Wednesday, November 13, 2013

bila jari amai menari lagi..


Salam pagi rabu yang mendung. Dua hari ini aku tidak ada tempahan kek kerai'an atau yang sewaktu dengannya. AMAN. Sa'at dan detik itulah yang ku nanti untuk'mengakas' kembali projek yang terbangkalai.


Lalu sebelum abang pergi kuliah pagi kemarin, aku mengarahkannya membawa turun kursi yang sudah tidak nampak rupa itu lagi. Sarungnya sudah koyak rabak, bagai celana encik Ramlee aja. DHA'IF sungguh. Entah 'anak Jun' mana yang duduk tidak bertatasusila itu. MEMALUKAN. 

Dan sebelum waktu Zohor, kursi itu sudah kembali cantik dan menggoda dengan gaun yang telah di ubahsuai dengan ropol di kakinya. Alhamdulillah..


Dan sa'at ini aku masih lagi tekun menjahit bendera dari saputangan khazanah lama ku. Sudah lama projek itu terdiam sepi dalam 'kaban' di bawah katil itu. 



Harap-harap pagi ini aku bisa menggantungkannya di ruang kerja baharuku.


Oh yah! Terlupa. Parfum Garden, terima kasih atas langsir yang yang tergantuk manis di jendela comel itu yah. Aku suka BANYAK. Dan jangan lupa, rak dapor bila nak beroperasi? Mwaaaah.. sayang adik *rayuan gombal*


Daaaaaaaah.. hingga ketemu lagi. Sayang awak jugak
xoxo


Saturday, November 09, 2013

Yuhuuuuuu..


Sudah lama tidak membuat benda alah ini. Sejak Makcik Anne beroperasi di sinun, kita jadi terkecur nak makan cinnamon sticknya yang lazat itu. Tapi nak turun berbaris ke dapornya adalah azab. Seksa weh!

Jadi, kita kenalah turun padang buat benda yang sewaktu dengannya. Apa nak harap padi di seberang, idaman hati kena berbaris panjang. Lalalala...







Cair tak? *tetiba tanduk kakmon tumbuh panjang*. Jika taknak ditelan batu belah, sila ambil cangkul, gali Sinahmon kat bawah rumah tu.. ada ka? ekekeke.. dah lama tak menyakat kaorang. 

Sayang semua xoxo



Monday, October 28, 2013

Aidiladha berlalu sudah..

Ampun  beribu ampun, aku tak sempat membuat lintas langsung waktu Raya korban dua minggu lepas seperti yang dijanjikan. Dan malam ini rasanya ingin mengongsikan bersama kemeriahan Aidiladha di rumah ayahanda dan bonda-bonda saudara.

Malam Aidiladha kami sekeluarga mendahului menyemarakan malam 10 Dzulhijjah dengan bertakbir beramai-ramai. Hati terasa pilu mendengar anak-anak kita yang bertakbir. Dan saat itu juga terbayang di ruang mata saat perjalanan kami dari Arafah-Mudzalifah-Mina lima tahun dulu. Subhanallah, satu perjalanan yang tidak akan pernah dilupakan. Perjalanan yang sempit dan padat dengan ribuan kenderaan dan jutaan jemaah, hanya mencari keredhaan Allah Ta'ala. Bibir terus berzikir dan bertalbiah, sahut bersahutan, tidak sesaat pun berhenti.  Dan terima kasih Allah yang telah memberi laluan mudah pada kenderaan kami untuk sampai ke distinasi pada waktu yang tepat tanpa sedikitpun kesulitan diharungi. Subhanallah Walhamdulillah Walaillahaillah Wallahuakbar..


Pada sebelah pagi di Aidiladha kami menyambut di rumah bonda saudara, juga dimulakan dengan bertakbir beramai-ramai. Suasana sungguh meriah dengan juadah penuh meja. Bagai menyambut hari Lebaran juga.


Dan di sebelah petangnya pulah majlis korban dengan tiga ekor kerbau selamat diungkayahkan bersama keluarga. Moga ukhuwah yang manis itu akan berkekalan hingga ke akhir nanti.


Salam dari kotej Simpor

Monday, October 14, 2013

Hari Arafah 9Dzulhijjah


Apa khabar anda semua? Harap baik-baik saja yah!

Sudah beberapa purnama aku tidak mengemaskini blog ini. Aidilfitri berlalu. Kini, Aidiladha bertamu. Aduhai waktu.. Semakin ku kejar, semakin kau laju. LELAH.

Lupakan cerita 'lelah' itu. Aidiladha sudah bersedia, belum? Dan seperti biasanya di sini Aidiladha tidak disambut seperti lazimnya kita berkunjung-kunjungan di Aidilfitri. Namun, famili kami tetap menyambut Aidiladha bermula dari kediaman ayahanda dan seterusnya ke rumah bonda saudara. Dan tahun ini kami sekeluarga berkesempatan untuk melakukan ibadah korban di rumah bonda saudara di jalan Babu Raja nanti. Insya Allah jika ada waktu kita akan membawa lintas langsung ke sana yah!

Dan jangan lupa melakukan ibadah sunah; berpuasa di hari Arafah dan marilah kita sama-sama berdoa, semoga kita diampunkan dosa-dosa semalam, hari ini dan yang akan datang..


Salam Arafah semua

Tuesday, April 30, 2013

Salam semua..

Sayang, apa khabar kamu?

Pasti blog ku ini sudah penuh sarang labah-labah. Waktu betul-betul tidak mahu bersahabat. Rupanya..  kita sudah di ambang gerbang Mei. Dan sebentar lagi Ramdhan akan tiba. Aduhhhhhhhhhh..  Qadha puasa sudah belum?

Oh yah! Semalam melintasi Lebuhraya Tungku-Link/Hassanal Bolkiah sepertinya aku sedang berada di Korea(PERASAN, menjejaki Korea pun belum, haish). Bunga merah jambu muda memenuhi pokok-pokok yang ditanam di tepi lebuhraya itu. CANTIK. Bagai cherry blossom di Korea atau Sakura di Jepun. Ooooops.. Cherry Blossom itu kan Sakura.. hahahahahahaha.. Betul lah tu..

Dan semalam juga adalah hari yang paling ribut buat ku. Jenazah Ninda saudara disempurnakan pada pagi itu. Aku tidak berkesempatan menziarahinya. Angkara salah komunikasi dengan saudara sepusat sepusingku, si Klavu. Dalam waktu panik itu, kunci cik Mini dan mata belalang pula GHAIB. Aduh.. Maka lengkaplah PENDERITAANku. Akhirnya aku diam aja di rumah, menyediakan minum pagi(nasi briyani ayam percik, kek baldu merah dan kek cawan lemon curd) buat bonda-bonda dan adinda-adinda yang selesai ziarah Ninda saudara yang cuma tinggal 1km dari rumah kita.


Selesai saja mereka pulang aku terus 'bercaplong' membuat kek hari jadi F1 yang benar-benar menguji mental.  Alhamdulillah walaupun tidak berjaya sepenuhnya, tapi F1 itu dapat juga disiapkan dalam waktu KECEDERAAN TERUK. Ampun...


..dan hari ini adalah waktu 'SENDIRI' ku. Lamanya aku tidak punya waktu sebegini. Sek-sok-sek-sok di FB atau duduk santai-santai di taman belakang dengan irama alam yang mendamaikan.

Dalam aku menikmati haruman melor yang berkembang dan pelukan angin yang dingin, aku dongak ke atas. OH! Pokok mangga epal ku sedang berbuah. Di kepala teringat nasi kerabu cik Idah. Aduh mahu merembas air liurku dibuatnya..


Ok sampai di sini saja yah! Nanti-nanti kita update lagi cerita kita. Kalau rindu anda boleh juga berkunjung ke sini NINA SURIA PAGE dan jangan lupa tekan punat LIKE yah!

Wassalam..