Wednesday, October 05, 2011

Lemaran Ketiga II

Salam Zulkaedah semua. Masih ingat lagi tak entri Lemaran Ketiga sebulan yang lalu? Setelah melepasi hari-hari yang kelabu... baru malam ini terasa ingin menyambung ceritanya kembali.

Rombongan kedua itu adalah dari Radio Televisyen Brunei kitani. Mereka melamar untuk Insan Seni. Sesuatu yang tidak pernah tersenarai dalam impianku. Apalagi mahu bermimpi. Biar betul.

Beberapa kali aku membaca warkah tersebut. Memang seperti aku bermimpi. Di dalam hati terdetik.. Apakah ini jawaban atas doa-doaku? Subhanallah.. Sesungguhnya Engkaulah yang merancang segala sesuatu untuk kebaikan duniaku.. Dan ku mohon pada-MU ya Rahman.. KAU elokkan lah jua akhiratku. Amin Ya Rabb..













Dan di kesempatan ini juga, dari lubuk hati yang paling dalam, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih pada Radio Televisyen Brunei, khasnya team INSAN SENI yang telah begitu jauh menjejaki saya dan bekerja keras mengangkat hasil kerja-kerja saya dan sekali gus memartabatkan bagas tangan saya sebagai sebuah hasil seni yang unik. Moga kerja keras abiskita mendapat ganjaran baik dari-NYA jua. Amin Ya Rabb..



Dan buat paradian sekepala; Reyma, Ryn dan Minah, terima kasih menjadi tongkat saktiku. Juga terima kasih buat anakda; Lutfi, Liyana, Lutfan, Leynah dan anakda saudara; Ayu dan Azmina, yang menjadi tong oksigenku. Tidak lupa jua buat suami yang sentiasa berdiri di belakangku.. Tanpa kamu, tiadalah aku di situ..

Sayang semua...



Kadangkala DIA sembunyikan matahari di balik awan hitam-NYA dan diturunkan-NYA hujan bersama petir. Lalu kita kesal. Rupanya... DIA ingin mengirimkan kita pelangi yang indah.

10 comments:

shima said...

assalammualaikum k mOn

tahniah kak, memang kak mOn insan seni yang mempunyai pelbagai kemahiran, alhamdullillah... teruskan berkarya ya kak mOn

Nina Suria said...

wa'alaikumusalam shima dear, apa khabar? terima kasih atas kata semangatmu itu. Insya Allah jika nyawa masih dikandung badan pasti kakmOn akan sentiasa berkongsi ilmu di sini. Moga apa yang kita lakukan hari ini akan mendatangkan sejuta kebaikan pada hari esok.

Salam kreatif buat Shima
xoxo

SITI NOARIZAH ARIS said...

Assalam kak mon...tahniah dari sy berbaloi jua segala hasil seni dan penat lelah akk selama ni bila di hargai oleh mereka2 itu... sy tumpang bangga dari Malaysia ini ..:))

Nurwin Heny said...

Wah, hasil kerja tangan kakmOn masuk tv lah. Congratulations!

Nina Suria said...

CT NoArIzAh ArIs
wa'alaikumusalam dear, Alhamdulillah dan terima kasih jua saya dari bumi Darussalam *peluk dari jauh*

Nurwin Heny
Alhamdulillah, kita pun tak menyangka ada mata yang memerhati kerjatangan kita. Apa yang kita hasilkan ikhlas dari hati dan lahir atas rasa semangat cinta pada seni keindahan. Betapa indahnya ciptaan Allah ini, kan?

Anonymous said...

alhamdulillah nina...sukanya bila tgk kawan kawan berjaya..tak semua org punya kebolehan ...boleh ambil spirit nina utk eni nak mulakan bisnes nanti....tq...:)

Nina Suria said...

eni osman dear, semangat positif tu yang kita suka banyak.. Mulakanlah langkah itu dengan Bismillah dan berusaha dan tawakalah kepada NYA. Insya Allah pasti DIA membuka jalanmu :)

moga maju jaya ya eni
xoxo

notie said...

Walahaiiii kalah chef wan ni masyuk peti Tv, dah mcm retis ni. hehehe apa pun tahniah sis semuga success selalu dan seantero dunia akan tau bagas tangannya kak mon. Chaiyok2

Ps syukur alhamdulillah dgn usaha dan niat yang murni akhirnya org lain nampak hasil kreatif bagas tangan mu sis. Yehaaaa

Ummi said...

Assalamualaikum kakmOn cayanggg....waaaahh mmg hebat kakmOn, mmg hasil kerja kakmOn tu kan mesti kena wat liputan besar2an...mmg cantiikk...berseni...bertuah sungguh kakmOn...Ummi doakan kakmOn terus berkarya dan menghasilkan seni2 tangan yang mantopss!

Nina Suria said...

notie dear, Alhamdulillah. Moga bagas tangan kita tu akan melekat di hati... tengkiew sentiasa menyokong kita mmmmmmuah

wa'alaikumusalam ummi.. sayang jugak tuk awak, kita rasa masih dlm mimpi, dan terimakasih pada team INSAN SENI yang dapat memertabatkan hasil kerja tangan kita. Moga semuanya mendapat barakah atas usaha gigih mereka :)

salam kreatif seantero semua