Monday, July 28, 2008

Brownies

Salam semua. Apa khabar? Harap semua sehat dan ceria. KakmOn masih lagi tanat(pulun) menyiapkan tempahan yang tak surut-surut.

Sudah lama kakmOn tak menghidangkan juadah untuk tetamu kakmOn disini. Masa terlalu cemburu dengan kakmOn agaknya ;)

Pada emel-emel kakak-kakak dan adik-adik yang belum sempat kakmOn balas, ampunkan kakmOn. Nanti jika ada kelapangan pasti kakmOn jawab, sabar yah

Ok hari ini kakmOn kongsikan brownies labok untuk tetamu kakmOn disini

5 biji telur(dipukul ringan)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh bicarbonate soda(optional - kakmOn tambahkan supaya dia ringan sedikit)
2 cawan gula perang(kisar halus)
1/4 cawan serbuk koko Hershey
1 cawan unsalted butter(cairkan)
1 cawan krim putar(1/2 susu segar pun ok)
1 cawan kacang badam cencang

1. Satukan bahan kering dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Mentega dan coklat cair disatukan didalam mangkuk lain.
3. Adun(gunakan garfu) sebati telur dan krim dalam mangkuk lain kemudian masukkan perlahan-lahan kedalam bahan kering(pukul 1 minit gunakan low speed cake mixer).
3. Masukkan adunan mentega dan coklat cair perlahan-lahan dan pukul lagi hingga licin(2minit).
4. Masukkan kacang badam dalam adunan kek dan kaup-balik-balikkan hingga rata.
5. Bakar 165celcius selama 40minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dan potong-potong mengikut suka dan bedakkan dengan gula aising sebelum menghidang :p

Monday, July 14, 2008

Kakak did a great job




Artikel kakak buat bersama dua orang lagi kawannya ini dikeluarkan oleh Borneo Bulletin pada AHAD semalam. Dari cerita hingga ke 'layout', mereka yang sendiri merekanya. Tahniah sayang.
Posted by Picasa

Sunday, July 06, 2008

Ku mohon restu...








Saya membuat kek ini tiga hari. Bermula khamis malam dengan membuat cake topper iaitu pengantin lelaki dan sambung lagi pagi esoknya dengan pengantin perempuan. Di sebelah petang saya membuat 1.5kg rolled fondant bersama anak dara saya. Kami bergilir mengadun gula aising yang likat dan keras itu. 10 minit mengacau anak dara saya sudah angkat tangan. Saya mengambil tempatnya dan mula mengacau pantas, takut rolled fondant itu berketul. Bila sudah keras sangat, saya keluarkan dari kuali dan terus menguli diatas papan pencanai. 15 minit saya menguli rolled fondant itu baru terasa lembut dan elastik. Tangan dan bahu saya sudah terasa sakit amat.

Bila rolled fondant itu sudah nampak licin dengan Bismilah saya pun mula membungkus kek coklat yang pertama(kek tingkat atas). Sizenya cuma 3"x3"x3". Tangan saya mula 'kajar-kajar'(menggeletar). Takut sesangat. Alhamdulillah, akhirnya kek coklat itu kemas saya bungkuskan. Cuma ada sedikit kesilapan, saya menggeling terlalu nipis rolled fondant itu. Bayangan kek coklat dibawah lapisan fondant itu ketara jelas. Anda pasti nampakkan?

Kek yang kedua 8"x8"X3", saya sudah tahu tekniknya. Saya cuba tebalkan 1cm rolled fondant dari yang pertama tadi. Kek itu berjaya saya bungkuskan dengan lebih kemas dan halus.

Saat yang paling mendebarkan adalah bila saya meletakkan kek kecil itu diatas kek besar. Saya ngilu. Takut kek itu 'tarpariduk'(runtuh) seperti kek yang terdahulu saya buat. Alhamdulillah saya berbisik sekali lagi didalam hati bila melihat kek itu cantek berdiri.

Kini cuma tinggal meletakkan sepasang pengantin itu. Oleh kerana saya tidak mempunyai CMC glue, saya tusukkan cucuk sate didalam badan pengantin itu supaya dia tegap duduk diatas kek itu. Setelah pengantin itu siap saya dudukkan, saya membuat sebuah buku lagi untuk menulis message si penempah. Sedar tak sedar rupanya sudah tengah malam. Saya berhenti dan memasukkan kek 90% siap itu kedalam almari kaca yang tertutup rapat.

Pagi sabtu saya keluarkan kembali. Ya Allah! pengantin lelakinya tumbang sedikit kekiri. Pengantin itu belum cukup kering dan berat sangat untuk sebatang cucuk sate. Pelajaran yang ketiga yang wajib ku perbaiki; keringkan dulu cake topper sebelum diletakkan keatas kek.

Sementara menunggu anak-anak bersiap untuk kesekolah, saya sempat meletakkan bunga-bunga fondant untuk menambah-serikan hiasan kek tersebut. Saya tinggalkan kek tersebut diatas meja dengan menumpukan hembusan angin air-conditioner tepat kearah kek tersebut. Saya ingin kek itu cepat-cepat kering dan keras.

Tengahari saya balik kerja saya terus menyambung lagi mendandan kek tersebut untuk final touch. Pukul satu petang kek itu siap 100%. Alhamdulillah, saya bersyukur kepadaNYA telah memperkenankan doa ku.

Thursday, July 03, 2008

Pemenang PIF(Pay It Forward)





Salam semua. Sudah lama saya tidak berkicau disini. Kerja yang menggunung membuat saya semakin semput. Ditambah lagi semenjak kehilangan ekstra tangan dan kaki. Pembantu saya bercuti 3minggu yang lepas dan dia akan melapur kembali pertengahan julai ini. Bang Mat pula dua minggu outstation. Maka lengkaplah penderitaan saya. Saya kena buat semua benda, dari menghantar dan mengambil anak sekolah hinggalah kerja yang remeh-temeh. Mana lagi projek Gayah Enterprise yang semakin kencang. Saya benar-benar lelah. Penat ya ampun. Akhirnya saya mengambil keputusan menutup Gayah Enterprise buat sementara waktu. Maafkan saya dari hati yang paling dalam.

Kita lupakan sekejap cerita kakmOn diatas itu. Ingat tak permainan yang saya poskan di entri dua bulan yang lalu. Klik PIF supaya lebih jelas. Hah! ini lah pemenang nya :
1. Sharulia dari Mukah Sarawak
2. Notie dari Johor
3. Ummi dari Kuantan


Saya ingin melunaskan hutang-hutang saya ini sebelum saya 'berpergian'. Pada Sharulia tolong berikan alamat saudara di kotak komen ini atau emelkan kepada ninasuria@gmail.com

Insya Allah sebelum Syawal menjelma saya ingin hadiah-hadiah itu sudah sampai ketangan pemenang. Dan jangan lupa ' YOU WERE BOUNDED BY PIF'S RULE'. Dan terimakasih kerana sudi memeriahkan blog ini. Sayang dari kakmOn.