Wednesday, September 27, 2006

kak Mon oh kak Mon...


Entah kenapa rumah Nina yang disebelah tuh tak kasi masuk. Dia tak kenal tuan rumah lagi.. Agak-agaknyalah.. Tuan tanah nak mintak garan kut! Kalau macam ni gayanya, kenalah kak Mon gulung tilam bantal balik kerumah pusaka nih.. Sedehnya kak Mon dihalau dengan mulus..
Tak pe lah.. Malang bang Mat malang berlipat.. Malang kak Mon terpaksa lompat.. Huuhuhuhu..


Dah lah dah.. Toksah nangis-nangis.. Kita senang-senangkan diri.. Kalau macam tu tak boleh.. Kita buat macam nih..


Achik! kak Mon dah buatkan TULIP untuk ko. Ko tengoklah betapa baiknye ati kak Mon ko nih. Skang TOLONG jan komplen akak lagi tau!


JiD! CIKIDAH mu masih lagi kelabu.. Tengah korek peti doraemon cari 'magical wand' tak dapat-dapat. Sabaq lah eik. Esok lusa pasti kak Mon jumpa.


Infa! BANANA SPLIT mu pon ku tak ketemu.. Kemana ko bersemunyi.. Penat akak tau!


Blue Ellie Funt! BIRU NILA mu kena buat plastic surgery lagi. Mungkin jumaat nih masuk operesyen teater..


Klavu! ehmmmm sangop ker orang nih? Kang baru nak kira untung.. Dah ling.. Malas nak teruskan dihari baik bulan yang baik nih.


Infa.. banana split mu outofstock.. boleh tukar ngan eskrim ini tak??

Ini dia TULIP Achik! Sweet kan???

Yang ini kak Mon. Coba tengok wajah kak Mon kat atas tuh. Amacam seswai tak???

Tuesday, September 26, 2006

Can't live without chocolate


Penat aku selongkar ceruk bandar dan kampong. Namun Pink Jambu tidak juga ku temui. Rozzan... sebenarnya Nina nak cari flakes candy yang berbentuk kelupak bunga berwarna merah jambu. Tapi tiada ada dipasaran lagi kerna kurangnya permintaan. Jadi semua tokeh-tokeh yang jual bahan-bahan kueh tidak mahu membuat saham kelopak bunga tersebut. Alamat Nina kena buat kelopak sendiri lah ni..

Nak tahu siapa Pink Jambu? Tengok biskut yang berbentuk panjang dan mempunyai dua kuntum pink rose itu...

Hijau Zamrud

Saturday, September 23, 2006

Triple Chocolate Peanut Butter Cookies


Posted by Picasa

Salam Ramadhan

Assalamualaikum muslimin dan muslimat semua. Di bulan yang penuh berkah ini Nina menyusun jari memohon kemaafan kepada semua yang pernah Nina catatkan cerita mereka disini tanpa pengetahuan dan izin mereka. Ampunkanlah Nina.

Semoga kita diberi rezki kesihatan tubuh badan agar dapat melakukakan ibadah disepanjang bulan yang penuh berkah ini. Dan semoga amalan yang kita lakukan dibulan ini diterima disisi NYA. Amin amin amin... Ya Rabbalallamin...

RAMADHAN HAMPIR TIBA...
MUNGKIN KITA-KITA PUNYA KESALAHAN
DISENGAJA MAUPUN TIDAK DISENGAJA
UNTUK ITU...
MARI KITA SALING BERJABAT TANGAN
DAN SALING MEMAAFKAN

Dan malaikat Jibril pun berdo'a:" Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kpd kedua orang tuanya (jika masih ada).
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dgn orang-orang di sekitarnya.
Maka Rasullullah pun mengatakan Aamiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah malaikat dan yg meng-aamiin-kan adalah Rasullullah. Sudah setentunya do'a tersebut akan didengar oleh Allah SWT.

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Tuesday, September 05, 2006


Hidangan tengah hari kami; ayam masak lemak, daging rusa kicap, sayur campor, sayor timun bertelor dan buah nanas penyuci mulut.

Team C7 sapu semua makan. Aku cuma mampu mengalas perut. Terasa makanan yang masok dalam kerongkong ku kesap dan meloyakan. Entahlah Labu. Bukan selera ku dan bang Mat.

Bermulanya pengembaraan C7 team di MULU setelah menikmati santapan tengahari. Walau hujan mula merintik, digagahkan kaki melangkah.

Didalam hutan ini bermacam-macam binatang liar menghuni. Yang hairannya aku tak nampak seekor pun berok lalu. Mungkinkah dia malu untuk menyapa rombongan kami???

Sampai dikaki gunung MULU untuk menuju ke gua Lang dan gua Rusa. Lebih kurang 4km dengan 1jam perjalanan santai dari titik ini.

Taman canopy yang kami singgahi sebelum sampai ke gua Lang. Bayangkan bahagian akar sahaja mencecah 8 kaki tinggi.