Wednesday, May 20, 2015

Periuk Nasi Bergerak


Salam petang Rabu yang panas menyengat. Kita baru sahaja lepas membeli belah bahan-bahan Briyani untuk tempahan esok. Mata liar mencari spot yang paling nyaman dan selesa dalam keadaan badan yang panas, berpeluh dan melekit ini. Lalu aku memilih duduk di meja kerjaku, betul-betul di bawah peti pendingin udara. Allah.. Nyamannya...

Tetiba tangan gatal pula mengetik punat 'ON' komputer. Lamanya aku tidak menggodam komputer ku ini. Talian internet yang lambat mengalahkan siput berjalan itu membuat kita jadi 'SEBBEL'. Akhirnya entri yang sudah siap dengan ilustrasi gambar yang hendak dikongsikan terperap begitu sahaja di dalam peti DRAFT blogspot ku. Adussss..

Ok kita berbalik dengan cerita foto di atas. Waktu kita mengikuti Enche Roommate berkursus ke Belanda, kita tinggal di sebuah pekan lama yang penuh dengan bangunan dan istana lama yang cantik lagi bersejarah. Hotel kami betul-betul berhadapan dengan Istana di jalan Gravenstraat, Van Den Haag.

Kerja kita hari-hari, turun naik tram. Dari sebuah pekan ke sebuah pekan kita terokai. Enche Roommate dari awal pukul 6:30 pagi sudah terkejar-kejar tram untuk menuju ke Pusat Latihan Shell Riijwisk dan hanya akan balik setelah pukul 8:00 malam. Jadi waktu luang ku yang banyak itu aku manfaatkan sepenuhnya dengan meronda keseluruh pelusuk Van Den Haag. Dan kita cuma akan balik ke hotel pada waktu-waktu solat sahaja.

Setelah tiga hari kita menggeledah pekan Van Den Haag itu, kita terserempak sebuah pasaraya Oriented terletak di bawah tanah, tidak jauh dari hotel kami. Barang-barangnya penuh dengan makanan ASEAN. Kita terlonjak gembira. Dari kelapa, daun pisang, belacan, cili padi, kacang panjang, udang, ikan, telor masin, semuanya ada dijual di situ. Tak kebulur kita di Tanah Belanda ini rupanya.

Bukan apa.. Enche Roommate kita itu sungguh cerewet dalam bab makanan. Masih teringat trip dua minggu ke Pattaya, sungguh azab rasanya bila kita tidak membawa bekal. Bertolak dari insiden itu, kita yang menjadi 'Periuk Bergerak' Enche Roommate ini terpaksa siap-siap dengan periuk nasi comel diangkut ke Belanda sana bersama beras dan sambal pusu, mi segera dan makanan tin untuk 'survival'. KONON.

Jadi hari itu selepas maghrib kita pun cepat-cepat menanak nasi dan seterusnya memasak sambal udang dan sayor kacang panjang menggunakan periuk comel itu. AJAIB bukan?

...dan bila Enche Roommate balik malam itu, dari ambang pintu dia sudah terhidu bau harum sambal udang yang menyucuk-nyucuk hidung. Dengan wajah seribu tanda tanya dia mengangkat kening dan menggosok hidungnya. Siapa yang masak? Laparnyaaaa.. Kita ketawa dan cepat-cepat menarik tangannya masuk ke dalam. Takut bau sambal udang yang kuat itu melepasi keluar kamar. NAYA cik Gayah. Hikhikhikhik..

Hingga ketemu lagi di lain kesempatan pula. Salam rindu buat semua. XOXO

Tuesday, January 13, 2015

Salam 2015



Terlalu lama sudah menyepi diri. Kerja menambun tak pernah mahu surut. Hari ini cuba menyusup masuk ke sini.. melepas lelah sebentar. Apa khabar anda semua di luar sana. Harap tahun 2015 ini kita semua akan lebih bersemangat yah!

Percutian ke Negara Oranje, November lalu amatlah menyeronokan. Terlalu banyak yang ingin kita kongsikan di sini. Tapi waktu terlalu cemburu untuk berlama-lama di sini. Jadi kita rengkaskan aja yah!



Kita tinggal di tengah kota tertua Belanda; Van Den Haag. Dalam suhu tiga darjah celcius, kopi panas bersama pai epal kayu manis yang amat sedap amatlah sukar untuk mengatakan TIDAK bila penjual di kaki lima itu menawarkannya kepadaku.



Duduk di sebuah bangku berhadapan dengan sebuah sungai di perkampungan Zaan Schan yang cantik itu adalah sesuatu yang amat membahagiakan. DAMAI!


Salah sebuah kotej yang mencuri perhatian ku. SUKA!


Perkampungan yang cantik dengan kincir angin, coklat panas dan terompah kayunya yang unik adalah diantara pengalaman yang menarik di sini.












Di Madurodam, Kota kerdil yang memukau.






Kita berhenti sampai di sini dulu yah.. Insya Allah kita akan sambung lagi kemudian. 

Sayang semua
xoxo
Nina Suria