Saturday, June 30, 2007

Bu Apsah a.k.a Hajah Halimah

Posted by Picasa


Aku dihujani emel yang menanyakan soalan yang sama. Siapa Bu Apsah?. Mungkin ada yang keliru. Atau mungkin juga kerana ada yang tidak membaca dalam segmen Pendahuluan di dalam buku tersebut, yang mana menghuraikan serba sedikit sejarah Bu Apsah. Yang pasti Nina Suria bukanlah Bu Apsah.

Disini ku tinggalkan catatan yang pernah Nina publish di laman http://ninasuria.blogdrive.com untuk jawaban ITU. Dan pada orang Barunai kitani yang tertinggal edisi ulasan bertajuk 'Sumbangsih Untuk Bonda' di Media Permata keluaran 2hb Mei 2007 lepas, abiskita bolihlah membaca artikel itu di bawah ini:

~*~

Dulu-dulu sebelum ada kedai menjahit langsir dan kedai yang menawarkan pakej perkahwinan, di kampong kami Babu[1]lah yang menjadi tukang jahit kelambu, 'interior designer' bilik pengantin, tukang hias pelamin, tukang gubah bunga, tukang hias barang hantaran dan memasak lauk pauk dan kuih-muih hantaran. Babu juga tukang masak kenduri kahwin, barangkali mewarisi kepakaran Nini Laki[2].

Babu seorang wanita yang dianugerahi pelbagai bakat, dia jenis yang 'pemandai tangan', apa saja seni tangan wanita boleh dibuatnya, menjahit, mengisi[3], mengait, membuat dan menggubah bunga, memasak, mengandam, menghias ruang dan bermacam lagi. Bagaimanapun, sedari banyak cabang seni tersebut, Babu lebih menyerlah di bidang masakan.

Babu sangat mencintai dunia masakan. Walaupun hadiah-hadiah yang ditawarkan tidak sebesar mana, Babu terus aktif dalam pertandingan masak-masakan. Babu juga 'bekarih'[4]menyertai pameran-pameran yang diadakan di Daerah Brunei Dan Muara seperti Pameran Peladang anjuran Jabatan Pertanian di Hortikultur Rimba dan Jubli Perak Sultan Menaiki Tahta, mempromosikan resepi-resepi bagas tangannya.

Resepi-resepi bagas tangan babu pernah dimuatkan dalam dua buah buku; Resepi Bingka Tarap dalam buku 'Sumbangan Resepi Masakan Sempena Jubli Perak' dan beberapa resepi tempatan dimuatkan dalam buku 'Pameran Kraftangan Brunei Sempena Sambutan Jubli Perak Sultan Menaiki Tahta'.

Babu memang bercita-cita untuk membukukan resepi-resepi bagas tangannya.Usahanya untuk membukukan resepi-resepi bagas tangannya dibuat dalam tulisan tangan beserta lakaran-lakaran tangannya sendiri di salin gambar (photocopy) dan dijual hanya dengan harga perkhidmatan salin gambar tersebut.

Babu juga pernah menjadi guru kelas memasak yang dikelolakan Kementerian Pendidikan dan guru Urusan Rumah Tangga di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan. Selain mengajar resepi-resepi yang disediakan, Babu juga turut diminta untuk mengajarkan resepinya sendiri.Sesekali aku pernah menemankannya mengajar di Sekolah Melayu Laila Menchanai di Kampong Ayer.Walau susah payah naik turun perahu menyeberangi Sungai Brunei, Babu tidak pernah bolos. Babu sangat gembira menemui pelajar-pelajar kelas dewasa yang begitu minat belajar.Kerana mengajar kelas masakan jugalah, Babu turut dikenali dengan nama Cikgu Hajah Halimah. Kata Babu, walaupun cita-citanya dulu untuk menjadi cikgu tidak tercapai, tapi dapat juga dia merasa panggilan itu walaupun cuma mengajar memasak.

Babu memang seorang wanita yang gigih dan kuat semangat. Minat yang mendalam dalam bidang masakan membawanya membuka perniagaan dalam bidang ini. Jatuh bangun dunia perniagaan tidak pernah melunturkan semangatnya, kegigihannya memang mengkagumkan kami anak-anaknya dan sesiapa yang mengenali dirinya.Babu berpulang ke Rahmatullah pada 4hb. Julai, 2004 dalam usia 57 tahun setelah setahun bertarung nyawa melawan barah limfoma.

Sebagai melunaskan impian Babu, kami mengakas[5]kembali resepi-resepi bagas tangannya yang pernah menjadi kegemaran ramai suatu waktu dulu. Dengan bantuan peradian Babu dan semangat kuat Nina Suria, akhirnya lahirlah buku resepi 'Bagas Tangan Bu Apsah'.

Atas segala rasa kasih dan demi mengenang usahanya , kami ungkayahkan[6]penerbitan buku ini, seperti kata Nina Suria di dalam blognya (http://ninasuria.blogdrive.com):
"Sebenarnya buku ini adalah sumbangsih untuk bonda Hjh Halimah Haji Yussof, juga kepada negera Brunei yang tercinta. Ianya bukanlah untuk mengejar glamor atau mengaut keuntungan semata-mata. Ianya lebih merupakan sebuah tanda hati dari seorang anak kepada ibunya atau seorang rakyat pada negaranya. Jika anda berkesempatan memilikinya anda akan dapat merasakan rasa cinta itu hadir di dalamnya. Salah satu daripadanya; Kek Lapis Raja Isteri adalah dicipta khas untuk seorang wanita yang tinggi dimata rakyat Brunei Darussalam. Dirgahayu kebawah Duli Tuan Patik."

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah, yang telah melorong jalan dan melapangkan urusan sehingga impian ini terealisasi. Terimakasih yang tidak terhingga buat semua yang terlibat dalam pembukuan 'Bagas Tangan Bu Apsah', semoga mendapat ganjaran yang berlipat ganda dariNya. Al-Fatihah buat Bonda Marhumah Dayang Hajah Halimah @ Hafsah binti Haji Yusuf.

- Dang Ayang -
[1] Babu: panggilan bagi Ibu di kalangan orang Barunai
[2] Datok
[3] menyulam (embroidery)
[4] 1. berusaha, 2. sanggup melakukan
[5] menyelongkar
[6] berusaha melaksanakan

Sunday, June 24, 2007

Myrah's Baking Class


Myrah in her baking class wif her two lil cozins. She managed to make 2dozen yummy Chacha Muffin.

Thursday, June 14, 2007

Go Italy???


cannelloni spinach & ricotta stuffed pasta with napolitanz sauce
served with garden salad

Spicy Lamb Chop with ricotta cheese sauce

Tuesday, June 12, 2007

Hidup mesti diteruskan...

Di jeti matahari baru keluar.

Gunung Kinabalu yang tetap gagah menanti.

Matahari tenggelam, mereka baru sampai di jeti untuk pulang.

Suasana gelap malam menyambut mereka sesampai di kem.
Posted by Picasa

Matahari belum lagi menyapa, mereka sudah berkejar keperhentian bas untuk membawa mereka ke jeti. Dari jeti menaiki bot lagi untuk ke destinasi yang tentunya membawa mereka ke lombong emas. Tulang empat kerat dikerah dengan imbalan yang cukup membahagiakan keluarga dirumah. Tapi apakah mereka juga turut bahagia???

Adusss… Kesiannya bang Mat…

Monday, June 11, 2007

Leynah dan subang



Posted by Picasa

Cuti sekolah bermula lalu projek amai tangan pun...

Penat buat ribbon embroidery, kita buat kad untuk hari bapa yang tidak lama lagi menyapa..


Adik seronok dapat shell bila pasir dah habis diayak.
Bang Mat buat square block untuk back yard...

Penat buat crafting didalam, kemudian ambil angin kat back yard.
Posted by Picasa

Sunday, June 10, 2007

Malam Gendang Jaga-Jaga - 09.06.2007

Menyusur perlahan ke Jalan Kiulap melencong ke Jalan Tengah menuju ke Bandar Seri Begawan. Jalan penuh sesak. Parkir $3.00 Sheraton sudah ditutup. Aduh! Baru nampak orang Brunei berjalan kaki beramai-ramai. Suasana perayaan baru ku terasa bahangnya. Kami terus menyusur ke Jalan Sultan, pun penuh sesak. 30minit laur-laur(pusing-pusing) mencari parkir tidak ketemu akhirnya hubby menurunkan kami di bahu jalan.

Gerai makan tiada satu pun lenggang. Semua penuh padat. Spot-spot yang di cup sudah ramai yang berbaris menunggu giliran. Akhirnya aku mengalah saja, keluar semula dengan perut kebulur. Rupanya nasib tidak menyebelahi kami, hubby pun belum lagi mendapat parkir. Rancangan menyukat gerai malam dipesta Jaga-Jaga itu pun dibatalkan. Naik kereta balik.

Didalam kereta, kepala sudah merangka restoran mana yang hendak diterjah. Tidak lain tidak bukan Nini Acai Soto $1.00 muahahaha. Si adik menarik muka 14. Leynah sudah berdengkur. Melintasi bangunan Mahkamah Besar tiba-tiba terbayang kambing dan tulang sirip panggang...


I hardly cant wait..


Pumkin with Roasted Almond Soup for starter.

Grill Honey Garlic Chicken.

A supa-dupa-licious Grill Lamb Shank.

Crème bruleè...??? It was more a caramel like puding.. I could say..


Alhamdulillah...

Gendang Jaga-Jaga bermula 01.06.2007

Gerai-gerai di Jalan Sultan memeriahkan suasana malam jaga-jaga Pengantin Diraja di Bandar Seri Begawan.


Di gerai malam di tapak letak kereta dimana focal point peresembahan pentas pesta jaga-jaga Perkahwinan Diraja.

Ayam Oyster Madu ini berbaloi juga setelah sejam menunggu. .


Sate yang rapuh... Entah berapa ton tenderizer yang dia campak. Adussss...


Steak ayam berendam dengan sos cendawan yang bagaikan aing basuh tangan.
Posted by Picasa

Thursday, June 07, 2007

Boun appetito

Catatan Yagan:-

Risotto adalah hidangan tradisi orang Itali iaitu sejenis nasi. Sama seperti hidangan nasi orang-orang melayu kita jua. Cuma cara penyediaan dan rempah ratus didalamnya membezakan kita. Begitu juga tekstur risotto dengan nasi putih kita sangat ketara perbezaannya. Risotto lebih berkanji dan berkrim. Manakala nasi putih kita kering dan lembut. Tapi walaupun dia agak lembab, tekstur nasi itu masih terasa mengkal dikunyah. Inilah kelebian beras Itali(Aroborio).

Memasak risotto banyak mengambil masa kita. Kita tidak bolih meninggalkan seperti mana memasak nasi putih kita. Dari mula kita menumis berasnya hingga ia menjadi empok dan berkrim. Kita terpaksa tekun menanganinya sehingga proses memasak selesai. Namun kelelahan itu berbaloi apabila menikmati hidangan yang memang ternyata lazat itu.

Kajayaan memasak risotto itu bergantung pada bahan-bahan dan cara kita menyediakanya. Ini adalah beberapa tips yang di perturunkan oleh sebuah article yang telah saya baca dan praktikan.

Pastikan suhu air stok sangat panas(suhu mendidih), sepanas beras yang kita tumis itu.
Gunakan heavy pot untuk menumis bawang dengan mentega mengelakan dari bahan-bahan itu tidak hangus.

Biasanya orang Itali akan menambahkan cognaq(liquor) atau dry white wine pada peringkat permulaan menambahkan cecair kedalam beras yang ditumis. Anda bolih menukar bahan ini dengan jus buah-buahan(jus anggur misalnya) atau dibuang langsung.

Menambahkan air stok sedikit demi sedikit; sama paras air stok dengan beras . Kacau selalu supaya dia tidak melekat dan hangus. Bila sudah sedikit kering baru menambah lagi air stoknya. Selalunya proses ini akan memakan masa 8-10minit, tertakluk berapa banyak bahagian yang kita masak.

Masukkan bahan-bahan sampingan; herba, sayuran, makanan laut, ayam ataupun daging pada proses akhir memasak. Biasanya 5minit sebelum kita mengangkat periok itu dari dapor.

Menambahkan mentega dan keju pada saat akhir memasak juga akan menambahkan perisa risotto kita. Disinilah kejayaan penyediaan risotto yang lazat, lembab dan berkrim.

Risotto sama dengan menyediakan pasta. Kita hendaklah menyajikan terus ke meja hidangan setelah diangkat dari dapor. Kalau kita lambat, risotto itu akan menyerap kandungan air mengakibatkan hidangan kita akan menjadi lembik dan tidak berkrim. Atau lebih tepat lagi; bagaikan nasi telah menjadi bubur.


Brodetto, resipinya ada dirumah sebelah.


Bake Mushroom Risotto versi melayu


4 cawan Arobio rice
5 cawan stok seafood(yang panas mendidih)
1 cawan fresh grape juice(saya guna Royal Select brand)

1 cawan keju Romano
1/2 cawan double cream(bolih gunakan krim nestle)
1 cawan mushroom(dihiris nipis)
15 ulas bawang putih di cencang

2 sudu besar minyak zaiton
4 sudu besar mentega(saya guna Lurpak)


Cendawan

1. Tumis separuh bawang putih dengan 1 sudu besar minyak zaiton hingga kekuningan.

2. Masukkan cendawan(oyster) dan tumis sebentar sehingga keluar jusnya.

3. Masukkan double cream dan renihkan sebentar.

4. Masukkan lada hitam, masak lagi sebentar dan angkat.


Risotto

1. Panaskan mentega dan minyak zaiton dan tumis separuh bawang putih hingga naik bau.

2. Masukkan beras, goreng hingga beras meresap minyak(kira-kira 3-4minit).

3. Perlahankan api dan masukkan air stok + jus anggur kedalam beras sedikit-sedikit. Pastikan beras tidak kering dan hangus.

4. Masakklah sehingga air stok habis(kira-kira 15minit) dan angkat terus.

5. Tuang nasi kedalam mangkok casserole dan ratakan.

6. Taburkan diatasnya cendawan yang dimasak awal tadi dan taburkan keju Romano.

7. Bakar 6-8minit dengan suhu 250darjah celsius.

8. Hidang sementara panas.


Nota: Hidangan ini cukup untuk 10-12 orang. Rasanya lembab dan penuh berkrim. Makanlah bersama brodetto atau ayam panggang. Anak-anak anda pasti menyukainya.