih di cencang
1/2 cawan sos Tomato Klasik Berkeju Romano - RAGULETTO
1/2 cawan sos cili - LINGHAM
1/4 cawan minyak zaitun
Secubit garam
Secubit oregano
Keju Parmessan diparut
Tumis bawang putih bersam minyak zaitun hingga keperangan. Masukkan sos tomato dan sos cili. Masukkan daging cencang. Masak 10minit.
Ambil sekeping roti paun dan tambahkan daging yang dimasak sebentar tadi. Parutkan parmessan keju di atasnya. Bakar hingga keperangan.
Hidangkan bersama sup cendawan sementara masih panas.
Akhir kalam, terimakasih pada teman-teman yang sentiasa meninggalkan komen dalam entri-entri yang ku kongsikan itu. Aku memang cukup gembira membacanya. Moga kita bertemu lagi di lain waktu. Salam sayang pada anda semua..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Salam Nina..
Salam Lebaran jua utk Nina sekeluarga..enaknya ye hidangan roti bakar itu nampak ringkas tapi menyelerakan..tkasih berkongsi resepinya...
.
Assalam kakmOn cayangggg...amboiii menu dia ala2 diet tp penuh kejuu...hehee, so boleh lah hentam nasi lemak rintik stoberi dgn sambal stoberi gak nnt kaaannn.. :) muahahaha...Bila la nak lepas ke Brunei lgk nih... :)
Merahsamar Cottage
Salam dear, memang roti tu mudah sangat pun. Inna bole juga gunakan sos spagheti atau pasta lain untuk buat roti yang sewaktu dengannya :D
coba jan tak coba ;)
Ummi
Waalaikumusalam dear ummi, mana lah nak larat, diet. Pewot ni duk menyanyi agogo jek..
psssttt sambal stoberi mmg sedap haper :p
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?9c3b60f92e424fc6324eaefec28e0ef4
Assalamualaikum akak...
wah dah tergoda tgk roti tu ... mmg kalu anak2 suka sgt makan nie... kejap ja habis...
Selamat hari raya buat kak mon maaf terlewat dtg beraya ke blog ni...tapi menu roti tu mmg idea yg kreatif utk tetamu di hujg2 syawal ni pasti ia menyelerakan setelah hari2 di hadapkan dgn biskut raya je.:)
Diana @ Melley Mey
Wa'alaikumusalam. Wah pancing kakmOn dah mengena, Diana buatlah cepat ;)
Btw roti nie mudah dan sedap. Apalagi bila makan panas2, sekejap jer dah abis :D
CT NorArIzAh
Selamat hari raya maaf zahir dan batin jua buat CT. Takpa, ari di sini masih syawal pun.
Ha'ah memang setuju sgt, tukar selera tetamu ngan hidangan yang mudah dan marvellous :D
salam nina...selamat hariraya..minnal aidil wal faidzin...(tu dia hari terakhir syawal baru nak wish...tak ape janji ada niatkan...he..he...)..terimakasih atas nasihat dan kata2 semangat terhadap saya...xoxo...
Ala sedapnya lyn makan sup cendawan... yummy... ni tak leh jadi ni kena terjah piza hut sebab sup cendawan dia yang paling saya suke...
Roti bakar berkeju erkk *juling mata sambil kira kolestrol* hehehe susah sgt kita campak dgn telur je erk sama juga kolestrol lagi... huwaaaa susah sgt buat roti bakar je.... hehehehe
eni osman
salam kasih jua buat eni, kita berkongsi rasa yang sama, sbb itu kakmOn tetap aku sokong andai ada kawan2 yang punya cita2 sama. Semangat yah! Moga maju jaya xoxo
notie
kalo makan kena tutup buku penyukat kolestrol itu, nanti kempunan tak merasa. Sup cendawan adalah faveret famili, apalagi bila bertemu ngan garlic bread, pasti tak nampak tinge :D
Slm Nina, Adib mesti suka resipi ni. He loves garlic bread with mushroom soup.
Teima kasih kerana sudi bertandang ke rumah bersama-sama adik-adik dan anak-anak yang riang ria ribena, menceriakan lagi suasana. Jutaan maaf dipinta kerana kurang layanan dan waktu untuk beramah mesra. Keadaan rumah terbuka lebih kurang sama je Nina, abang pun panik bila makanan kami tempah dari katerer cuma hanya tinggal sedikit menjelang maghrib, so we called the caterer and they couldn't prepare for us sebab ada majlis kahwin.. alamak! mcm mana ni? hihihi.. sama mcm Nina jugak we bought roasted chicken from Supasave and masak black pepper chicken and sweet sour fish sendiri! phew! seriau jugaklah. Tapi Alhamdulillah, menjelang pukul 8 mlm sempat jugak pembantu sementara saya masakkan di dapur, sementara Kak An sibuk melayan tetamu. =D
Salam sayang buat Nina juga..
Kak Ann dear, nampaknya tahun depan kita kena ikut strategi kak Ann juga, sama ada masak separuh n amik svc catering separuh baru kita tidak pening, nak buat semua benda.
Harap2 kita bertemu Ramadhan dan Syawal akan datang..
p/s Psssttt p.a. kak ann tu memang profesional betul, boleh backup 200tetamu kak ann, syabaz :D
Sedapnyeee sup cendawan tu...
terimakasih lieya, hidangan sederhana saja :)
Post a Comment