Wednesday, November 16, 2005


Haaah.... ni dia pesen rambut Leynah yang Jid nak tiru tuh.. Jadi tak????

Rumah terbuka dirumah baru mak saudara.

ehm... lantaklah duduk kat lantai pon tak kesah..

Klavu sempat mendandan Ayu dalam majlis rumah terbuka bapa saudara.

Tengok hasil jari Si Klavu.. Entah sanggol tabuan hape Si Klavu buat kat rambut Si Ayu nih.

Anak buah hubby

Suasana Hari Raya di Brunei

Seperti tahun-tahun yang sudah, setiap pagi raya kami akan berkumpul dirumah bapa dikampong. Subuh lagi aku sudah sibok didapor memasak nasi beryani dan daging masala. Menyediakan nutty brownies, enam jenis kek gulong dan beberapa jenis lagi biskut coklat.

Dalam aku kelam kabut menyediakan salad, kedengaran suara Leynah sudah merengek tak mahu pakai baju yang disediakan. Dia mengamuk sakan. Nak pilih bajunya sendiri. Akhirnya untuk menyelamatkan keadaan yang bingit itu, aku biarkan saja dia memakai baju kesukaannya. Si abang pun begitu juga tak nak pakai baju sama dengan si adik. Dan aku yang memang tidak menempah walau sepasang pon, hanya menyarungkan jubah hitam bekas arwah emak. Maka baju kami pakai pagi raya itu jadi haru biru. Tidak sedondon seperti raya yang sudah.

Selepas solat sunat hari raya kami pun terus bertolak kekampong yang hanya memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah kami. Sampai dikampong, bersalam dengan bapa dan adik-adik. Ryn, Ryma dan emak saudara yang lain belum sampai lagi. Aku terus saja kedapor meyediakan makanan. Kakak ku yang tua sudah sedia dengan ayam karinya. Dalam 15minit kemdian kedengaran suara kanak-kanak riuh rendah didepan. Ryn datang dengan membawa ikan asam pedas dan mixed vege. Emak saudara membawa daging rendang, acar limau, kerabu mangga dengan bunga kantan, pickles dan ade beberapa jenis lauk lagi yang aku sudah tidak dapat mengingatinya. Maka pagi itu diatas meja penuh beraneka lauk pauk dan kuih mueh yang menyelerakan.

Selesai majlis bertahlil aku dengan adik-adik yang lain pergi kepusara emak walau empat hari sebelom raya kami sudah menziarahinya. Masih terngiang-ngianng suara datok aku dulu; "bukan orang hidup saja kan diaga beraya, orang sudah nada ani pon mau jua minta jarahi..."(orang sudah tiada pun masih mengharapkan kita menziarahi mereka dipagi raya). Macam tu lah lebih kurang maksudnya. Maka aku yang memang sensitif ni pon terasa dengan omelannya.

Thursday, November 03, 2005

Salam Aidil Fitri

"Anak bulan tidak nampak. Berpuasa lagi satu hari." Lebih kurang begitu bunyi SMS yang dihantar oleh Ryn's hubby. Bila membaca SMS tersebut aku rasa nak melompat. Aku suka banget. Rasanya aku lah yang paling berbahagia dimaya ini.


  • Pertama, aku bolih bernafas dengan sempurna setelah tenat dua minggu sesak nafas bersilat dengan tepong dan mentega.
  • Kedua, aku boleh qada tidur ku yang tak pernah cukup.
  • Ketiga, aku sempat berpuasa lagi setelah seminggu bercuti.
  • Keempat, aku dapat mengemas rumah dengan hati yang lapang dan fikiran yang jernih setelah lama sesak dan kelabu dibelenggu oleh kerja yang menguji fizikal dan mental...

Dikesempatan ini ku hulur tangan memohon ampun dan maaf jika ada yang tersalah bahasa atau yang mencuit hati. Salam Aidil Fitri untuk semua umat Islam didunia.






Tiada yang sempurna
kecuali Allah Yang Maha Kuasa

Tiada yang kekal mahluk didunia
Salah dan dosa pasti ada diantara kita


Pintu ma'af adalah jalan ke syurga
Allah Maha Pengampun terhadap mahluknya

Bagaimana dengan sesama manusia?


Ungkapan yang tulus untuk sahabat-sahabat ku
yang dihormati hanya UCAPAN :


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
" 1 SYAWAL 1426 H "
Bersamaan 4hb November 2005
Taqabalallohu Minna Wa Minkum
Minal Aidin Wal Faidzin .
DAN
Mohon Maaf Dipohonkan
Semoga Kita Semua Sentiasa Dirahmati Allah
Amin ……..


Friday, October 28, 2005

buzzzzzzzzzzzzzzzzz

Seminggu ni rumah aku dah macam kedai roti. Macam-macam bau keluar dari serombong dapor aku. Bau harum biskut ada, bau hangit biskut pon ada. Faham je lah bila dah terleka buat benda kat depan.. lupa pulak benda yang kat belakang ni.. Akhirnya biskut jadi muka benggali, hitam legam.

Kepala aku dah berat sangat. Terlalu banyak benda yang berserabut. Tambahan lagi bila tengok rumah macam kapal pecah. Alahai.. Bila nak siap keja aku semua ni.

Di ofis penuh dengan PC dan cable bertimpa-timpa. Dirumah penuh dengan biskut, container dan segala macam barang-barang dan bahan-bahan kuih yang memeningkan kepala. Tempahan kengkawan belum siap lagi. Adoi.. Bilakah agaknya aku nak lepas dari balak niiiih. Abdul Wahuuuuuuuuub...

Raya tak lama lagi akan menjelang. Persiapan???? Sifar. Tak usah cakap.

Dah jadi bakery shop dapor aku huhuhu..

Masih bingung nak decorate macamana.

Macam ada je yang tak kena... Apa ye???????

Sinah Bisc new product

Tengah sibok pack biskut untuk Gift Box.

Huhhhhhh.. siap juga akhirnya

Sinah Bisc

Monday, October 17, 2005

Salam Ramadan

Pejam celik pejam celik, rupanya sudah tiga belas hari kita berpuasa. Bermakna tinggal dua minggu saja lagi kita akan menyambut raya. Baju raya satu pun aku tak buat. Hubby betul-betul hairan kenapa aku cool saja nak sambut raya tahun ni. Tak mengapalah biar anak-anak saja yang berbaju baru raya ni.

Bab berbuka pun aku tidak menyediakan seperti tahun-tahun sebelumnya. Entah aku betul-betul malas. Malas semalas-malasnya. Si Adek merengek nak makan spagheti. Aku buat derg.. jer.. Dan hari sabtu lalu baru aku menyediakan sesuatu yang lain. Macaroni bakar dengan Salad with French Dressing. Kesian juga tengok anak-anak berebut-rebut mengaut macaroni kepinggan masing-masing. Si Adek makan dengan penuh selera sambil memuji-muji keenakan parmesan cheese yang cair dimulutnya. Sambil berkata "ehmmm macam pizza hut.. Bu ah.." Si babah pulak menyindir ku dengan kata-kata yang sinis. Padan muka aku yang pemalas. Kalau nak resipi klik http://ninasuria.blogdrive.com

Bake Macaroni with parmesan cheese.

Salad with French Dressing

Friday, July 15, 2005


Selamat Puja Usia yang ke-59. (Baginda bersama pemimpin masa depan).

Friday, July 08, 2005

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik

Sejarah Indah negeri Brunei
Hassanal Bolkiah diputerakan
Lima belas haribulan Julai
Sembilan belas empat puloh enam

Selamat diputerakan
Paduka Seri Sultan
Pada Tuhan dipohonkan
Usia Baginda dilanjutkan

Putera tertua lagi gahara
Sultan Omar Ali Saifuddien
Diasuh jadi tampuk negara
Menuntut ilmu tekun dan rajin

Dirgahayu Baginda
Hidup aman bahagia
Selamat puja usia
Kekal memerintah negara

Hassanal Bolkiah dimashurkan
Jadi Pengiran Muda Mahkota
Pada Baginda puncak harapan
Negara makmur rakyat bahagia

Hassanal Bolkiah menaiki tahta
Ganti Paduka Seri Begawan
Rakyat jelata taat setia
Mendoakan kebahagiaan

Lagu: Dirgahayu
Pencipta: Haji Idris Haji Muhammad

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien

5hb Oktober 1992 Baginda diarak disekeliling Bandar Seri Begawan dengan menaiki 'Usungan Diraja' semasa acara kemuncak Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Tahta

Mahkota Perpuspaan pada 1hb Ogos 1968

Baginda diarak menaiki 'Usongan Diraja' berangkat ke Lapau untuk menjalani 'Istiadat Perpuspaan'

Paduka ayanda Baginda memahkotakan pada 1hb Ogos 1968

Setelah Baginda dimahkotakan.

Monday, July 04, 2005


Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama-sama ayahnda, bonda serta adinda-adinda Baginda dalam tahun 1960an

Menuntut di Akedemi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dalam tahun 1966

Semasa Baginda menuntut di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (SOAS), Bandar Brunei pada tahun 1964

Baginda dengan adinda-adinda Baginda membuat private tution di Surau, Istana Darul Hana, Bandar Brunei dalam tahun 1950an

Pada tahun 1964 Baginda menuntut di Victoria Institution, Kuala Lumpur.