Wednesday, February 29, 2012

Hari Kebangsaan ke-28


Selamat malam semua.. Apa khabar anda di luar sana? Aku di sini masih lagi tidak cukup lantai untuk menari, tidak cukup ruang untuk bernafas.. Tahun 2012 ini terlalu banyak aktiviti di luar kawalan. Ilham yang datang mencurah-curah dari-NYA.. di saat-saat akhir benar-benar menguji jiwa dan rasa. Harap-harap nanti semuanya akan berjalan lancar di bawah kasih sayang-NYA jua.






Di kesempatan ini aku ingin menggual canang ke pelusuk kampung dan desa.. Pada 4hb Mac 2012, di padang Sekolah Bendahara Sakam Bunut, Jalan Haji Halus, akan di adakan JUALAN AMAL KEK CAWAN HARI KEBANGSAAN KE-28 bermula pada 9:30pagi. Maka aku menyeru di sini.. marilah beramai-ramai berbelanja sambil menderma ke Tabung Anak Yatim Kebangsaan Brunei..


Thursday, February 23, 2012

Dua puluh lapan tahun sudah berlalu..



Salam Hari Kebangsaan warga Berunai. Hari ini genap kita menyambut 28tahun hari MERDEKA yang dilaungkan oleh Baginda Bagawan dengan laungan ALLAHU AKBAR. ALLAHU AKBAR. ALLAHUAKBAR... Subhanallah..

Saat itu.. meremang bulu roma, semangat JIWA BANGSA mengalir laju ke pembuluh darah, menerjah jiwarasa,  AKU cinta TANAH AIRku.. Bumi BRUNEI DARUSSALAM.

Dan 28tahun dulu aku masih di bangku sekolah dalam tingkatan lima di Maktab Sultan Omar Ali Shaiffudin. Aku dan persatuan IKERAB Kampung Bunut dan beribu-ribu warga Brunei yang turut menyumbangkan masa dan tenaga mewarnai padang Stadium Hassanal Bolkiah waktu itu dengan penuh JIWA purih pancir mulia, tabah gagah berhemah tinggi bermaruah dan berperibadi, bersopan sedar harga diri.

Kenang indah yang tetap terlipat kemas di sanubari..

Dan aku merasa SANGAT BERTUAH menjadi rakyat BAGINDA SULTAN. Baginda yang sentiasa melindungi dan menyayangi rakyatnya dalam susah.. dalam senang.. di laut.. di daratan.. kasih sayang BAGINDA tiada sempadan..

Moga negara BRUNEI DARUSSALAM yang diangkat BAGINDA sebagai negara ZIKIR akan sentiasa dalam rangkulan rahmah ILLAHI, aman LAILA BAHAGIA jua. DAULAT TUANKU..

Brunei tanah airku yang TERCINTA. ♥ . ♥